29

850 108 5
                                    

"Sekarang ni, macam mana?"

"Tak-.. Aku taktau.."

"Apa cerita ni, Riz? Cemana boleh jadi macam ni?!" Davin yang bertinggung di sebelah kerusi menunggu meraup rambutnya. Muka masing-masing dah serabai macam kuih jala yang tak jadi.

"Jangan tanya aku, anat. Kau ingat aku ahli nujum?"

"Masalahnya kau pergi check-up kat klinik swasta kan? Bayar mahal mahal, takkan benda macam ni pun tak boleh confirm??" Hanrel yang bersandar kat dinding mencekak pinggang. Muka abang Riz dipandang lama.

"Dah la.. Benda dah jadi kan? Takkan nak sumbat balik baby tu dalam perut??" Aku buat muka menyampah pandang ketiga tiga lelaki ni.

Masalah sekarang bukannya besar mana pun.

Salah jantina je.

Haah.

Salah jantina.

"Dahtu tak jadi la guna nama Rose Diesel ni?" Davin memuncung sebelum menghirup kopi dalam tin yang sempat dibeli tadi.

Yang macam babunnya, dia beli untuk dia sorang je. Babun betul.

"Kalau anak aku pondan pun aku takkan guna nama tu"

"Alohh"

Aku kemam bibir dan pandang depan. Hmmm.. Baru ingat nak bagi nama Ferrari Hanania. Sekali keluar berburung pulak. Potong betul budak ni.

"Dah lah. Cepat fikir nak kasi nama apa. Aku nak pergi daftar nanti" Abang Riz bersandar pada kerusi dengan muka penatnya. Almaklumla, kena tengok bini beranak. Pucat betul muka dia lepas keluar bilik bersalin tadi. Carlisle pun kalah.

Tak kenal Carlisle? Hohoho. Sila gugel.

"Hmm.. Aku nak letak Jordan McKenzie boleh?"

"Nak kena humban ikut balkoni ke?"

"Gurau. Kau nak mula huruf F jugak ke? Ada Felix, Ferbian, Francisco, Ferdinand-"

"F*ck off. Bagi la nama Melayu, pandai"

"Alah apa salahnya? Mak dia kan Canadian plus Italian"

"Dan bapak dia Melayu"

"Ahhh! Semua salah! Majok ah gini! Babai!" Davin bangun dari bertinggung dan hentak kaki macam budak gedik dalam movie US sebelum berjalan entah kemana.

Andai kata aku boleh tampar dia, memang aku bagi bertubi-tubi.

"Aku tak patut benarkan mak aku pungut dia dulu" Hanrel pandang adiknya penuh keji dari jauh. Mungkin tak dapat terima hakikat, adiknya berperangai macam pesakit jiwa.

"Aku pun rasa macam tu" Abang Riz mengangguk bersetuju.

Aku tongkat dagu dan masih pandang ke depan memikirkan nama untuk anak buah pertama aku.

Hmm.. Gue udah jadi auntie gaes. Udahlah gue ngak suka bocil. Waduhh.. Pasti susah mau jagain dia. Dikasi susu, bersihin taiknya lagi. Udahlah tangisannya aja bisa mrmbuatkan orang pekak.

Tiberhh.

"Farah. Any suggestion?"

"Hmm.." Soalan abang Riz aku jawab malas. Tiba-tiba rasa lapar pulak. Balik nanti singgah Texas nice jugak.

"What is it?"

"Fasel"

"Huh?"

Terus aku tersedar dari lamunan. Aku cakap apa tadi? Fasel?

Thats..

"Adrien Fasel" Aku pandang abang Riz dengan muka amazed sebab dapat satu nama secara tak sengaja.

Home | HeavenHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin