W 🗡

84 15 20
                                    

"Aku tahu korang fikir yang aku datang ke sini untuk serang korang. Tapi niat aku baik. Aku memang dah tak bersekongkol dengan si JayB tu. Dan...aku tahu apa rancangan dia"

Ara,Hana,Youngna,Hayeon dan Jihyun serta lapan jejaka itu memberi tumpuan kepada Jackson. Mereka duduk mengelilingi unggun api pada malam itu. Menanti rahsia yang bakal dibocori oleh Jackson.

"JayB dan anak-anak buah dia dah tahu tentang kehadiran awak berlima. Dia menyuruh kami untuk mencari korang untuk dapatkan darah korang. Sekarang korang berlima dalam pemerhatian mereka" jelas Jackson sambil memandang para gadis itu.

Ara memeluk Hana manakala Jihyun memeluk Hayeon. Youngna pula menjadi geram mendengar rancangan JayB itu. Mulut Sky dan Bob ternganga.

"Betullah sangkaan kita. Dengan Sky hyung punya ramalan" kata Bob kepada Sky. Sky hanya mengangguk perlahan tanpa memandang Bob. Jackson menjadi hairan.

"Kau tahu?" Tanya Jackson kepada Sky. Sky tersengih dan mengangguk. "Saya belajar hehe"

"Oh,ok. Bagus tu.Kau dah boleh ramal apa yang akan berlaku pada diorang berlima ni nanti"

"Sebab itulah kami akan jaga diorang sampai Ara,Hana,Youngna,Hayeon dan Jihyun dapat pulang ke dunia luar sana. Kami takkan benarkan kawan-kawan kau tu tangkap diorang ni" ujar Christopher dengan tegas dan geram kepada Jackson.

"Dia dah jadi musuh akulah"

"Apa-apa sajalah. Dah jom masuk tidur" arah Christopher kepada yang lain sambil berdiri. Dia membiarkan yang lain masuk gua dahulu. Jackson menepuk bahunya.

"Percayakan aku"

Dia menepuk bahu Christopher lagi dan berjalan meninggalkan ketua itu bersama Lewis dan Rhino. Wajah serius lelaki itu tidak hilang dengan dia melihat Jackson.

"Aku tak percaya yang dia berpihak pada kita"

"Aku tak rasa dia memang nak tolong kita,hyung. Dengan ikhlas" - Lewis

"Tak apa,hyung. Kita perhatikan saja gerak-geri dia" - Rhino

"Nampaknya, lima gadis itu sudah tidak selamat lagi. JayB dan pengikut-pengikutnya dah tahu kedudukan mereka. Kita kena bawa mereka keluar daripada hutan ni"

Rhino dan Lewis memandang antara satu sama lain.

"Bila?" - Lewis

"Malam esok"

________

Sepanjang Jackson tinggal bersama mereka semua,lelaki itu banyak menolong dari segi memburu. Dia juga ada mengajar lapan pemuda itu cara untuk berlawan dengan betul. Sama ada dalam bentuk manusia atau bentuk serigala jadian.

Lima gadis itu senang dengan Jackson. Termasuklah yang lain kecuali Christopher,Rhino dan Lewis. Mereka bertiga masih curiga dengan lelaki itu.

Hana,Hayeon dan Jihyun ada meminta izin daripada Christopher untuk menemani Jackson yang mahu mencari buah-buahan. Sambil mencari sambil itu juga mereka menolong Jackson.

Setibanya mereka berempat di sebatang pokok,muncul Joshua,Adam dan Kelvin. Ibarat tiga ekor musang yang melihat mangsa-mangsa mereka. Jackson menghadang gadis-gadis itu.

"Apa korang nak lagi!? Tak serik ke!?"

Tiga serigala jadian itu menjadi manusia.

"Apa kau buat ni,Jack? Ke tepilah! Diorang tu milik kitaorang!" Jerkah Joshua dengan mata membuntang sambil menunjuk ke arah tiga gadis itu.

Wolf Gang [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum