Bab 5: Rahsia

149 30 2
                                    

Larissa menghempas pintu bilik sendiri. Sungguh hati terasa panas membahang. Entah apa yang dia kesalkan dia juga tidak pasti. Rahsia mengenai keluarga Hadrien seakan membakar jiwa dan nalurinya.

Kenapa puak Siren begitu kejam sampai sanggup memerangi puak manusia? Apa yang telah berlaku 15 tahun yang lalu? Dan kenapa Hadrien sanggup memilih dia menjadi calon isterinya. Terdesak sangatkah lelaki itu? Sampai sanggup menjadikan musuh sendiri sebagai temanan hidup.

"Yang mulia! Yang mulia!" Panggil Alice sambil berjalan terkedek-kedek bersama dress dayangnya mendekati Larissa yang sedang duduk di hujung birai katil.

"Ouh Alice, kenapa? Mana yang lain?"

"Anne sedang buat temu janji dengan tukang jahit untuk baju yang mulia, Grace sedang sediakan kudap kudupan untuk yang mulia di dapur utama, Kaira pula sedang bertemu dengan dayang lain untuk memaklumkan kehadiran yang mulia"

"Ouh begitu, jadi hanya kamu yang tidak berbuat apa-apa saat ini?"

Alice angguk laju. "Lihat ini, aku baru sahaja memetik buah cherry di taman buah sebentar tadi. Sudah dibersihkan, yang mulia mahu?" Tangan dihulur dekat ke arah Larissa. Larissa tersenyum dalam diam. Sebenarnya dia amat terharu dengan dayang-dayangnya itu. Padahal semalam dia hanyalah orang asing yang masuk ke tempat ini. Tetapi mereka menerima dia dengan tangan yang terbuka.

Satu buah cherry merah pekat diambil sebelum Larissa terus menyumbat masuk ke dalam mulut.

"Hmm manis sekali. Terima kasih ya Alice" kepala Alice digosok lembut. "Hehe sama-sama yang mulia" pipi gebunya memerah. Gadis itu tersenyum gembira sebelum dia memulakan langkah ke arah pintu bilik.

"Kamu mahu kemana?" Soal Larissa pantas.

"Err keluar?"

Alice kebingungan.

"Kenapa?" Soal Larissa semula.

"Bukankah yang mulia mahu berehat?"

Larissa menggeleng.

"Tidak, marilah duduk bersama aku, aku ingin bertanya beberapa soalan kepada kau" Larissa terus melangkah ke arah sofa yang berada di sudut kiri biliknya, berhadapan dengan tingkap beranda yang memperlihatkan pemandangan taman bunga rose putih.

Alice mengambil tempat di hadapan kerusi Larissa.

"Soalan apa tu yang mulia?"

Larissa membetulkan sedikit kain gaunnya yang sedikit kembang. Setelah betul-betul selesa barulah dia memandang Alice.

"Mengenai bakal suamiku, tuanku Hadrien"

"Ohhh mengenai tuanku, boleh. Tanya sahaja apa apa. Aku boleh menjawab untuk yang mulia"

Mendengar ayat Alice, Larissa terus menyusun ayat dalam kepala. Ikutkan hati memang bertimbun-timbun soalan yang ingin dia tanyakan saat ini.

"Hmmm adakah tuanku memang bersikap tegas? Atau antara Evardo dan tuanku Hadrien mana lagi yang lebih garang pada pendapat kau"

"Ohhh pada pendapat aku, Sir Evardo yang paling garang. Andai kata keganasan dan ketegasannya itu boleh dilihat menggunakan mata kasar dan dapat diukur menggunakan objek dunia, pasti gunung berapi Veldora hancur meletus begitu sahaja" terkekeh gadis kecil itu sehabis sahaja berkata sedemikian.

Melihat wajah terkejut Larissa, Alice kembali bersuara. "Evardo itu ialah abang kandungku yang mulia"

"Lah! Patutlah kamu berani mengejeknya sebegitu. Hampir sahaja aku fikir yang kau menyimpan dendam terhadap lelaki itu"

"Hehehe, ampun yang mulia" Alice gelak kecil.

"Ouh jadi tuanku Hadrien tidak begitu tegas dan kejam? Tetapi menurut khabar angin yang aku dengar-"

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now