Bab 10 : Suara Apa?

112 28 4
                                    

Apabila malam menjelma, Larissa awal-awal lagi sudah melelapkan matanya. Teringat akan peraturan yang diberitahu oleh Kaira petang tadi. Lepas daripada makan malam sahaja dia terus naik ke katil untuk beradu.

Peraturan keenam,

Dilarang merayau-rayau di luar bilik sewaktu malam menjelma.

Peraturan itu haruslah diikuti. Dia tak mahu melanggar mana-mana arahan atau larangan istana ini.

Namun entah silap percaturan apa apabila tengah malam menjelma, dia tiba-tiba tercelik mata dengan sendirinya. Menatap syiling bilik dengan mata yang terkelip-kelip. Berkali-kali Larissa cuba untuk memejam mata dan kembali tidur namun mungkin juga kerana dia terlalu awal melelapkan mata tadi menyebabkan dia sudah tidak boleh menyambung kembali lelapnya.

Larissa toleh ke arah pintu biliknya sendiri.

Atau mungkin kerana bunyi tapak kaki yang asyik berlegar-legar di luar biliknya itu menjadi asbab dia tidak boleh tidur?

"Urghh, bagaimana aku harus melelapkan mata jika kalian asyik ke sana kemari, kesana kemari" kedua bantal ditekup pada telinga sendiri. Larissa baring terlentang.

Sekejap dia sengetkan badannya ke tepi, sekejap lagi menegak pula, tak lama kemudian dia meniarap. Segala posisi sudah dia cuba untuk mendapatkan gaya yang selesa namun semuanya menemui kegagalan.

"Arghh jangan menyeksaku begini dasar puak drakula..." rungut Larissa perlahan. Berbanding dengan puak drakula yang boleh bergerak laju, kelebihan puak Siren lebih kepada pendengarannya yang tajam dan sensitif. Oh ya, juga suara mereka yang mampu membunuh atau memberi kutukan kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Kalau dulu, mata emas mereka juga dikata sebagai salah satu kutukan maut. Namun sejak Hadrien menjumpai dan menatap matanya lama , dan tiada maut yang menjemput sang raja itu, Larissa berfikiran semua itu mungkin hanyalah mitos nenek moyang mereka sahaja.

"Grace...suara Grace sangat merdu sekali berbanding suara puak ku....sepertinya amat berlawanan" guman Larissa sendiri. Mungkin juga ibu bapa Grace ialah daripada puak Siren dan juga Drakula.

"Larissa..."

Larissa pantas menoleh ke arah beranda. Ada yang memanggil namaku tadi kan?

"Larissa..."

Dahi Larissa berkerut.

Siapa malam malam begini memanggil namanya diluar. Setahu dia, peraturan istana menghalang semua isi penghuni keluar daripada bangunan istana sewaktu bulan mengambang. Malah pengawal dan para dayang juga hanya berkawal dari luar pintu biliknya sahaja.

Tetapi suara itu datang dari arah beranda. Ini bermakna dari arah luar.

"Larissa..."

Suara itu semakin mendayu, seakan seseorang yang begitu terdesak memanggilnya. Sayu. Dan juga meleret. Tetapi cukup garau untuk dilabelkan sebagai suara perempuan, mungkin suara lelaki?

"Larissa..."

"Ishh! Apa nih Larissa, Larissa, Larissa terus!" Selimut ditarik ke tepi. Kaki larissa melangkah ke arah pintu beranda namun baru sahaja tangannya ingin memegang kain langsir, matanya jatuh pada lantai kaki.

Seperti ada garisan serbuk berwarna biru segaris, tidak. Serbuk itu seperti membuat garisan yang menyambung di setiap sudut biliknya.

Apa ini?

Sepertinya pagi tadi masih tiada.

Mungkinkah para dayangnya yang menabur serbuk ini?

Larissa menunduk sedikit.

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now