36

889 118 8
                                    

Ohh so ni lah gambar yang Amy tu maksudkan.

Gambar raya dua tahun lepas yang aku send dalam group family. Gambar raya aku kat Kanada.

Oh memori..

Sedih tau puasa kat Kanada. 17 jam weh. Sumpah rasa macam nak lari balik Malaysia tapi grandpa pulak datang hari-hari. Tak sempat nak cabut.

Okay drop the subject. Sekarang ni, aku dalam bilik Riyaz. Bukan bilik tidur eh, bilik kerja. Kalau bilik tidur dah lama aku-

Eh kau jangan melampau Farah. Aku lempang virtual karang.

By the way, bilik dia punya kemas, sampai aku nak makan aiskrim pun tak berani jadi aku habiskan kat balkoni jelah.

Bilik dia ada balkoni weh. Lantai kaca lagi. Extra bethol. Mentang mentang la syarikat glassware.

Jadi lepas habiskan aiskrim, aku duduk kat sofa yang ada dalam bilik tu sambil perhatikan katalog yang ada bawah meja kaca.

Oh lupa pulak point sebenar bab ni dibuat. Tulah banyak sangat makan benda manis. Memang la tak gemuk, tapi mereng.

Persoalannya, kenapa Riyaz letak gambar aku atas meja dia? Adakah sebab aku terlalu cantik dalam gambar tu? Atau dia nak buat stress reliever sebab muka aku sangat menenangkan untuk dilihat?

Hohoho. Ai terharu lah Riyaz. Sejak bila you macam ni ah? Ehek malu ai.

Klah. Asyik buat muka gedik je, kang dalam bilik dia ada CCTV, tak pasal pasal aku kena tuduh miang rapik.

Sejujurnya, aku taktau nak buat apa dah sekarang. Sedikit sebanyak menyesal pulak ikut Riyaz datang sini. Boring gila lahabau. Ingatkan ada perempuan yang akan triggered dengan kehadiran aku sebab dia minat kat Riyaz.

Eh ternyata tak ada.

Kalau ada pun, mungkin dia berpendapat bahawa aku ni sesuai dengan Riyaz dhfhhfdh.

"Kau punya weng ni tak pernah habis eh, Farah" Aku bercakap dengan diri sendiri. Susah la dapat author yang tak habis-habis nak buat scene kelakar padahal hambar macam abang Fir.

Tak boleh ke kau serius sehari kejap? Tak boleh?

"Hello, may I-"

"Salam mana?"

Terus terhenti rancangan sembang kencang aku tadi. Soalan yang refleks keluar dari mulut aku buatkan kami berdua terdiam seketika.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Aku menjawab salam sambil pandang perempuan kat pintu tu atas bawah.

Macam yang korang bayangkan, atau mungkin tak, dia pakai kemeja stripes, dengan skirt paras lutut, rambut koko bergulung pastu lipstick merah macam bumbung rumah jiran sebelah.

Tak lupa, kepala tali pinggang yang besar dan boleh buat orang koma kalau dilibas.

"Sorry, you siapa eh?" Perempuan tu buat muka disgusting tengok aku. Tau lah kan, muka 'euww whus dis gurl?'

"Bidadari cantik dari syurga yang akan menjadi milik seorang jejaka tampan"

"....."

"Farah. And you?" Aku terus menyambung memandangkan perempuan tu nampak macam tak boleh diajak bergurau.

Hidup ni kena chill sisthorr. Sebab tu sos chilli jenama Life.

"Oh, I Melissa"

"Clichenya nama" Sempat aku berkata perlahan. Bukan apa lah, setakat ni semua drama Melayu yang aku tengok, perempuan gedik tu mesti nama Melissa, tak pun Mikayla. Tak boleh ke karakter diorang tu nama Mariam ke Sapeah ke? Bukannya ada effect pun kan?

Home | HeavenWhere stories live. Discover now