44

643 118 7
                                    

"ASSALAMUALAIKUM!!"

Aku hela nafas berat. Lelaki yang terjerit jerit di sebelah diabaikan dan aku teruskan perjalanan masuk ke dalam balai polis tu.

Pestaim do masuk balai polis. Jakun la kejap kat sini. Kalau buat IG story, mesti dapat attention kan? Hehehehe

"Cik tunggu kat sini sekejap" polis tadi tunjuk aku ruang menunggu yang tersedia sofa dan meja kopi dengan pasu bunga di tengahnya.

Minum minum tak ada ke? Aku dah la tak sempat makan pun tadi. Kat sini boleh order Foodpanda tak?

"Uyookk! Bang, ori ke? Nak try test boleh?"

Lelaki muda berseragam polis di pintu masuk tu cuma mengerutkan kening. Sepucuk pistol yang tersisip di pinggangnya dipegang perlahan.

"Bang Fir, baik stop buat benda merapu. Kang kena gerak pergi wad kecemasan pulak lepas ni" aku tarik tangan abang Fir dan menuju ke bilik yang dimasuki polis yang jemput aku kat dewan tadi walaupun dia suruh aku tunggu kat depan.

Ye nyah. Abang Fir kebas kereta papa and ikut kami sampai sini. Ya Allah abang siapa desperate sangat ni.. Mintak kaki betul.

"Alahh ko ni kalut kalut nak gi ne? Bukannya bakal laki kau tu kena tangkap jual gading gajah pun" abang Fir menjeling ke atas. Kaki menurut langkah aku dengan penuh paksaan.

"Dahtu dia kena tahan kat sini sebab apa?"

"Lah kan dia nak propose- no! I mean, dia hantar proposal kat klien!" abang Fir berkata dengan gelabahnya dan tampar bahu aku berkali kali.

Bukan tak sakit ye gais.

"Kot ye pun tak payah la tampar!" aku tolak dia pergi jauh sikit dan pandang depan dengan muka cemberut.

Proposal natang apanya kat balai polis ni? Cam nipu je. Awal awal pun dia tercakap propose. Heh. Propose tu kan melamar lol.

Maksud melamar ialah pertanyaan seseorang berkenaan kesediaan untuk berumah tangga dan memikul tanggung jawab sebagai suami atau isteri. Proses melamar ibarat pintu gerbang sebelum sesuatu pernikahan dijalankan.

Lol. Tiber kau pandai, Farah.

Eh dia melamar siapa lak?

RIYAZ NAK MELAMAR SIAPA ANJAII

Terus aku lajukan langkah menuju ke bilik tu. Tak menunggu lama, tombol pintu aku pulas dan tolak pintu tu sampai terbuka luas.

"OMAIGAD FARAH! DONT-"

Jeritan abang Fir bermain di telinga aku sebelum ternampak Riyaz dan beberapa orang lelaki kat dalam bilik tu.

Yang tak berpakaian.

What the fuq.

☘️🍀☘️🍀☘️

"Siapa ajar kau buat benda ni?"

"Uhhh.."

"Fir. Siapa ajar kau?"

"Alaahh aku tengok kat HBO haritu. Saja lah nak try, kan? Taktau pulak menjadi. Pro jugak aku"

"Pro bangkek kau. Nasib baik ubat betul. Kalau lain, mau mati adik kau sorang lagi"

Aku tengok muka abang Fir yang mencuka walaupun kabur macam orang rabun kehilangan speknya.

Dahi yang menyucuk aku pegang. Pening dia, macam baru lepas scroll tiktok pagi buta pastu berdiri tiba-tiba. Kelam dan berbintang.

Home | HeavenWhere stories live. Discover now