I 🐺

111 15 33
                                    

"Aaaaa!!"

Mahu saja Kelvin menyerang Ara dan Youngna, serigala itu dilibas ke tepi oleh Lewis yang menggunakan lembingnya. Lelaki itu berdiri dengan bergaya di hadapan dua gadis tersebut. Ara dan Youngna membuka mata
masing-masing.

Kelvin berubah menjadi manusia. Dia yang masih terduduk itu memegang pipi kirinya yang terluka akibat libasan lembing Lewis tadi. Dia melihat Lewis. Lewis pula memandang ke arah Kelvin dengan amarah di hati. Dia menghunuskan lembingnya ke arah lelaki itu. Kelvin tersenyum sinis.

"Kau rupanya"

"Apa kau buat di sini!?"

Kelvin berdiri. Darahnya dijilat dengan senyuman masih melekat di wajahnya. Dia memuncungkan bibirnya ke arah Ara dan Youngna. Youngna pula sudah memeluk Ara dengan erat kerana takut.

"Aku cari makanan akulah~ tu. Dua manusia ni. Diorang nampak sedap je hehehehe" kata Kelvin sambil tersengih jahat ke arah Ara dan Youngna. Lewis merapatkan dirinya dengan mereka berdua.

"Kau jangan berani nak dekat dengan mereka! Mereka ni kawan aku! Baik kau berambus dari sini! Aku tak nak berlawan dengan kau!" Lewis memberi amaran. Berani betul Kelvin memunculkan dirinya di sini!

Senyuman sinis Kelvin pudar. Dia melihat Lewis dengan penuh kegeraman. Dia tahu dia tidak boleh berlawan dengan pemuda itu kerana ilmu berlawannya lebih rendah daripada Lewis punya,memandangkan Kelvin masih seorang pelatih. Kelvin sedar dia akan kalah kalau bertindak sendirian. Dia memandang tajam pemuda itu. Kemudian,dia melihat ke arah Ara dan Youngna. Dia tersenyum jahat pula. Matanya beralih kepada Lewis.

"Kau ingat ya. Mereka berdua ini akan jadi milik kami. Termasuklah tiga orang lagi manusia tu. Kami akan terus cari mereka"

Kelvin bertukar menjadi serigala. Dia menyeringai ke arah mereka bertiga dengan matanya menyala kemerahan. Kelvin melolong sebelum pergi meninggalkan Ara,Lewis dan Youngna.

"Awak berdua okey??" Tanya Lewis dengan lembut. Dia menolong Ara dan Youngna berdiri dengan memegang tangan mereka berdua. Dua gadis itu menyapu belakang kerana kotoran.

"Kami okey" - Ara

"Serigala itu tidak sempat serang kami" - Youngna.

Lewis melepaskan nafas lega. "Ara dan Youngna tahu kan,boleh ajak salah seorang daripada kami berlapan untuk temankan korang pergi tandas? Walaupun ia dekat dengan gua ni tapi tetap bahaya"

"Kami segan" kata Ara dan Youngna.

"Maafkan kami,Lewis" - Ara

"Tak mengapa. Tapi lain kali beritahu saja. Jangan malu. Untuk keselamatan korang juga" pesan Lewis. Ara dan Youngna mengangguk.
Selepas itu,mereka bertiga pulang ke gua semula.

Kelihatan Christopher dan Rhino berada di tepi sungai. Melihat Ara dan Youngna bersama dengan Lewis,Christopher orang pertama yang mendekati mereka bertiga.

"Ara dan Youngna ke yang menjerit tadi?" soal Christopher.

Dua gadis itu mengangguk.

"Apa jadi?? Korang pergi mana??" Tanya Rhino yang melangkah ke arah mereka berempat. Kerisauan terpancar di wajahnya.

"Okey hyung aku tahu kau nak tahu tapi perlahan-lahanlah tanya tu. Mereka berdua ni masih terkejut dengan apa yang jadi tadi" kata Lewis sambil menghadang Ara dan Youngna daripada Rhino.

Rhino mencekak pinggang dan mengecilkan mata ke arah Lewis. "Hyung tak marahlah. Kau ni,Lewis"

Lewis menggarukan pipinya dengan malu sambil tersengih dengan matanya memandang ke arah lain. Kemudian dia terkekeh janggal pada Rhino. "Relaks hyung relaks~"

Wolf Gang [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt