11

830 104 0
                                    

Tangan aku mencekak pinggang pandang kak Liana kat tepi kereta tu.

Biar betul dia ni dah move on?? Macam tak je.

"Syaf.. Kau nak kawin nanti, bagi la kad. Aku nak tengok bini kau. Mesti lawa kan?" Kak Liana yang bersandar kat kereta yang tengah dibasuh abang Syafie pandang lelaki tu tajam.

"Yaa wahai cik Liana.. Nanti kau ajak la mak ayah kau, jiran, tok nenek semua datang sekali" Abang Syafie yang bercangkung sambil basuh tayar  menggeleng.

Wah wahh dua orang ni..

Malas nak tengok sesi bahagia yang tak kekal selamanya, aku blah dari pintu utama masuk ke ruang tamu.

Nampaknya, hari ni, abang Fir kembali berkelakuan tak normal. Rasanya satu-satunya hari yang dia normal adalah masa majlis tunang Dee haritu sebab ada kak Mar.

Behave dia, lain macam!

"Farah! Pagi-pagi makan budu!!"

"Hah??"

"STING AKU YAHUUU!!" Dan abang Fir terus bersorak macam team bola dia support menang Piala Dunia.

Bahenol sekali abang gue ya.

"Bang Fir harini tak kerja ke?"

"Harini kan Sabtu, pandai"

"Apa salahnya kerja hari Sabtu. Hari biasa pun malas pergi"

"Biar la. Its my father company. Suit myself la nak pergi tengah malam pun"

Tangan aku yang hampir sampai ke muka abang Fir ditahan sedaya-upaya. Takut lebam pulak anak teruna tak laku orang ni.

"Still, its not your company, bro. You're just a COO. The CEO is still abang Firhad"

"Then he should die"

"Ulang balik"

"Maaf abangkurr. Gue cuma bercanda" Abang Fir buat muka serius dan cium tangan abang Firhad berulang kali.

Aku tau, Fir dan Firhad hampir sama. Sebab aku sorang je yang panggil macam tu. Orang lain panggil abang Ad. Lol for me.

"Lepuk mau, lepuk?" Abang Firhad dah mula angkat tangan.

"Takmau bang. Cek insofff" Abang Fir membalas dengan loghat Kedah yang tak berapa 'piauu'.


Kedah.

WOII AKU LUPA AKU NAK CARI PEAH!! KAWAN SEHIDUP SEMATI SELAMANYA AKU YANG TAK HABIS-HABIS BERSAYANG-SAYANG DENGAN PAKWENYA!

AKU KENA CARI DIA.


AKU KENA.

"Abang-abang Farah yang hensem, siapa free minggu depan. I mean, dari Ahad sampai Khamis"

"Saya!" Abang Fir terus angkat tangan. Naiseu!

🌊🐋🌊🐋🌊

Penat scroll IG, aku pandang luar tingkap. Tak larat pandang keindahan alam, aku dengan lagu. Sakit telinga dengar lagu, aku betulkan tudung. Tudung dah lawa, aku mengeluh.

BORING WOII.

Dah la perjalanan dari KL ke Kedah bukan main jauh lagi. Dah dua jam aku bertenggek kat sini. Satu suara pun tak keluar.

Sebab drivernya ialah abang Syafie!

Aku mana pernah sembang kencang dengan dia. Ni semua salah abang Firhad.

Home | HeavenWhere stories live. Discover now