12

825 110 5
                                    

Balang Potato Chips yang dah kosong aku masukkan dalam plastik. Then aku bukak bungkusan Oreo pulak. Sepanjang perjalanan ni, kerja aku cuma makan, makan dan makan.

Sebab tak ada benda lain yang aku boleh buat.

Aihh.. Aku patut bawak laptop tadi. Boleh jugak tengok filem haram kat Telegram. Waduh waduhh..

Sekarang, jangan cakap bekal kak Liana bagi, jajan aku beli tadi pun dah nak habis.

Talking bout kak Liana, did she really really move on? Kalau dah, aku nak mintak tips sikit.

Dan rasanya, aku patut korek rahsia pasal bakal bini abang Syafie. Demi kak Liana!

"Aa.. Bang.. Betul ke abang dah nak kawin?" Penuh awkward, aku cuba mulakan perbualan.

Dari cermin pandang belakang, aku nampak bang Syafie sengih. Pehh gigi dia bukan main putih bersih lagi! Macam breakfast ubat gigi.

"Mana cik Farah tau?"

"Kak Liana cakap haritu abang ambik cuti sebab nak masuk meminang.." Aku diam kejap. Nak cakap perempuan, dengar macam kurang ajar sangat. Nak cakap wanita.. Pfft macam tua sangat.

".. akak tu"

Haa ok la kot.

Abang Syafie punya sengih makin lebar. Angau teruk sangat tahap petola ke apa ni?

"Yes I am. That girl.. I don't know why but, everytime I see her, I feel like there's butterfly in my stomach"

Astaga.. Clichenya ayat. Kenapa butterfly sia? Tak boleh ke letak cow ke, kamen rider ke.

"Orang mana? Umur?"

"She's Singaporean actually. Tapi family dia pindah Johor. Umur 28. Suit me perfectly. Abang pun dah tua. Dah 34 dah pun. Kalau bukan sekarang, bila lagi"

Wau wauu wauuu.. Series la abang Syafie umur 34? Nani dafish?

Beza 10 tahun tepat dengan aku nyahh!!

"So.. Bila kendurinya?"

"Her family setuju akad nikah lagi dua bulan. And, actually kan cik Farah.." Abang Syafie kemam bibir dan senyum lagi.

"Dia taktau yang abang masuk meminang dia"

"Wait what??"

"It's a secret planning. I love her since 10 years ago. Dan memandangkan sampai sekarang dia masih belum berkahwin, abang take a first step"

"Plus, we both work in the same place" Sambungnya lagi.

Aku tekup mulut dengar kata-kata lelaki hensem tu.

"Maksudnya.."

"Yes. It is her"

OMAIGOD MAMII!!!

🌿🍀🌿🍀🌿

Pintu bilik hotel diakses dengan kad khas sebelum pintu terbuka. Aku bukak kasut dan letak tepi pintu sekali dengan beg baju sebelum meluru masuk dan buat terjunan Pandalela Rinong naik ke katil.

Rilek gaes, aku baru sampai Kedah. Sekarang baru check in hotel. Abang Syafie suruh rehat dulu. Esok baru cari laksa.

Ya, aku bagi alasan kat dia nak datang sini sebab nak cari laksa Kedah. Hebat bukan? Hohoho.

Sorry abang Syafie.

Jadi malam ni aku buat keputusan nak cari maklumat sikit-sikit dulu. Like, ig Peah, or maybe advance sikit, alamat dia.

Home | HeavenWhere stories live. Discover now