42

754 109 8
                                    

"See? Kau datang lagi. Aku dah cakap kan, waffle Gardenier tu sampai petang jap lagi. Sabor le. Kau datang awal awal cari apa?"

Aku jeling Danish yang tengah bercekak pinggang sebelum berdehem. Sekeliling kedai stesen minyak tu aku pandang.

"Danish, ambikkan stok 100 plus jap. Dalam freezer dah habis la" aku angkat kening dua kali pada lelaki tu. Walaupun mukanya macam tak puas hati, dia tetap keluar dari kaunter dan pergi ke arah stor.

Heh. Senangnya kamu terperdaya.

Dengan senyum sinis bagai cetan, aku terus menuju ke arah Mar yang tengah buat apa tah sebelah rak ramen tu. Hisap pod kot.

"Assalamualaikum"

"ABAH KAU FUNDE- astaghfirullah jangan mencarut Mar nanti jodoh lambat sampai"

Terus kening aku pulak berkerut memandang Mar yang masih duduk membelakangi aku. Dia mengurut dada dan hembus nafas berat.

"Waalaikumsalam. Ya encik-" Mar toleh ke belakang dan bersedia untuk bangun sebelum mata kami bertembung seperti drama Korea kat TvN.

Agak-agak lima saat mata kami memandang satu sama lain, Mar terus toleh depan balik sepantas kilat.

Aku cuma kemam bibir tahan gelak bila terdengar beberapa carutan halus yang keluar dari mulutnya.

Tak apa lah. Jodoh dia dah sampai dah pun kan? Aku benarkan kau mencarut sekarang. Tapi dah kawin nanti, kau carut, aku kiss.

HAHAHAHHAHAAH TAK GURAU. TU CARA MENDIDIK GAESS CONTOHILAH AKU.

Okeh okeh sambung.

"Encik cari apa ya?"

"Tak elok membelakangi customer. Manager awak siapa eh? Nak saya report?"

Sambil genggam tangan kuat-kuat, Mar alihkan badan menghadap aku sambil ketap gigi.

Apa garang noh dia sekarang? Dah tak suka aku ke apa? Amboih mana boleh.

"Ye encik?"

"Kau cantik la Mar"

"......"

"Haah betul lah kau cantik. Dari dulu lagi" aku pegang dagu sambil tilik muka dia. Dari zaman sekolah, sampai sekarang, tak ada yang berubah kecuali makin cantik.

Ngeheh yelah membongak je kau. Ada la jugak yang berubah, macam dari segi ketinggian, pastu dah pakai mekap sikit. Almaklum la zaman sekolah dulu mana pernah nampak muka dia pakai mekap semua ni.

"......"

"Muka kau en, macam tu lah.. Apa namanya? Aduhh aku lupa la siot"

"Dilraba Dilmurad?"

Aku hampir ketawa bila dia menyampuk dengan penuh yakin. Aiguu budak ni..

"Bukan. Macam jodoh aku"

"Fir-"

"Eh ingat nama aku? Dahtu asal panggil encik je dari tadi. Panggil la nama terus. Bukannya tak kenal langsung. Lagi elok kalau panggil sayang. Tapi lepas kawin nanti lah. Tak manis pulak kalau panggil sekarang, lagi lagi depan orang single" aku senyum lagi sebab tau, kat sini ramai yang single dan kena ghosting dengan crush. Jangan terasa hiokhiok.

"Banyak cakap siot kau ni. Yelah yelah" Mar tunduk seketika untuk ambik barang atas lantai tempat dia buat kerja tadi.

"Yelah yang mana? Panggil nama ke kawin?"

Mar kerut kening sebelum berjalan ke arah kaunter sambil membawa pisau tolak tu dan cello tape menuju ke kaunter.

Apa barang cello tape bagai. Salotape ah.

"Kau pahal tiber cakap pasal kawin?"

"Kau tak ingat eh Mar? Meh sini aku ingatkan kau" aku ikut dia dari belakang dan berdiri depan kaunter.

Masa hari prom sekolah dulu aku ajak kau couple kan?" aku letak kedua-dua belah tangan atas kaunter sambil pandang Mar. Acah acah hero kdrama gitu. Alang alang tu tunjuk ah urat lengan sikit. Aku baca kat komen tiktok, ramai perempuan yang minat urat lengan. Doktor agaknya diorang tu.

Mar berdehem sebelum mengangguk perlahan.

"Tapi kau cakap kau tak available masa tu, so kau mintak aku tunggu. Aku tunggu Mar. Sampai harini aku tunggu"

Mar pandang aku dengan muka terkejut dan merah sikit pipinya. Malu, or tahan berak, aku taktau lah. Itu urusan dia dengan Allah.

"Yes. Aku tunggu. Jadi masa aku nampak kau kat majlis tunang adik Alex haritu, aku yakin, jamin, dan percaya, kau memang.." aku kemam bibir dan menggeleng.

"Memang?"

"Memang jodoh aku"

Keadaan jadi senyap untuk seketika. Aku ketuk ketuk meja kaunter untuk kurangkan rasa awkward sebelum berdiri tegak.

"Okey lah. Aku balik pejabat dulu. Paper roger" dompet aku keluarkan dan campak kad yang tertulis nombor phone aku atas kaunter sebelum keluar dari kedai tu.

"Ehh dia nak pergi mana tu? Air ni?"

Tu kata-kata terakhir yang aku dengar dari Danish yang baru bawak sebotol air 100 plus dengan muka yang berpeluh.

Sorry bro, nanti aku belanja boxer.

🌷🌹🌷🌹🌷

*back to Farah's POV after sekian lama*

"Dan malam tu, memang dia call aku do. Sumpah tak percaya. Siap suruh datang rumah jumpa mak bapak dia lagi. Heheq sumpah malam tu aku tidur tenang gila wehh rasa macam kat awangan"

"Sudah la babir. Aku penat dah dengar kau ulang cerita tu. Dah seminggu berturut-turut kau cerita sia. Macam tak ada benda lain pulak kau nak cakap" abang Firhad urut dahi sambil menunduk.

"Yelah kau kan single. Saja la nak bagi kau tergerak hati sikit nak cari bini. Kau tu dah la anak kedua lepas abang Riz. Dia tu pun dah anak satu. Kau? Single manjang"

Abang Firhad senyum nipis dan berura ura nak baling console ps5 tu kat abang Fir. Lelaki tu cuma gelak sampai terbaring atas sofa.

Aku pun penat sebenarnya nak dengar cerita dia ni. Tapi nak buat cemana, nak kasi korang pulak dengar, aku terpaksa la dengar sekali. Kita kan sehati sejiwa.

Tapi Riyaz milik aku sorang ah.

"Adik perempuan kau ni pun dah bertunang tau. Kau tak ada rasa nak ada family sendiri ke, Ad?" abang Fir angkat kening sambil pandang abang Firhad yang duduk membelakangi dia.

"Tak. Dan tak, sampai bila bila"

Abang Fir terus mengeluh. Aku dan dia berpandangan sebelum masing-masing senyum nipis.

Benda dah viral.

Abang Firhad sebenarnya ada sorang awek yang memang dia dah target nak halalkan, siap stop jadi buaya, dan dah siap bagitau dalam group family lagi.

Tapi belum sempat nak buat apa-apa, perempuan tu kantoi check in hotel dengan dato yang tua, boroi lagikan botak tengah.

Mau tak broken abang aku tu. Then sampai sekarang dia tekad taknak kawin sebab hati dia dah keras. Lagi keras dari aim uHigh.

LAGI KERAS.

Aku taktau lah rupa perempuan tu cemana en, sebab benda tu jadi masa aku kat Kanada. Tapi aku harap perempuan tu dah merempat tepi jalan lah sekarang.

Kalau dia tak merempat lagi, mungkin aku yang akan buat dia merempat.

Mungkin.


22 Ogos 2021  [ 11.24 P.M ]

Amende lehsia..

Home | HeavenWhere stories live. Discover now