Bab 7 : RASHTA CHRISTINA

120 34 0
                                    

"Datang dah perempuan gila ni" bisik Hadrien bawah nada namun masih dapat didengari dengan jelas oleh Larissa.

Rashta datang melangkah dengan dekat, diikuti dengan Anne dan juga Grace di belakang.

"Maafkan kami tuanku Hadrien, kami sudah cuba sedaya upaya menahan-"

Hadrien angkat tangan menandakan yang dia memahami keadaan dayangnya itu. Sengihan bertukar menjadi sinis, Hadrien menoleh pula ke arah Rashta yang sedang bercekak pinggang di hadapannya.

"Apa kau nak? Datang tempat orang tak dijemput" dingin sekali percakapan Hadrien. Larissa di sebelah sepertinya sudah tenggelam dalam situasi yang begitu tegang itu.

Manakala Grace dan juga Anne sudah melangkah keluar semula.

"Kenapa kau tidak pernah memberitahu aku apa-apa Hadrien! Dulu pun, juga sekarang! Aku siapa pada kau? Kenapa kau tidak pernah memandang ku?" Suara Rashta memetir kuat. Kemudian dia menjeling pula ke arah Larissa yang duduk di sebelah Hadrien. "Kau! Kau yang merampas tuanku Hadrien daripada aku kan!" Jari telunjuk tepat menunding muka Larissa.

"Eh? Kenapa pula aku? Raja kau yang gatal mahukan aku. Aku pula dipersalahkan" jawab Larissa berani. Dia bangkit daripada duduk. Mata bertentang mata. Paling pantang dalam hidupnya kalau ada orang menengkingnya sebegitu.

"Apa kau kata?! Dasar Siren tidak tahu diri" Rashta datang makin dekat, baru sahaja tangannya ingin melayang pada pipi Larissa ada satu lagi tangan lain yang menghalang.

"Cukup Rashta! Apa yang kau lakukan ini? Dia bakal isteriku! Tidak malukah kau berperangai seperti ini di hadapan aku? Walaupun kita teman sewaktu kecil, tetapi aku takkan diam sahaja andaikata kau menyakiti bakal isteri ku!" Rashta tepis tangan Hadrien kasar.

"Ini cara kau membalas budiku Hadrien? Aku tulus mencintai kau, malah aku tidak pernah memandang sesiapapun sepanjang hidupku. Aku hanya memandang kau! Kau! Kau! Dan kau terus! Langsung tiada lelaki lain yang aku lihat! Tetapi apa yang kau balas? Kau malah memilih perempuan lain! Dan kali ini kau memilih perempuan daripada puak Siren!" Lantang suara Rashta memetir.

'Kali ini?'

Hadrien makin panas hati. Larissa di sebelahnya sudah mengunci mulut. Nafas tertarik dalam.

"Siapa suruh kau pandang aku Rashta? Ada aku suruh? Hey dengar ni Rashta, beratus kali sekalipun aku tetap akan katakan hal ini. Aku tidak pernah memandang kau sebagai seorang perempuan! Aku selama ini hanya memandang kau sebagai seorang adik! Darah daging ku sendiri! Kita membesar sama-sama! Tidak mungkin aku akan menyukai kau yang sudah ku anggap seperti adik kandung ku"

Air mata Rashta jatuh berlinangan. Cepat-cepat dia seka kembali sebelum dia menatap pula mata emas milik Larissa.

"Puas?" Soalnya sangat sarkastik. "Puas kau sudah hancurkan angan-anganku?"

"Rashta!"

"Puas ke tidak? Ha perempuan!" Tengking Rashta kuat.

Larissa masih kekal mengunci mulut. Entah mengapa tiba-tiba hatinya sakit mendengar tangisan Rashta. Mereka tidak saling mengenali. Tetapi Larissa dapat rasakan bahawa Rashta begitu dalam mencintai Hadrien, lalu datang dia meragut semuanya.

"Diam Rashta!" Tengking Hadrien.

"Apa! Kenapa aku pula yang harus diam!" Soal Rashta kasar.

"Rashta sebagusnya kau beredar saat ini. Aku tidak mahu menatap wajah kau" suara Hadrien mengendur.

"Kenapa Hadrien? Kenapa kau tidak boleh membalas cinta ku?"

"Cinta itu satu perasaan yang tidak boleh dipaksa Rashta. Kau sendiri tahu itu-"

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now