D 🐺

92 14 25
                                    

Seorang gadis yang baru sahaja bangun dari tidur mengikat rambutnya yang panjang. Dia bangun dan berjalan keluar dari gua. Dia menggeliat dan menghirup udara pagi. Senyumannya melebar.

"Segarnya udara dalam hutan ni. Mesti hutan ni terpelihara dengan elok. Bila tengok sekeliling semua pokok tak ada yang kena tebang. Betullah kata Christopher. Tak pernah ada satu manusia pun yang masuk dalam hutan ni. Kecuali kami berlima"

"Dan saya rasa awak berlima memang berani"

Hayeon menoleh ke belakang. Sam mengukirkan senyuman untuk Hayeon. Dia menghulurkan satu kuntum bunga berwarna biru kepada gadis itu. Wajah Hayeon memerah. Dia mengambil bunga tersebut dari Sam.

"Terima kasih"

Hayeon meletakkan bunga tersebut di celah telinganya.

"Nampak cantik" puji Sam. Hayeon tersenyum malu.

"Selamat pagi Hayeon!"

Kelihatan Peter yang membawa sebakul ikan berjalan ke arah mereka berdua. Sam mencebik. Dia berfikir,kacaulah mamat ni.

"Dah kenapa muka tu?" Tanya Peter hairan kepada Sam. Pemuda itu tersengih dan menggeleng.

"Tak ada apa-apa. Aku nak pergi siang ikan. Kau tolong masak okey?" Kata Sam lalu melangkah ke arah Peter dan mengambil bakul itu.

"Dia ni main ambil saja" rungut Peter.

"Sam!"

Kedua-dua pemuda itu memandang ke arah Hayeon. Gadis itu kelihatan teragak-agak untuk menyatakan sesuatu.

"Erm...boleh saya teman awak?"

Peter menoleh ke arah Sam dengan riak wajah mengusik.

"Aku bau sesuatu yang wangi di sini hahahaha. Bunga cinta yang mula berputik" Kata Peter lalu dia meniup bunga Dandelion yang diambil dari poket seluarnya. Kelopak-kelopak bunga itu pun berterbangan ke udara.

"Bila masa kau petik benda tu?" Tanya Sam sambil menunjuk ke arah batang Dandelion yang masih dipegang oleh Peter.

"Tak perlu kau tanya,Sam. Jangan nak tukar topik lah. Kau izinkan tak si Hayeon ni temankan kau siang ikan?"

"Sudah tentu boleh. Ke mari sayang Hayeon"

A/N : GOSH SKSKSKS maaf Jinnie sayang ><

Hayeon yang mendengar terpaku. Sayang?? Dia panggil aku sayang??

"Ahh n-ne"

Hayeon terus berjalan ke arah Sam dan mereka berdua menuju ke tepi gua. Youngna yang keluar dari gua itu melihat Sam dan Hayeon berjalan bersama sambil berbual. Dia tersenyum dan menggelengkan kepala. Tak perasan dah aku di sini

"Selamat pagi Youngna!" Sambut Peter sambil melambai tangan ke arah gadis itu. Youngna membalas lambaian pemuda itu.

"Selamat pagi Peter"

"Macam mana dengan kaki Youngna?" Tanya Peter prihatin. Dia melihat kaki gadis itu sudah tidak berbalut lagi. Hanya tangan dan dahinya masih seperti biasa. Youngna melihat ke arah kaki sendiri. Dia membeleknya dan tersenyum.

"Syukur dah boleh jalan. Siap boleh lari anak lagi"

Peter tersengih. "Erm Youngna. Nak minta tolong boleh? Temankan Peter cari rusa. Seekor saja"

"Eo? Boleh saja. Tapi Christopher izinkan ke?"

"Kalau siang hari dia bagi. Lagipun saya dah tanya dia. Dia izinkan. Jom,Youngna naik atas badan saya"

Wolf Gang [C]Where stories live. Discover now