A 🌕

167 17 15
                                    

Cahaya matahari telah menyinari bumi. Awal-awal lagi ahli Kelab Kemasyarakatan termasuklah para guru yang mengikuti kem itu berada di dataran berdekatan untuk memulakan aktiviti seterusnya. Nama para pelajar disebut satu demi satu agar kesemuanya hadir.

"Choi Ara?"

Cikgu Kim menyebut nama penuh Ara,namun tiada sahutan. Para pelajar memandang ke sekeliling.

"Dia tidak ada di sini,cikgu" ujar salah seorang daripada mereka. Cikgu Kim melihat senarai nama pelajar semula.

"Jung Hana?"

"Tak ada cikgu"

"Song Youngna??"

"Budak tu tak ada di sinilah"

"Kalau Kang Hayeon?? Park Jihyun??"

"Tak ada juga!" Kata semua pelajar.

Cikgu Kim memandang ke arah Puan Song. Mereka berdua segera berlari ke arah khemah 5 gadis itu. Perasaan risau mula menerpa diri dua guru itu. Cikgu Kim memeriksa khemah Youngna dan khemah Hana serta Hayeon. Puan Song pula memeriksa khemah Ara dan Jihyun. Namun mereka tiada di dalamnya.

"Mana mereka berlima pergi???" - Cg Kim

"Kamu semua tahu ke mereka pergi ke mana???" Jerit Puan Song. Semua pelajar menggelengkan kepala.

Cikgu Kim mula menjadi tidak sedap hati. Dia memandang ke sekeliling. Dia mendekati Puan Song. "Saya rasa mereka hilang,Puan"

"Hilang ke mana?? Saya sudah pesan kepada mereka semua jangan masuk ke dalam hutan itu. Oh Tuhan,apa patut kita buat sekarang. Apa yang kita nak cakap pada orang tua mereka nanti" - Pn Song

"Kita kena laporkan kepada pihak berkuasa. Nak masuk ke dalam sana memang berbahaya. Hutan ini orang cakap banyak binatang buas. Tidak mungkin mereka berlima ini pergi tinggalkan kem ni. Kalau nak balik ke universiti agak jauh. Perlukan kenderaan. Jadi saya rasa mungkin mereka ada di dalam hutan tu"

Puan Song terdiam seketika. Para pelajar yang melihat sudah mula menjadi hairan. Masing-masing asyik memandang ke arah guru-guru mereka itu dari jauh.

"Kenapa tu??" - Yeji

"Manalah aku tahu. Kau ni bisinglah" - Ryujin

"Jangan cakap diorang hilang" - Dino

"Apa kau kata macam tu" - Yunho

"Boleh jadi betul kata si Dino ni" - Wooyoung

Pelajar-pelajar mula senyap apabila Cikgu Kim dan Puan Song berjalan ke arah mereka. Cikgu Kim mengeluarkan keluhan.

"Nampaknya kawan-kawan awak tu telah hilang. Saya rasakan mereka berlima ada di dalam hutan sana"

Keadaan menjadi riuh semula. Puan Song dan Cikgu Kim sedang berbincang sesuatu tentang lima gadis tersebut.

"Pelajar semua tolong diam. Jangan gelabah atau panik. Kamu semua jangan risau. Cikgu mahu telefon pihak universiti sekejap,nak tanya sama ada mahu kita teruskan aktiviti atau tidak dan juga beritahu tentang mereka tu" ujar Cikgu Kim.

Di kala semua pelajar sedang risaukan kehilangan Ara,Hana,Youngna,Hayeon dan Jihyun,salah seorang daripada mereka mendail satu nombor di telefonnya.

"Helo? Seonghwa. Aku nak beritahu kau. Tentang Youngna. Lepas itu aku nak beritahu pasal Ara dan Hana kepada Mingyu dan Wonwoo"

Wolf Gang [C]Where stories live. Discover now