Bab 8 : GRACE

134 31 0
                                    

Sudah seharian Larissa hanya memerap diri di dalam bilik. Sarapan tadi pun dia tidak bersarapan bersama Hadrien. Entah, dia masih lagi berkecil hati dengan Hadrien tentang hal kemarin. Jujur katakan sejak kedatangan Rashta ke istana tempoh hari, Hadrien terus mendiamkan diri sahaja. Tiada usaha langsung untuk memujuk atau menjelaskan kepada dia dengan bersungguh-sungguh.

Dan waktu itu juga adalah kali terakhir dia melihat Hadrien.

Larissa menghela nafas panjang.

Entah, dia juga bingung. Sebenarnya apa yang dia mahukan daripada lelaki itu?

Kepala menoleh ke arah luar pintu biliknya yang sedang tertutup. Bunyi tapak kaki lalu lalang diluar biliknya jelas kedengaran di telinga.

Aneh sekali kerana sejak kelmarin lagi terasa bagaikan ramai pengawal dan dayang yang mengawal bilik tidurnya. Waktu malam juga lebih kurang sama. Malah bukan setakat Anne, Grace, Alice dan juga Kaira sahaja. Ada juga beberapa pengawal lain yang berjaga diluar biliknya malam hari. Itu semua berkat pendengarannya yang agak teliti.

Malas dia mahu bertanya lebih. Tempoh hari Alice ada juga berkata tentang hal itu, semacam menjaga dia daripada sesuatu?

Hmm apa bahaya yang ada dalam istana ni?

"Yang mulia?" Tegur seseorang dari arah pintu.

Larissa menoleh sekilas. "Kenapa Grace?"

"Aku ada bawakan kudap kudapan untuk yang mulia. Adakah yang mulia mahu?"

Mata Larissa kembali segar. Satu perkara yang dia suka tentang tempat ini adalah, makanan dan minuman di sini kesemuanya sedap-sedap belaka. Lebih-lebih lagi kalau Grace yang bawakkan.

Dulang yang ditatang oleh Grace diletakkan atas meja sofa yang berada di sebelah sudut kiri bilik Larissa. Larissa pantas mengambil tempat. Matanya bersinar melihat manisan manisan yang terhidang atas dulang.

Ada macaroon, pie, potongan kek, kuih dan gula-gula. Grace ialah yang terbaik!

Haruman bunga rose memukul hidung saat teh itu dituangkan oleh Grace dengan penuh berhati-hati. Kemudian cawan itu diletakkan di hadapan Larissa.

"Mana yang lain Grace? Dari pagi tadi aku tidak melihat Anne dan Kaira. Kemanakah mereka berdua?" Soal Larissa datar. Mulutnya sibuk menguyah seketul macaroon berwarna pink cair.

"Mereka ada hal yang perlu dilakukan yang mulia. Ada apa-apa ke yang mulia ingin sampaikan kepada mereka?" Soal Grace yang sudah mengambil tempat di hadapan Larissa.

"Tidak aku hanya bertanya" sengihan terlakar. "Oh iya, jemputlah makan sekali Grace" pelawa Larissa kepada dayangnya itu.

Grace hanya tersenyum kecil. "Yang mulia, aku tidak makan makanan manusia dan Siren. Malah aku memang tidak boleh memakan itu" jujurnya.

"Iya? Andaikata kau termakan juga apa yang akan berlaku? Memang benarkah kalian hanya memakan darah?"

Grace senyum simpul.

"Benar yang mulia. Puak drakula tidak boleh makan apa-apa makanan sekalipun kecuali yang bersifat cecair ataupun darah. Sebab itu kami memilih darah sebagai makanan harian kami. Kerana sudah menjadi kebiasaan daripada nenek moyang kami lagi. Seperti manusia memilih roti dan nasi sebagai makanan utama mereka, begitulah juga dengan kami yang memilih darah sebagai makanan utama kami" terang Grace lembut sahaja. Hampir-hampir Larissa terlelap mendengar suara Grace. Merdu sekali. Berlawanan pula dengan suara puaknya ketika bernyanyi. Sekali dengar pasti membawa kematian.

"Ouh begitu, jadi di dalam istana ini hanya aku dan Hadrien sahaja yang memerlukan makanan manusia?"

Grace angguk kecil.

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now