20

848 105 5
                                    

"Woih marunggei! Kau mengelamun apa?"

Tolakan kasar di bahu aku buatkan aku hampir melatah tapi sempat dicover ayu.

Kehanatan apakah ini??

Mana Riyaz yang tengah akad nikah tadi?? Apa jadi lepas diorang kawin? Mana along aku?

"Orang dah nak start lah harnut. Kau tu dah la tukang pegang cincin. Kang tak pasal-pasal terbatal pulak akad tak ada cincin"

Aku pandang Peah dengan riak pelik. Boleh batal ke akad kalau tak ada cincin? Mazhab mana dia pakai ni?

"Haa cincin mana cincin?" Peah pandang aku dari atas sampai bawah, dari kiri sampai kanan, dari depan sampai belakang.

Punya nak mencari cincin. Habis dirabanya tepi pinggang aku yang berbalut baju kurung moden berwarna silver.

Amenda lah siot minah ni. Zaman bila pakai baju kurung ada poket kat tepi??

"Ada ni hah.." Aku bukak sling beg dan cari kotak cincin yang berwarna merah.

Jap.

Mana kotak tu?

OSHHHIITT..

"Mananya?"

"Kejap la ceton"

"Kau cetonkan aku, Sya? Jangan sampai aku tak halalkan sushi yang kau makan dulu"

Kata-kata Peah aku abaikan. Dahi dah mula berpeluh sebab gelabah mencari cincin. Jantung pun bukan main lagi.

Jangan cakap aku tertinggal. Sempat lagi tak kalau balik ambik?

Tak pun, aku cilok je cincin siapa-siapa buat ganti

Hmm... Idea kedua tu nampak menarik.

"Woihh! Mana cincinnya?!" Sekali lagi aku dilepuk Peah. Nak aram lah minah ni. Tangan dia tu dah la sebesar Shrek. Tu kalau sampai ke muka kau, bersepai teruk gigi.

Operasi pencarian dihentikan lepas aku terpegang satu kotak yang kecik sikit dari tapak tangan tu.

JUMPA JUGAK AKHIRNYA WEIHH!! ALHAMDULILLAH AKU TAK PAYAH CILOK CINCIN ORANG!

"Haa jom masuk cepat!" Peah tarik tangan aku masuk masjid yang dah dipenuhi orang ramai termasuklah tok kadi yang mukanya jauh berbeza dengan apa yang aku bayangkan tadi.

Kuat betul aku berangan ehh?

Memandangkan aku tukang pegang cincin, aku duduk di sebelah pengantin perempuan.

Eh eh. Lawa jugak bakal bini along. Mata bulat kemain.

Aku tak kata mata along segitiga or what. Cuma mata dia macam mata kucing waktu malam.

Peehh kiyot siell!

"Mohammad Hazim bin Abdul Rahim"

Ok, nasib baik memang along yang kawin.

"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Hanis binti Shakirin dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai.."

Suasana senyap seketika. Bagi orang lain, keadaan ni normal. Tapi bagi aku, aku anggap along lupa skrip.

Apa barang lafaz akad nikah berkali-kali? Tak gentleman ah gitu! Bakal suami aku nanti, aku akan suruh dia pergi tuisyen akad nikah biar tak gabra.

"Aku terima nikahnya Nurul Hanis binti Syakirin dengan mas kahwinnys 500 ringgit tunai.."

"Sah?"

"Sah"

"Sah?"

"Tak sah"

Okay-okay gurau. Yang tu cuma ayat aku dalam hati. Masih terbayang apa yang akan jadi kalau salah seorang saksi cakap macam tu.

Mesti dia kena belasah teruk.

"Alhamdulillah.."

Semua mengangkat tangan membaca doa yang aku sendiri taktau nak baca doa apa.

Ahh baca jelah al fatihah.

Semua tetamu mengaminkan doa dan mula menumpukan perhatian kepada pengantin dua sejoli yang akan berkiss kejap lagi.

Pfftt. Kiss depan orang ramai. Sumpah malu.

Along datang ke arah bininya yang sah dan duduk. Kotak cincin di tangan aku bukak dan hulur pada along. Sebentuk cincin silver dengan batu permata berkilat di tengahnya diambik dan along mencapai tangan bininya.

Sh't.

Pehal aku yang blushing ni? Kebas pipi aku tengok scene ni. Macam aku yang kawin pulak hmm.

Lepas sarung cincin, kak ipar aku- apa namanya tadi? Hanis? Dia ambik pulak sebentuk cincin lagi dan sarung kat jari along. Lepastu dia salam tangan along.

Keadaan sekeliling aku jadi bercahaya dengan lampu flash bila along cium dahi-

WWJJDNSJJEU ALONG KISS DAHI BINI DIA AAAARRGGGH!!

Sorry termeroyan kejap. Aku excited sebab tak pernah tengok live. Selalu dalam drama je.

Tapi hmm.. Lama pulak diorang kiss. Berlumut kotak cincin ni.

"Minaci, pakwe kau panggil tu" Peah tolak bahu aku macam biasa buat aku nak mencarut. Dah la aku duduk sebelah kak ipar.

Kalau aku tertolak dia sekali cemana? Terbabas ciuman along ke tempat lain karang.

Budu la Peah.

Aku tampar tangan dia dan bergerak ke belakang sikit. Terus tempat aku diambik makcik kepoh yang nak tanya bila nak dapat anak.

"Apa kau ni?" Muka Peah aku pandang tak puas hati. Dah la haritu janji dengan aku nak belanja Cadburry Durian. Sudahnya sampai aku balik tak nampak rupa.

"Tuu. Pakwe kau cari tadi. Muka gelabah nak mampus. Takut kau hilang kot. Pfftt ingat kau ni budak tadika ke?" Peah senyum sinis dan menggeleng.

Peah..

Pehal kau nampak psycho?

"Siapa pakwe aku?"

"Alahh lelaki yang tolong abang-abang kau bawak hantaran tadi tu laa. Siapa lagi? Takkan mamat usya panas tu kot?"

"Mamat usya panas?"

"Tuu" Peah tunjuk satu arah iaitu pintu masuk masjid. Seorang lelaki yang tengah bersandar kat situ aku perhati lama.

Macam..







MAMU??

Wadaheq? Apa dia buat kat sini? Cemana dia boleh ada kat sini? Apa kaitan-

Oh yelah. Bapak dia kan ketua kampung a.k.a tok kadi along tadi.

Waduhh waduhh kamu Farah. Bebal sekali ya?

"Haah pehal pulak kau usya mamat tu? Pakwe kau kan ada? Pergi la cari dia sana" Peah pegang bahu aku dan tolak ke arah pintu keluar yang dekat sikit dengan kami.

Sebab pintu yang ada mamu tu jauh sikit.

Keluar je dari kawasan saf lelaki tu, aku nampak Riyaz dengan muka gelabahnya berjalan laju ke arah aku.

Jap.

Pehal dia nak gelabah pulak? Aku bukannya bini dia. Lagipun sini kan kawasan masjid. Siapa je nak menculik kat sini kecuali bunian?

Entah-entah bunian pun takut dengan aku.

"Farah!" Riyaz berdiri depan aku dengan muka gelabahnya yang tak berkurang dari tadi.

Jarang sekali ya muka dia nak ada ekspresi macam ni. Selalunya ketat macam tudung botol mineral.

"She's gone"

What?

"Adel. She's gone.."


WADAHEQ?!

4 Oktober 2020  [ 6.25 P.M. ]

Home | HeavenWhere stories live. Discover now