Epilog ✨

113 13 12
                                    


9 tahun sudah berlalu. Kehidupan lima orang gadis itu menjadi lebih bahagia. Seonghwa dan Youngna sudah bernikah. Mereka berdua pun telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Ara dan Mingyu serta Hana dan Wonwoo telah sah menjadi sepasang suami isteri.

Jihyun menjadi seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan di Korea Selatan. Sememangnya itulah impiannya yang ingin dicapai sejak kecil lagi. Akhirnya ia menjadi kenyataan. Gadis itu masih lagi mencari cinta. Ada kala juga dia masih teringat akan Felix. Walaupun cinta mereka tidak dapat berkembang,namun pertemuan itu tetap manis baginya.

Jihyun yang sedang memeriksa kokpit untuk memastikan tiada masalah di dalamnya dipanggil oleh Tuan Pengarah syarikat tersebut. Lantas Jihyun pun keluar dari kapal terbang.

"Selamat pagi,Tuan Won"

"Selamat pagi,Cik Park. Untuk penerbangan hari ini,saya memperkenalkan pembantu kamu yang baharu"

Jihyun melihat wajah seorang pemuda yang berada di sebelah Tuan Pengarah. Senyumannya memudar.

"Selamat pagi,Cik Park. Saya ialah pembantu juruterbang cik hari ini. Nama saya Lee Yongbok" Pemuda itu memperkenalkan dirinya dengan begitu sopan.

"A-ahh. Okey selamat pagi Encik Lee"
Jihyun menunduk sopan ke arah Yongbok.

"Wajah dia...sama seperti Felix"

"Cik? Cik Park?"

Tuan Pengarah menegur Jihyun. Gadis itu tersentak. Dia baru saja sedar yang dia asyik menatap Yongbok. Pemuda itu tergelak kecil.

"Maafkan saya" kata Jihyun tersengih.

"Tak mengapa,Cik Park. Jom naik. Kita perlu bawa para penumpang yang mahu ke Malaysia" kata Yongbok sambil mempersilakan gadis itu dahulu.

Jihyun menjadi malu. Dia pun masuk ke dalam kokpit sebelum Yongbok. Usai memakai tali keselamatan dan bersedia untuk terbang,dia sempat memandang Yongbok. Jihyun tersenyum. Gadis itu pun mula meneruskan tugasnya.

________

Selepas tamat belajar,Hayeon membuat keputusan untuk memiliki sebuah cafe kek dan kopi di sekitar Gangnam. Dia mempunya 4 orang pekerja termasuklah dirinya sendiri.

Pada pukul 9 pagi kafe itu dibuka. Hayeon setia berdiri di kaunter,menunggu kehadiran pelanggan.

"Cik Kang, Sohyun kata dia tak dapat datang kerja hari ni disebabkan demam" jelas pekerjanya yang bernama Yang Won Ju. Hayeon yang sudah dimaklumkan ketidakhadiran oleh Sohyun sendiri itu mengangguk. Setelah itu,Won Ju meminta diri untuk ke belakang kedai.

Pada masa yang sama, loceng pintu berbunyi menandakan kehadiran pelanggan. Hayeon melihat ke arah seorang pemuda dengan matanya membulat kerana terkejut.

"S-Sam?"

"Selamat pagi,Cik. Erm,saya nak minta pesanan boleh?"

Hayeon masih kaku sambil memandang pemuda itu. Pemuda itu pula menjadi segan. Dia melambai di hadapan wajah Hayeon.

"Cik?"

"Awak....Sam ke?"

Pemuda itu tergelak kecil. Dia menggelengkan kepala. "Maaf,saya bukan Sam. Tapi nama saya ialah Hyunjin. Hwang Hyunjin"

Senyuman Hayeon mula memudar. Menepuk kepalanya beberapa kali. Oh Tuhan,salah orang. Malunya.

"Maaf,maaf. Saya tersilap orang. Rupa awak macam rupa kawan lama saya"

Hyunjin tersenyum. Dia merasakan kelakuan Hayeon tadi agak comel.

"Tak mengapa,cik. Boleh saya minta pesanan?"

"B-boleh. Nama awak Hwang Hyunjin kan?"

_______

"Terima kasih dan datang lagi ya"

Hyunjin dan Hayeon menunduk hormat antara satu sama lain. Sebelum Hayeon mahu masuk ke dalam kafe semula,tangannya dipegang oleh Hyunjin membuatkannya tersentak. Pemuda itu menghulurkan secebis kertas kepada Hayeon.

"Telefonlah saya pada bila-bila masa" kata Hyunjin lalu dia pun beredar dari situ. Hayeon yang melihat lelaki itu berjalan jauh pun menatap cebisan kertas yang dipegang.

"Nombor telefon??? Wah!"

Hayeon menjadi teruja. Dia berlari ke arah pagar kecil untuk masuk ke kawasan kafenya. Dia melihat kertas itu sebelum melihat Hyunjin.

"Dia...macam Sam..."

_______

















































































































Eh bila masa dah habis? Tak lagi lah 😂

Kalau keadaan di GREEN-EYED KINGDOM pula, Christopher telah ditabal menjadi Maharaja di kerajaan itu. Bersama bonda serta adinda-adinda tersayang di samping memerintah tempat tersebut. Minho,Lewis,Sam,Peter,Felix,Sky pula dilantik menjadi ketua panglima tentera kerajaan tersebut oleh Christopher. Bob pula menjadi ketua segala orang suruhan di istana tersebut.

Macam mana dengan Sebastian,Adam,Edward dan Kelvin? Mereka pula menjadi orang suruhan di istana tetapi tetap dilayani dengan baik oleh Christopher dan yang lain.

Jackson?

Pemuda gagah perkasa itu pernah ditawarkan oleh Christopher untuk tinggal di kerajaannya namun dia tidak mahu. Katanya dia mahu menjadi seorang pengembara bebas.

Jackson yang berdiri di atas pohon di sebuah pokok gergasi berdekatan GREEN-EYED KINGDOM tersenyum melihat suasana kerajaan yang damai itu. Dia memakai mantel berhoodienya yang berwarna merah gelap dan menutup kepala.

"Kekal amanlah dengan kerajaan kamu,Prince Christopher"

Selepas itu,dia bertukar menjadi serigala dan melompat dari satu pohon ke satu pohon,meninggalkan kerajaan itu serta meneruskan pengembaraannya. Bukan calang-calang dia ni

_________

THE END

Wolf Gang [C]Where stories live. Discover now