Bab 2 : Larissa Zephyr Adrarea

174 31 0
                                    

Laju kaki Hadrien melangkah masuk semua ke dalam bangunan istana dengan mendukung Larissa di bahagian hadapan yang masih berselimutkan dengan cape diraja. Takkan dia mahu berjumpa dengan puak manusia dengan keadaan berbogel pula. "T-tuanku! Tuanku! Tuanku! N-nanti dulu! Bukankah tuanku perlu berfikir masak masak dalam hal ini? Kenapa tuanku terburu-buru?"

"Aku sudah fikir masak-masak. Sudah goreng fikiranku Larissa, hangus sudah ni. Kau tidak baukah bau otak rentung" jawab Hadrien bersama senyuman simpul. Sempat dia mengenyitkan sebelah mata ke arah Larissa

Larrissa telan air liur apabila melihat senyuman Hadrien. Sah! Sah lelaki ini sudah gila. Huwarghhh mama aku malu pulang!

Dayang dayang istana yang melihat kejadian itu semuanya sudah berbisik- bisik dengan sesama sendiri. Dari mana Tuanku membawa gadis itu? Bukankah dia hanya keluar sekejap sahaja tadi? Dan lebih aneh sekali rambut gadis itu, m-merah?

Puak Siren!

Larissa pejam mata. Jantung sudah berdegup laju mengepap seluruh darah naik ke kepala. Tangan yang berpaut pada leher Hadrien makin diperkemaskan. "T-tuanku t-tapi aku kan belum s-setuju lagi dengan lamaran tuanku"

"Tidak mengapa, lambat laun kau pasti akan setuju" balas Hadrien kembali. Tercengang mulut Larissa mendengar. Raja kerajaan manusia ini. Bukan sahaja gila, malah langsung tidak bertimbang rasa!

Bam!

Pintu bilik pejabat ditendang buka oleh Hadrien. Evardo yang masih duduk di meja kerjanya terhinjut bahu. Lantas kepala menoleh ke arah pintu bilik.

"Hoi! Anak siapa yang kau culik tu!" Ujar Evardo lantang.

"Evar! Aku sudah jumpa"

"Jumpa apa? Itu siapa? Kenapa kau mengendong dia?"

"Calon isteriku Evar!" Jawab Hadrien penuh riang, langsung tiada riak serba salah dia menuturkan ayat yang mampu membuatkan wajah Evardo hilang darah ketika ini.

"Kau memang benar-benar sudah gila! Aku suruh kau cari calon isteri! Bukan culik manusia!" Dahi Evardo berkerut-kerut."Eh? Manusia?" Mata Evardo kemudian mati pada rambut Larissa yang beralun panjang berwarna merah maroon.

"Hadrien...dia" jari telunjuk Evardo naik menunding ke arah Larissa yang masih mengunci mulut.

Hadrien angguk kepala laju. "Iya! Dia puak Siren!" Jawab Hadrien teruja. "Dia cantik kan?"

Terbeliak mata Evardo mendengar tutur kata Raja mereka itu. Darah tingginya sudah memuncak naik. "KAU MEMANG GILA! DASAR LELAKI GILA!"

Dayang-dayang istana yang kebetulan mencuri dengar perbualan mereka dari arah pintu yang terbuka sedikit saat Hadrien masuk tadi juga ada yang sampai jatuh pengsan. Nasib juga disambut oleh dayang yang lain.

Hadrien buat muka. "Tch! Aku tidak gila Evardo! Kau suruh aku cari calon isteri kan? Ini! Aku bawakan! Esok juga aku akan bernikah dengannya!" Terang Hadrien lagi.

Kali ini bukan sahaja dayang istana, malah Larissa dan juga Evardo pula yang jatuh pengsan. Mujur sahaja Larissa dalam dukungan Hadrien, malang sekali buat Evardo kerana kepalanya terhantuk pada permukaan lantai sewaktu jatuh.

"Hmm? Kenapa semua tidur pulak ni?" Soal Hadrien bingung.

Pagi itu para dayang istana sibuk menyiap-yiapkan Larissa. Awal pagi lagi gadis itu sudah dimandikan dengan mandian 20 jenis bunga oleh dayang yang seumuran dengannya. Sesudah itu Larissa dihias cantik-cantik di hadapan meja solek. Ada yang menyisir rambut. Ada yang memakaikan bedak. Ada yang moncoletkan pemerah bibir. Ada yang mengemaskan baju gaun yang dipakai oleh Larissa.

Masing-masing tampak begitu ceria dan riang. Hanya Larissa sahaja yang sangat kekok pada waktu ini. Dia tidak pernah menerima layanan di istana. Lagi pula dia puak Siren, puak yang terkutuk. Tak ramai yang ingin mendekati puaknya.

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora