R 🌕

174 18 13
                                    

Rhino yang bertukar menjadi manusia itu mencari sebatang pokok yang amat dikenalinya. Setiap kali ada kawan-kawannya yang cedera,memang pokok itulah yang menjadi tumpuannya.

"Mana pula ni? Takkan pokok tu berubah tempat pula? Mana boleh pokok bergerak"

Rhino memandang ke sekeliling. Akhirnya dia menjumpai pokok itu. Senyumannya melebar lalu dia berjalan ke arah pohon tersebut.

"Kegelapan malam membutakan diriku untuk melihat penawar yang selalu digunakan~ yang ada di depan mata~"

Rhino mencapai beberapa helai daun. Cukup untuk jadikannya sebagai simpanan,memandangkan mereka telah kehabisan daun itu juga dan turut untuk Youngna.

".....13,14,15,17,18,19,20. Ok dah cukup hehe"

Dan pada masa itu juga Rhino mendengar lolongan yang kuat dari arah yang bertentangan. Dia kenal empunya lolongan yang sangat kuat itu. Rhino menggigit daun-daun itu dan bertukar menjadi serigala lalu berlari ke arah lolongan tersebut.

______

Ara dan Hana memandang lama wajah ketiga-tiga lelaki. Ara mengangkat jari telunjuknya dan bertanya siapakah mereka. Salah seorang daripada para jejaka itu tersenyum.

"Awak berdua jangan risau. Kami tidak makan manusia,hanya haiwan dan tumbuhan. Saya Christopher. Ini Lewis dan Felix" pemuda yang berdiri di tengah-tengah itu memperkenalkan diri mereka. Lewis dan Felix tersenyum dan mengangguk.

"Awak bertiga ni serigala jadian??" Soal Hana tidak percaya. Lewis tergelak kecil.

"Kami tahu korang tak percaya yang serigala jadian wujud,kan?"

Ara dan Hana mengangguk. "Kami fikir serigala jadian itu hanya satu mitos" ujar Ara. 3 orang lelaki itu hanya tertawa kecil.

"Korang sesat ke?" - Felix

"Haah. Kami tak tahu macam mana nak keluar dari hutan ni. Ia terlalu luas dan besar" - Hana

"Boleh awak bertiga tolong kami cari kawan-kawan kami yang lain? Sebenarnya,kami berlima. Salah seorang daripada kami hilang dalam hutan ni. Selepas itu,dua orang lagi terpisah daripada kami semasa dikejar oleh 4 ekor serigala lain" jelas Ara. Christopher,Lewis dan Felix berpandangan sesama sendiri.

"Ada lagi rupanya mereka tu" - Felix

"Mungkin mereka pun dapat bau manusia dan cuba untuk makan mereka berdua ni termasuk kawan-kawan mereka yang lain" teka Lewis

"Oh ya! Kawan saya yang hilang dalam hutan ni juga kena kejar dengan seekor serigala. Matanya merah. Macam yang korang bertiga nampak tadi" tambah Hana.

"Nampaknya geng-geng serigala itu dah mula tunjuk diri,hyung" kata Felix kepada Christopher. Lelaki itu berdiam seketika.

"Kami boleh tolong awak berdua dengan kawan-kawan yang lain keluar dari hutan ini. Mari,ikut kami pulang ke gua kami dahulu"

Ara dan Hana berpandangan sesama sendiri.

"Jangan risau. Kami takkan cederakan manusia. Saya selalu pesan anak-anak buah saya tentang itu. Mari"

Setelah mendapat keyakinan daripada Christoper dan dua orang pengikutnya itu,Ara dan Hana pun bersetuju untuk mengikut mereka bertiga pulang. Rasanya lagi selamat kalau ikut mereka.

"Hyung!"

Mereka berlima berpaling ke arah Rhino yang telah sampai dan dia bertukar menjadi manusia. Hana terpempam seketika melihat rupa Rhino yang menawan itu.

"Kacaknya..."

Rhino mengerling ke arah Ara dan Hana. "Manusia mana pula korang jumpa ni?"

Wolf Gang [C]Where stories live. Discover now