Y 🌕

144 18 13
                                    

"Apa!? Mana hyung tahu??" Seonghwa yang berada di hadapan lokernya terkejut dengan perkara yang diberitahu oleh Woozi. Ada sebahagian pelajar yang melihat ke arahnya namun Seonghwa tidak peduli. Jantungnya mula berdegup laju.

"Daripada Cikgu Kim dan Puan Song. Diorang berdua pergi periksa khemah Youngna dengan kawan-kawan dia,diorang tak ada" ujar Woozi lagi. Jun yang berada di sebelah Woozi itu juga risau dengan keadaan Youngna. Lelaki itu juga amat rapat dengan gadis itu. Ibarat abang dan adik.

Seonghwa mula berasa tidak sedap hati. Matanya mula berkaca. Namun,sebak yang dirasa ditahannya agar dia tidak menangis.

"Diorang berlima hilang ke mana?"

"Cikgu Kim kata diorang mungkin hilang dalam hutan. Memang pagi ni tengok diorang tak ada. Apa-apa pun,Cikgu Kim dah tanya pihak universiti sama ada nak teruskan atau tidak kem ni. Pihak atasan cakap batalkan saja. Mungkin cikgu dah beritahu kepada pihak berkuasa juga. Ni pun kami tengah kemas balik barang-barang. Puan Song arahkan kami pulang sebab hutan ini bahaya."

Jun mengangguk setuju dengan kata-kata Woozi itu. Disampingnya ialah barangan milik Youngna. Barangan Ara dijaga oleh Mingi,barangan Hana pula bersama dengan Hoshi dan Jeonghan. Manakala Doyoung dan Yedam menjaga barang Hayeon dan Jihyun punya ada bersama Yunho dan Jongho. 

"Semua pelajar! Sila naik ke dalam bas sekarang juga!" Arah Cikgu Kim.

"Maaf,Hwa. Kitaorang kena gerak balik ni. Nanti dah sampai kita jumpa masa rehat" kata Woozi lalu dia mematikan panggilan.

"Hoshi,kau tolong beritahu Wonwoo lah. Dokyeom,tolong beritahu Mingyu pasal Ara" pinta Woozi kepada dua orang lelaki itu dan mereka mengangguk. 

Seonghwa mematikan panggilannya. Dia menundukkan kepalanya. Pemuda itu cepat-cepat menyimpan buku-bukunya di dalam loker lalu dia berjalan dengan pantas ke arah tandas lelaki.

Seonghwa berdiri di hadapan cermin tandas. Air matanya mula mengalir. Dia cuba menghapuskan air mata itu dengan membasuh muka sendiri.

Pemuda itu melihat ke arah cermin. "Sayang...mana sayang sekarang..." gumam Seonghwa sambil membuat genggaman.

_______

"Seonghwa oppa..."

"Youngna?"

Gadis berambut pendek beralun itu menoleh ke belakang. Dia tersenyum. "Ara unnie rupanya"

Ara perasan yang gadis itu tersentak sedikit membuatkan dia tergelak kecil. Ara pun duduk di sebelah Youngna menghadap sebatang sungai yang berdekatan dengan gua.

"Tengah fikirkan siapa?"

"Seonghwa oppa...Youngna dapat rasa yang dia tengah sedih sekarang...pasal Youngna" ujar Youngna tanpa memandang ke arah Ara.

"Unnie pun tengah fikirkan Mingyu. Aigoo,macam manalah dia sekarang"

"Youngna rasa mereka dah tahu kita hilang"

Youngna melihat ke sebelah. Ara mengeluarkan telefon pintar dan mencari line yang kuat di hutan itu. Sayang sekali,langsung tiada line.

"Unnie bawa telefon??"

"Haah. Tapi tak ada line uhuk"

"Memang tak ada sis,ini kan hutan" ujar Youngna tergelak janggal.

"Memanglah tapi. Kita cuba. Mungkin ada."

"Apa tu?"

Ara dan Youngna berpaling ke tepi. Rupanya Bob yang menegur. Pemuda itu tersenyum.

Wolf Gang [C]Where stories live. Discover now