Bab 11: Evardo Rupert Felix VX

128 31 3
                                    

"Ada apa di wajahku? Adakah ianya terlalu kacak sehingga kau tidak berhenti terus menerus menatapnya daripada tadi?" Soal Evardo sinis, geram apabila Hadrien hanya menatapnya daripada tadi dengan pandangan seperti meminta tapak kaki daripada seorang puak drakula.

Hadrien yang duduk di meja makan di hadapannya hanya tersengih-sengih.

"Tidak" jawabnya sambil mengggeleng kepala.

"Lalu apa?"

"Aku hanya berfikir, kenapa lelaki kacak sepertimu masih tiada peneman hidup"

"Hadrien kau sengaja ingin cari pasal denganku?" Nada suara Evardo berubah. Sudah tahu apa niat Hadrien. Memang itu hobi raja itu. Menyakat para pembantunya sampai naik gila.

"Hahaha, tidak. Kan sudah ku kata, aku hanya berfikir. Dan aku juga terfikirkan sesuatu. Sepertinya kau sesuai sekali dengan Rashta, sama sama kacak dan-"

"Kau mahu kata yang aku sama-sama gila seperti dia?"

"Hahahaha! Tidak lah tolol. Aku mahu kata yang kalian berdua sama-sama kacak dan cantik, jadi tidak salah kalau-"

"Aku menolak" pintas Evardo laju.

"Kenapa?" Hadrien menyilang tangan ke dada.

"Kau ini bangsat sekali. Sejujurnya kau hanya mahu melepaskan dia daripada hidupmu kan? Aku sudah tahu rancangan kau lah. Dasar raja manusia sewel" sakit hati Evardo apabila Hadrien menggelakkan dirinya terbahak-bahak.

"Aku hanya mencadangkan sahaja... "

"Ah! Tiada maknanya kau berfikir seperti itu. Kau selalu mementingkan diri..." Evardo memandang ke arah pinggan kosong di hadapannya.

"Tetapi andaikata aku menyukai dia sekalipun, dia hanya memandang kau dan bukannya aku" suara Evardo semakin perlahan.

"Apa dia?"

"Tiada apa-apalah! Mana permaisuri kau ni. Lambat sekali bersiap. Bersiap turun sarapan sahaja sudah lambat, belum lagi mahu bersiap untuk bersiar-siar" bebel Evardo.

"Evar, kenapa ni kau marah-marah. Pagi lagi sudah merosakkan suasana. Nak kata kau datang bulan macam tak munasabah. Atau faktor umur? Iya aku rasa faktor umur. Kenapa? Apakah kau sudah semakin dekat dengan kematian?"

"Mulut kau ini sepertinya teringin sekali disumbat dengan biji gunung Veldora" ugut Evardo bersama mata yang kian mengecil.

Sekali lagi Hadrien tergelak besar.

Evardo jeling mata menyampah. "Tak sekarang ini apakah kau sudah buang tabiat mengajak aku duduk semeja denganmu? Apa yang aku mahu buat? Melihat kau dan permasuri bermesra-mesraan? Mengunyahkan makanan buat kalian berdua. Dasar-" pedang dicapai. Evardo bangkit daripada duduknya. Namun baru sahaja kaki ingin melangkah pergi Hadrien tiba-tiba memanggil namanya kembali.

"Evardo, kalau aku ingin kau menemaniku saat ini. Apakah kau akan menolak?" Evardo berhenti melangkah. Kepalanya menoleh belakang. Wajah Hadrien dilihat semula. Mata mereka bertentangan buat beberapa saat.

Evardo menayang sengih.

"Kau gila? Tu permaisurimu sudah tiba. Aku pergi dulu" Evardo terus melangkah pergi saat ekor matanya menangkap kelibat Larissa yang sudah masuk ke ruang hidang.

Lintas sahaja bangunan utama, mata Evardo terus tercari-cari akan kelibat seseorang yang dia mahu berjumpa.

"Adik!" Alice yang sedang membawa sebakul kain cadar terus menoleh ke arah si pemanggil.

"Abang? Ada apa yang kau lakukan di sini?" Soal Alice datar. Anne di sebelahnya turut berhenti.

Sempat Evardo menundukkan matanya ke arah Anne sebagai tanda hormat sebelum dia memandang wajah adiknya semula. "Aku ingin tanyakan sesuatu"

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now