Bab 13: Pesta berburu

175 33 2
                                    

"Macam mana Evardo? Apakah kau melihat sesuatu yang lain di hutan ini?" Tanya Kaira sambil mata merahnya melilau memerhatikan sekeliling pintu masuk hutan tebal di hadapannya.

"Hmm, aura..." jawab Evardo sambil menepis sedikit dahan pokok yang mencuit-cuit mukanya setiap kali angin meniup. Para pengawal yang lain turut meninjau keadaan sekeliling. Separuh yang lain sedang mendapatkan maklumat daripada kawasan perkampungan yang terdekat.

"Aura? Aura apa yang kau maksudkan?"

"Aura di hutan ini sudah berubah. Kau lihat binatang-binatang kecil seperti kelinci dan juga ayam yang lari ketakutan sepanjang perjalanan kita ke pintu gerbang ini?"

Kaira angguk kepala.

"Itu bermakna ada sesuatu raksasa yang telah menghuni dan menakluki kawasan hutan ini. Raksasa itu telah menjadi 'raja' yang baru" ujar Evardo, sebelah tangannya kemas memegang pemegang pedang di sisip pinggang. Langkah berjaga-jaga.

"Jadi bagaimana? Bukankah pesta berburu akan diadakan di hutan ini seminggu dari sekarang? Apakah kita harus melaporkan perkara ini kepada tuanku?" Soal Kaira datar. Hati mula rasa gelisah. Benarkah mereka selamat dan baik-baik sahaja? Dalam hati tertanya-tanya juga, raksasa apakah yang begitu menakutkan sehingga binatang-binatang kecil terus lari dan tak mahu tinggal di hutan ini lagi.

"Hmm, itu terlihat agak sulit. Bukan mudah untuk membatalkan satu jamuan yang mengundang begitu banyak para pembesar dan juga orang penting dalam kerajaan" Evardo menyentuh hujung dagu sendiri. Memikirkan para puteri kerajaan juga bakal hadir dalam pesta itu nanti dia jadi sedikit gusar.

Kalau puteri kerajaan semua hadir bersama, pasti Rashta juga ada.

Aku risaukan keadaan dia...

"Akan aku laporkan perkara ini kepada tuanku. Jangan risau" akhirnya Evardo memberi kata putus. Kaira hanya menurut.

"MARI KITA PULANG!" Jerit Evardo memberi arahan kepada para satria yang lain.

Buat kali terakhir, Kaira menoleh ke arah hutan tebal dan gelap di belakangnya sebelum bergerak pergi.

"Aku harap tiada apa yang berlaku..."

Kini seminggu telahpun berlalu. Maka hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Tidak hilang sengihan pada bibir Anne dan Alice daripada tadi. Baju berburu yang Anne tempahkan tempoh hari untuk Larissa sudah tiba. Tidak sabar mereka ingin bergerak ke tempat khemah berburu. Buat pertama kali dalam sejarah bakal permaisuri kerajaan turut serta dalam pertandingan itu. Lebih-lebih lagi permaisuri yang mereka layani.

Larissa melihat dirinya sendiri di hadapan pantulan cermin panjang.

Baju jaket merah maroon yang berbutang kembar daripada atas sampai bawah, sedikit rompolan kecil yang menghias pada hujung jaket baju menaikkan lagi seri baju tu. Bahagian dalamnya Larissa memakai baju kameja putih nipis. Dipadankan pula dengan seluar hitam sedikit keras namun masih selesa untuk bergerak.

Rambut merahnya pula diikat kemas seperti ekor kuda. Hasil tangan Alice, dayangnya yang paling muda. Awal pagi lagi mereka sudah tidak sabar ingin menyiapkan Larissa. Katanya mahu memberi semangat yang lebih untuk bakal permaisuri kerajaan itu.

Larissa senyum sahaja. Bukan ini kali pertama dia pergi berburu. Di tempatnya, alangkan raksasa kura-kura gergasi juga takut akan bayang-bayang Larissa. Ini pula sekadar binatang kecil-kecilan manusia. Mudah sangat. Lihatlah, pasti dia akan menjadi juara untuk pesta kali ini.

"Sudah siap cantik!" Teruja Alice setelah membuat sentuhan terakhir kepada gadis itu. Anne di sebelah turut tersenyum bangga melihat pemakaian Larissa hari ini.

Hai finito le parti pubblicate.

⏰ Ultimo aggiornamento: May 21, 2023 ⏰

Aggiungi questa storia alla tua Biblioteca per ricevere una notifica quando verrà pubblicata la prossima parte!

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora