Bab 6 : Gaun pernikahan

132 32 3
                                    

Bilik tetamu itu riuh dengan gelak tawa daripada 4 orang gadis. Masing-masing terhibur dengan lawak jenaka yang dibuat oleh dayang mereka yang paling kecil iaitu Alice.

"Tapi yang mulia, aku sukakan warna merah. Nampak rawr gitu. Pasti tuanku Hadrien rasa terancam apabila melihat yang mulia memakai baju gaun ini nanti" ujar Alice, sehelai gaun kembang berwarna merah maroon diletakkan pada tangan Larissa.

"Terancam? Hey orang nak pergi berkhawinlah, bukan pergi memburu sampai nak rasa terancam bagai" sampuk Anne pula. Sehelai gaun lain diberikan pula kepada Larissa. "Yang mulia, aku lebih sukakan warna gaun emas, nampak sangat padan dengan rambut merah yang mulia, lagipula warna emas sangat sepadan dengan warna mata yang mulia" ujar Anne pula.

Larissa membelek gaun tersebut bersama sengihan kecil. "Benar katamu, gaun ini sangat cantik" matanya bersinar-sinar melihat butir butir permata yang dijahitkan sekali pada setiap hujung kain gaun emas itu. Ditambah pula dengan corak lace bunga berkilat menambahkan lagi serinya.

Alice di sebelah sudah menayang wajah cemberut, manakala Anne tersenyum kemenangan.

"Yang mulia, izinkan aku memberi pendapat juga" pinta Grace perlahan.

Larissa kembali mengangkat wajah. "Iya Grace? Tunjukkan sahaja pilihan warna mu, aku juga ingin melihat"

Mendengar arahan Larissa, Grace langsung memberikan sehelai gaun putih yang tidak terlalu kembang namun serinya masih naik dengan pertama-permata kecil biru cair bertaburan pada bahagian kain yang menutupi selangka tulang leher. Blue Sapphire. Ya, ianya sangat cantik dan indah sekali. Pilihan Grace nampak begitu sesuai untuk dijadikan sebagai majlis pernikahannya kelak.

"Aku suka" Larissa senyum lebar. "Lagipula warna putih melambangkan warna kesucian, pandai kau memilihnya Grace"

Mereka bertiga juga memberikan reaksi yang sama. Masing-masing setuju bahawa pilihan Grace adalah pilihan yang terbaik.

"Yup, aku juga setuju. Nampak seksi. Wuu nice" celah seseorang dari arah pintu bilik.

"Tuanku!" Ketiga-tiga dayang itu menunduk badan separuh apabila Hadrien melangkah mendekati mereka berempat.

Larissa tertelan air liur saat mata emasnya bertentangan dengan mata milik Hadrien. Gila! Kenapa waktu-waktu begini jantung nak berdegup kencang. Bukankah baru siang tadi mereka makan bersama?

"Terima kasih Anne, Grace, Alice kerana menemani Larissa" ujar Hadrien penuh sopan.

"Sudah menjadi tugas kami tuanku" sambut Grace, dayang yang paling tua di antara mereka bertiga.

"Kami bertiga gerak dahulu" sehabis sahaja berkata, langsung tiga dayang itu cepat-cepat meninggalkan Larissa bersama Hadrien. Tidak sempat Larissa nak menghalang.

"Jadi kau pilih gaun yang ini?" Hadrien memulakan perbualan. Dia kemudian mengambil tempat betul-betul bersebelahan dengan Larissa. Sangat rapat, sehinggakan bahu mereka berlanggar kecil. Dan situasi itu membuatkan Larissa seperti ingin putus nafas.

"Y-ya, cantik kan?" Larissa ketap bibir. Tak guna punya suara! Mengapa kau mengkhianati tuanmu sendiri.

Hadrien sengih manis. "Tidak, yang cantik itu bukan gaun, tetapi kau. Apa-apa gaun yang kau pakai sekalipun aku yakin ia akan terlihat indah dan sempurna"

Sekali lagi pipi Larissa memerah. Jantung semakin membuat larian pecut.

"K-kau juga pilih lah baju kahwin kita. Alang-alang kau sudah kemari"

"Hmm," Hadrien tongkat kepala menggunakan sebelah tangan sambil mata tidak lepas memandang wajah Larissa yang sudah semakin canggung.

"Apa? Ada apa di wajahku?" Soal Larissa sengaja ingin mematikan renungan yang membuatnya cair itu.

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now