Permulaan

524 27 24
                                    

"Perhatian kepada ahli Kelab Kemasyarakatan. Kamu semua diminta untuk datang ke Dewan Yoon Shik sekarang juga. Diulang,perhatian kepada ahli Kelab Kemasyarakatan. Kamu semua diminta untuk ke Dewan Yoon Shik sekarang juga. Terima kasih"

"Kenapa pula tu?" Soal Hayeon. Youngna mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Kita pergi sajalah" kata Youngna. Mereka berdua mengemas peralatan masing-masing lalu Youngna menarik tangan gadis itu keluar dari dewan kuliah,diikuti oleh pelajar lain yang sama kelab dengan mereka berdua.

_______

Youngna dan Hayeon ternampak Ara dan Hana serta Jihyun yang duduk di satu barisan kerusi.

"Itu pun mereka" kata Youngna. Mereka berdua berlari ke arah tiga gadis itu.

"Korang!" - Hayeon

"Hei! Cepatlah duduk. Nanti orang ambil pula" kata Ara sambil menepuk tempat duduk di sebelahnya. Youngna masuk ke dalam barisan dahulu sebelum Hayeon

Pelan tempat duduk :

Jihyun   Hana   Ara   Youngna   Hayeon

  Pentas

"Unnie rasa kenapa cikgu Kim panggil kita ya?" Tanya Hana kepada Ara

"Unnie rasa dia ada nak maklumkan sesuatu yang penting" teka Ara

"Ha! Mungkin cikgu Kim nak ajak kita pergi ke  satu tempat. Atau satu kem?"

Keempat-empat gadis itu menjadi teruja dengan tekaan Jihyun.

"Mungkin betul juga cakap kamu,Jihyun" - Hayeon

Beberapa minit kemudian, semua ahli Kelab Kemasyarakatan Universiti Hanguk telah memenuhi tempat duduk di dewan tersebut. Suasana yang riuh itu menjadi sunyi tatkala Cikgu Kim Jongkook mula berbicara di atas pentas.

"Selamat pagi kepada semua ahli Kelab Kemasyarakatan yang cikgu sayangi. Tujuan cikgu memanggil kamu untuk datang ke sini adalah untuk memaklumkan bahawa pihak universiti ingin mengadakan kem kecergasan minda dan Kelab Kemasyarakatan telah terpilih untuk menyertai kem ini"

Lima gadis itu menjadi gembira sambil memandang antara satu sama lain.

"Oleh itu,cikgu akan memberitahu tarikh dan waktu yang perlu kamu hadir ke sini. Kita akan mengadakan kem di sebuah hutan. Kita akan ke sana dengan menaiki bas. Kem itu diadakan selama dua hari dua malam"

"Hutan?? Wahh mencabar ni" - Youngna

"Tak ada tempat lain ke nak buat kem?" Keluh Ara

"Kan unnie. Hutan juga dia pilih" Hana bersetuju dengan kata-kata Ara.

"Dah nama pun kem,Hana unnie" - Hayeon

"Unnie semua jangan risaulah. Kita akan selamat semasa di sana nanti" kata Jihyun pula. Yang lain memandang gadis itu dan mengangguk.

"Betul kata Jihyun tu. Kalau Ara unnie takut,kami semua kan ada. Kami jaga unnie. Betul tak geng?" Pujuk Youngna

"Betul tu~"

"Baiklah,unnie faham" kata Ara sambil mengukir senyuman kecil.

______

Wolf Gang [C]Where stories live. Discover now