S 🐺

83 16 6
                                    

"Jackson??"

Sebastian dan Edward berhenti meyerang Peter. Lorenzo yang masih memegang lengannya seperti tidak percaya dengan apa yang Jackson telah lakukan terhadapnya.

"Apa ni? Kenapa kau panah aku?"

"Berhenti serang mereka. Lepaskan budak tu,Lorenzo" arah Jackson yang memakai hoodie berkain nilon berwarna hitam. Tiga serigala jadian itu memandang pelik ke arahnya.

"Kau ni okey ke tak? Kenapa kau suruh kami lepaskan mereka?" Tanya Sebastian. Jackson menunjukkan wajah marahnya. Dia mengeluarkan pedang. Sebastian,Edward dan Lorenzo mula menjadi gerun apabila melihat pedang Jackson itu. Apa yang hebat tentang pedang itu ialah JayB memberikannya kepada penasihatnya itu kerana dia tahu Jackson mampu menjaga alat tersebut yang mempunyai kelebihan. Seseorang yang ditusuk oleh pedang itu maka dia akan terus mati.

Lorenzo melepaskan Youngna sehingga gadis itu jatuh dan dia mendapatkan Peter yang menjadi manusia semula. Terdapat kesan gigitan di tangan dan pinggang Peter. Youngna memeluk erat pemuda itu.

"Kenapa dengan kau ni Jack?? Kau berpihak dengan siapa sekarang???" Soal Sebastian lagi yang keliru.

"Aku berpihak pada dia. Aku khianati JayB,aku keluar dari situ secara rahsia dan aku tidak mahu ambil tahu tentang dia dan kerajaan palsu dia tu. Kau bertiga berambus dari sini. Cepat!!"

Sebastian,Edward dan Lorenzo menjadi marah dengan Jackson. Sanggup dia membelot raja mereka yang banyak menolong mereka berenam. Memang sedar tak diuntung Jackson ni! Lantas mereka bertiga menjadi serigala jadian semula.

"Kau dan mereka semua akan mati" ugut Edward dengan nada yang seram. Tiada senyuman di wajah masing-masing. Mereka melolong dan berlari meninggalkan Jackson,Peter dan Youngna.

Jackson mengeluh kecil. Pedang disimpan. Dia mendekati Peter dan Youngna.

"Jangan dekat!" Jerit Youngna. Pada masa itu Peter menjadi agak lemah.

"Jangan jeritlah. Nanti ada serigala jadian lain yang dengar. Maaf sebab datang secara tiba-tiba tapi kita kena selamatkan kawan awak ni"

Youngna seperti teragak-agak untuk mempercayai Jackson. Dia takut lelaki itu ada niat lain. Jackson tersenyum.

"Percayalah saya. Saya memang mahu tolong awak berdua. Mari"

Youngna melepaskan pelukannya tatkala Jackson mendukung Peter di belakang. Di sebelah tangannya pula membawa rusa buruan Peter tadi. Lelaki itu memang gagah. Mereka bertiga pun menuju ke gua.

_______

Sam dan Felix yang berdiri di hadapan Christopher,Rhino dan Lewis menundukkan kepala masing-masing. Mereka berada di luar gua. Manakala Ara,Hana,Hayeon dan Jihyun berada di dalam bersama Sky dan Bob,menanti kepulangan Peter dan Youngna.

Christopher mengeluh.

"Korang berdua tahu tak apa yang tak boleh berlaku pada diri kita? Hanya sebab kita ni serigala jadian? Kita tidak boleh ada hubungan dengan manusia! Korang dah lupa ke!?"

"Tapi hyung. Aku dah jatuh hati pada Jihyun. A-aku tahu aku melanggar peraturan hidup serigala jadian tapi aku memang dah sayangkan Jihyun" luah Felix dengan ikhlas.

"Aku juga hyung. Pertama kali aku berjumpa dengannya,aku jatuh hati juga pada dia. Kami mohon izinkanlah kami,hyung"

Hayeon yang memerhatikan mereka berlima secara senyap terkejut. Matanya berair kerana terharu. Dia pun jatuh cinta pada diriku?

Wolf Gang [C]Where stories live. Discover now