41

732 115 9
                                    

[ recap bab 29 ]

"Salam sejahtera kepada tuan yang berada di sana, ada apa mahu berbicara sama orang di sini?"

"Aku taknak engko. Anak sedara aku mana?"

"Sungguh kurang ajar tuan disana ya? Semoga single hingga berkedut. Cau"

Tut.. Tut..

Yaah. Chincaau?? Minah ni letak call aku? Babuntut dia. Ingat sikit siapa yang hadiahkan dia kucing gemuk beranak empat tu!

Okay aku mengaku bukan aku yang bagi HAHAHAH buduh la kau Fir pandai pandai je nak claim.

Terus aku call sekali lagi sambil membebel dalam hati. Tak lama menunggu, minah tu angkat panggilan.

"Wuih Farah. Gentel laa.. Mana anak abang Riz? Nak tengok"

"Gentel apa gentel? Gentle la pandai" Iz kat sebelah siku bahu aku sekali. Yaahh yang ni pun nak kena tibai jugak ke? Biarlah aku nak cakap gentel ke gempak ke, ni jalan bapak lu punya ke? Tak an tak ann. Sukati wa la nak- ehh salah slot.

Tibeh.

Aku bukak loud speaker dan letak phone atas meja biar satu ruang tamu tu boleh dengar. Malas ah aku nak explain panjang panjang nanti. Bukannya anak aku pun.

"Hah Farah, baby mana?"

"Dalam perut"

"Hahh??" terus semua orang terkejut kecuali aku sebab aku tau, minah ni bergurau memandangkan aku lah tok guru dia.

"Perut hospital. Lol dont kecam"

"...."

Aku dan Iz berpandangan. Mungkin dalam otak kami ada pemikiran yang sama iaitu nak campak telur kat minah ni bila dia balik nanti.

"Gurau brother. Abang Riz tak keluar lagi lah. Tadi dia suruh Farah tunggu kat depan wad ni cause nurse kepoci sorang tu tak bagi masuk so sekarang Farah dah tunggu kat sini almost sejam. Sumpah nak singgah Starbucks balik nanti"

"Ohh gittew.." abang Firhad mengangguk perlahan. Balang biskut di tangannya tak dilepas sejak petang tadi. Aku nak kebas sikit pun dia tak bagi. Kedekut taik idung tak ada perisa. Sama ah macam si Riyaz tu. Aku tanya dia harga cincin merisik nanti, dia taknak bagitau. Lahanat sungguh.

Ohh, cakap pasal tu..

Aku ambik phone, tutup loud speaker dan pergi dapur. Iz yang nak mengekor pun aku halau sebab ni perkara sulit. Terus dia terajang bontot aku tapi aku biarkan sebab malas nak balas balik sekarang.

Aku nak tunggu masa dia sembelit nanti, baru mencabar sikit.

Skrin phone aku pandang lama sambil tuang air masak ke dalam mug dengan gambar Fattah Amin.

Sumpah aku taktau siapa punya mug tu. Tiba-tiba je ada kat dapur. Takkan mama punya kot? Dia mana minat pelakon Melayu. Taste dia semua yang rambut blonde kecuali papa.

"Emm.. Farah.."

"Haa yoo yoo"

"You know what.. There's someone asked for your hand" aku ketuk ketuk meja dengan jari sambil menunggu reaction dia.

"Hah?? Dia nak buat apa dengan tangan Farah?? Apa dia tak ada tangan??"

"What the f- haihh.. Its masuk meminang, Farah.. Somenone masuk meminang you.." aku tepuk dahi dengan kebebalan si Farah yang makin menjadi jadi.

Dia salah mengaplikasikan pengajaran aku ke?

"Ohh.. Ingatkan apa lah tadi" jawab minah tu dengan tenang buatkan kening aku berkerut.

Dia okey ke ni? Tak ada rasa berdebar debar atau berbangga sebab akhirnya dia laku ke? Atau dia salah dengar ayat aku tadi?

"Taknak gelabah ke?"

"Abang Fir rasa?"

Lahh. Mana gue tau. Emangnya elo yang dilamar, bukannya gue. Yaa jikalo gue di tempat elo, pasti gue akan kasitau satu dunia, bahawa gue bakal menikah.

Malangnya, aku baru je reject perempuan yang mama suggest haritu sebab..

Yah.

Sebab terjumpa Mar.

Sesungguhnya Mar mampu mematahkan apa saja sumpahan terhadap aku. Mungkinkah itu yang dipanggil cinta sejati?

Kau tunggu Mar, nanti kau pulak yang akan dipinang. MUAHAHAHA!! PASTU SEMUA ORANG KAWIN! KAWIN! KECUALI IZ SEBAB DIA LONELY DAN SINGLE HAHAHAHA

🐂🐎🐂🐎🐂

"Dalam air, nampak bayang, campak batu, bayang pun hilang. Wahai cik abang, janganlah temberang, nanti, karang, takda orang yang sayang! Ku rap ku rap ku rap yow! Ku rap ku rap ku rap yow!"

"Bende lah anak syurga ni nyanyi"

"Elok sikit. Aku anak Malek okey. Memandai je kau"

Danish yang tengah jaga kaunter terus buat muka menyampah. Jangan hairan kami dah nampak macam member. Disebabkan aku datang stesen minyak ni hari hari, aku semakin kamceng dengan dia macam kenal sejak duduk dalam perut.

Tapi aku nak kamceng dengan Mar hmm.. Kenapa dapat mamat ni lak.

"Eh Fir. Aku nak tanya lah kan"

"Tanya jelah lol" aku membalas sambil cari waffle Gardenier perisa oren kat rak.

Mana lak dia sembunyi nih. Taknak bagi aku beli ke apa?

"Kenapa sejak dua menjak ni kau kerap datang sini eh? Dah la jalan kaki. Kalau datang nak isi minyak logik la jugak. Selama ni tak pernah pernah pulak nak datang padahal kerja kat company sebelah"

Pencarian harta karun aku terhenti. Terus aku pandang Danish yang tengah bersandar kat kaunter.

"Mana kau tau aku kerja kat company sebelah?"

"Haritu kan ada sorang perempuan yang balik company dengan kau sekali tu. Alah yang panggil kau bos tu lah. Aku tau dia kerja situ. Dia tu selalu datang sini berborak dengan Mar pasal sorang lelaki"

"Nerina ke? PA aku tu"

"Wuyoo PA.. Tinggi jugak pangkat kau kat company tu eh?"

"Bapak aku punya tu"

"Punya apa?"

"Company?"

Terus Danish tergamam. Dia berdiri tegak menghadap aku.

"Siyes?? Bapak ah orang kaya rupanya kau!"

Aku menggeleng perlahan. Kaki dibawa melangkah ke arah kaunter.

"Thats not the point, Danish. Duit tak boleh bawak kebahagiaan"

"Eh tapi duit banyak boleh beli Kawasaki Ninja"

"KANNN AKU PUN TAKTAU SIAPA YANG BUAT AYAT BERMADAH TU. BEST KOT DUIT BANYAK! BOLEH MAKAN BEST BEST, BERCUTI MERATA, BELI KERETA MAHAL MAHAL" aku terus berhigh five dengan Danish. First time jumpa dengan orang suka yang mempersoalkan kata-kata hikmat macam aku.

Mungkin inilah hikmahnya Allah dekatkan aku dengan lelaki ni. Agar kami dapat mempersoalkan kata-kata hikmat bersama-sama.

Semoga kami berjodohan.

Eh salah.

Semoga kami bertemu jodoh yang mempunyai pemikiran yang sama, amin.

17 Ogos 2021  [ 4.37 P.M ]

Siapa rasa dia main pabji tolong drop id NGAHAHAH nak usya sket

Home | HeavenWhere stories live. Discover now