40

765 126 34
                                    

[ sumpah aku taktau nak buat apa dah dengan si Farah and Riyaz ni. Kazen aku kata matikan je si Riyaz tu pastu Farah masuk hospital sakit jiwa. Patut ke? ]

"Aku taknak mati lagi, jir"

"Hah?"

"Tak. Tak ada apa" Riyaz menggeleng perlahan. Kopi yang aku belikan untuk dia tadi disisip.

Alkisahnya, aku pergi la stesen minyak tu tadi. Pastu dah beria beli kopi banyak banyak untuk support perniagaan Costa Coffee tu, si Mar tak datang kerja.

Anjay. Habis duit aku.

Jadi aku panggil lah si Riyaz ni untuk teman aku mabuk kopi harini walaupun dia ada meeting lepas lunch nanti. Lagipun dia kata ada benda nak bincang dengan aku.

Riyaz letak balik cawan kopi atas meja dan bersandar pada sofa. Muka aku yang hensem, flawless, berseri, penuh cahaya nur, indah mewangi, menyejukkan mata bakal mak mertua dan menarik ni dipandang lama.

"Ehem.. Fir. Aku nak cakap sikit ni"

"Aku pun"

"Kau dulu lah"

"Sikit"

"Babie"

"HAHAHAHHAH okeh okeh. Kau nak cakap apa?" aku turut bersandar kat sofa lepas puas gelakkan mamat ni. Tercapai jugak cita-cita aku nak dengar dia mencarut.

"Farah tu single ke?"

Terus aku duduk tegak balik bila mendengar soalan Riyaz. Or Ariz. Or whatever lah siot kisah apa aku nama dia Jamil sekalipun.

"Kenapa tanya?"

"Uhh.. Saja?"

Aku usap dagu sambil pandang siling pejabat. Farah eh?.. Hmm.. Farah..

"Setakat yang aku tau, aku taktau lah. Tapi masa dia pergi kenduri kahwin abang dia kat Kedah tu, kau ada bagitau ada sorang lelaki ni asyik ikut dia kan? Haa mungkin tu kot pakwe dia. Mana aku tau bahh aku nda ikut"

Riyaz cuma diam mendengar kata-kata aku. Dah apahal dia tiba-tiba nak ambik tau ni? Salah makan ubat ke?

"Eh abang kau bila nak balik? Pergi Melbourne tu macam dah tak kenal rumah sendiri je" aku terus menyoal benda yang dah lama aku nak tanya kat dia ni tapi asyik terlupa je.

Dah la nak jumpa pun jarang sekali. Busy memanjang kalah gabenor.

"Uhh.. Taktau lah. Bulan depan kot"

"Buat apa duduk sana lama lama? Bukannya ada bini pun. Pergi belajar pun tak, apatah lagi kerja. Cari kanggaru ke apa?"

"Taktau"

"By the way harini berapa haribulan eh?"

"Taktau"

Ehh budak ni semua benda dia taktau. Baru keluar gua ke apa? Bagi tapak kasut karang baru kau tau erti kekesalan kot.

Bunyi ringtone aku yang nyaring lagikan bising menghentikan perbualan kami. Atau mungkin, perbualan aku sorang. Mamat ni punya berat mulut macam telan aisberg Titanic.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh yang disana. Ada apa saudariku?"

"Bini abang Riz dah nak beranak"

"EHHH? SERIES LA??" terus aku tengok tarikh dekat skrin phone.

Dem. Harini due date. Itulah kau Riyaz, aku tanya tarikh harini kau jawab bodo bodo. Kan dah lupa.

"Tu Farah kat hospital ke?"

"Haah. Abang Riz pun kat dalam teman bini dia- eh eh tepi la sikit!"

"Fir ke tu? Nak cakap jugak! Abang Fir I rindu you!"

"Kepala otak kau lah Davin. Pergi mati sana. Cau" terus aku tamatkan panggilan. Lelaki tu bukan boleh harap sangat. Abang dia pun tak dapat sahkan dia tu gay ke straight. Jadi baik aku amalkan langkah berjaga-jaga.

"Siapa masuk hospital?"

Aku angkat kepala pandang Riyaz. Ah reti pulak kau nak bercakap. Tadi kemain lagi semua benda taktau. Lepuk karang koma anak teruna orang ni.

"Bini Riz. Dah nak beranak"

"Ohh.. Lelaki ke perempuan?"

"Katanya perempuan. Tapi siapalah kita nak menentukan. Mana tau keluar bersiput ke, kembar ke, kan?"

"Taktau"

"Kau pergi balik, Riyaz. Takut ada orang lain pulak yang masuk hospital karang"

🐞🐞🐞🐞🐞

"

Taknak. Aku ada benda nak cakap"

Ehh eh mamat ni. Aku ingat dah blah dah tadi. Boleh pulak dia patah balik..

Riyaz berjalan ke arah sofa dan duduk. Tempat sama dengan yang dia duduk tadi.

Fail yang kesemuanya berwarna hitam aku susun elok elok atas meja. Ni peraturan aku, semua fail kena warna hitam. Biar nampak ala ala mafia sikit eheq.

"Hah. Amenda?"

"Aku nak masuk meminang Farah"

"Hah? Masak pinang merah?"

"Masuk meminang Farah"

"Ohh betul lah. Aku ingat kau salah cakap tadi. Almaklum la minum kopi banyak sangat. Takut dah mabuk je" aku kemam bibir dan bangun menuju ke arah Riyaz. Sofa single di depannya diduduki. Tangan dimasukkan dalam poket seluar.

"Bila?"

"Kau restu ke?"

"Kalau tak? Apa kau nak buat? Walaupun aku taktau apa yang kau nampak dekat budak hingusan tu, tapi lantak kau lah. Tu masalah kau dengan dia"

Riyaz diam memandang aku lama.

Hah.

Nak kata muka aku flawless la tu. Ni la kesan memakai produk Aiken selama tiga hari berturut-turut. Aku ingat barang murah tak berkesan. Ehh ternyata-

"Insyaallah lusa aku ajak mama datang rumah"

"Amboih awal noh. Farah dah tau belum?"

Riyaz diam lagi memandang aku. Aku cuma senyum sinis.

Heh. Belum lah tu. Ni la anak muda zaman sekarang. Semua benda nak dibuat suprise. Sama lah dengan si abang Syafie tu. Pergi masuk meminang terus kat rumah si perempuan, tak tanya dulu dia setuju ke tak, dah ada orang lain ke apa semua.

Kepala kakek dia. Ingat sweet lah?

"Aku taktau lah cemana nak bagitau dia" Riyaz serabutkan rambut dia yang tadinya kemas. Tak pasal pasal dah macam orang tak mandi.

Harap muka je hensem, rambut serabai macam pencuci pinggan jenis dawai tu.

"Cer kau bukak mulut"

"Hah?"

"Bukak mulut"

Riyaz menurut arahan aku walaupun keningnya dah berkerut teruk.

"Ha, pastu kau keluarkan suara"

"Aaa..?"

"Haa gitu lah cara bercakap"

"Kau sumpah barbi, Fir. Sumpah"

Aku ketawa kecil sebelum kembali ke meja dan sambung kerja. Melayan budak tu, sampai lusa kerja aku tak siap. Tak pasal pasal tak boleh ikut mama pergi tengok anak Riz nanti.

9 Ogos 2021  [ 8.54 P.M ]

Untuk 10k reads, and 100 followers.

Xie xie.

\ʕ •ᴥ•ʔ

Home | HeavenWhere stories live. Discover now