S 🌕

249 26 24
                                    

25 minit telah berlalu dan bas tersebut telah sampai di hutan yang ditetapkan untuk kem itu. Semua ahli kelab Kemasyarakatan Universiti Hanguk turun seorang demi seorang. Kan nanti kalau turun ramai-ramai terus ada yang jatuh dan kena pijak.

Masing-masing membawa barang sendiri ke tempat kem itu diadakan. Cikgu Kim Jongkook yang bersama dengan Puan Song Jihyo dan Tuan Yoo Jaesuk,menyuruh anak murid mereka untuk beratur dengan elok.

"Baiklah. Di sini kamu semua akan diberi taklimat. Kamu semua nak duduk atau berdiri?" Tanya Cikgu Kim. Ahli kelab itu melihat ke bawah. Ada yang rasa tak selesa nak duduk. Ada juga yang sudah duduk terus. Di akhirnya, semua bersepakat untuk duduk. Takut lenguh kaki.

"Kalau macam tu,cikgu mulakan taklimat ya?" Soal Puan Jihyo. Para pelajar mengangguk. Wanita itu memakai cermin matanya dan membuka lipatan satu kertas.

"Seperti yang kamu semua dah dimaklumkan. Kem kecergasan minda ini diadakan selama 2 hari 2 malam. Kami bertiga sudah tentukan tapak perkhemahan. Para pelajar lelaki dan perempuan diasingkan. Tapak perkhemahan lelaki di sebelah kanan sana. Manakala tempat perkhemahan perempuan di sebelah kiri sana. Kamu semua jangan risau. Hutan ni kerajaan sudah sediakan tandas. Berasingan juga ya. Jangan memandai nak masuk tandas berlainan jantina. Cikgu nampak ada yang buat macam tu kamu akan didenda. Kamu semua boleh buat apa sahaja yang kamu mahu semasa waktu bukan pembelajaran. Tapi ingat! Keselamatan diri dan harta benda mesti diutamakan. Jangan nak usik apa-apa dalam hutan ini dan mulut jangan celupar. Sebab bukan kita sahaja yang ada di sini. Semua pelajar faham?" 

"Faham,puan!"

"Kalau macam tu,masing-masing bergerak ke tapak perkhemahan. Kamu semua rehat dahulu,kemas semua barang-barang kamu. Nanti cikgu akan panggil semula untuk berkumpul di sini dan cikgu akan memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan lakukan" tambah Cikgu Kim.

"Baik,cikgu!"

________

Ara dan Jihyun akan menggunakan khemah yang sama. Begitu juga dengan Hana dan Hayeon. Manakala Youngna akan menggunakan khemahnya sendiri. Memandangkan khemah itu hanya muat seorang. Jihyun dan Hayeon ada membawa khemah mereka tetapi ada dua orang pelajar lelaki yang tertinggal dan terlupa membawa khemah masing-masing. Jadi dua gadis itu sudi memberi pinjam khemah mereka.

"Macam manalah kau boleh tertinggal,Vernon" Seungkwan menjadi hairan. Vernon tersengih sambil menggosok kepalanya. Pemuda itu meminjam khemah milik Jihyun.

"Bukan Vernon hyung saja. Si Yedam ni pun sama" kata Asahi sambil mengerling ke arah pemuda yang seusia Hayeon dan Youngna itu. Oh ya,Yedam pinjam Hayeon punya khemah okey?

"Maaflah,aku terlupa" - Yedam

"Tak apalah macam tu. Korang dah dapat kan?" Tegur Wooyoung.

"Kau tak lupakan?" Tanya Yeosang. "Tentulah aku tak lupa. Aku tak nyanyuk lagi"

Yeosang terkekeh melihat kawannya marah kerana diusik. Dia terus memeluk bahu Wooyoung dan berjalan di belakang Seungkwan,Vernon,Asahi dan Yedam menuju ke tapak perkhemahan lelaki.

Kelima-lima gadis itu tergelak mendengar perbualan para jejaka tadi. Masing-masing terus mendirikan khemah. Mereka membantu Youngna dahulu sebelum mendirikan khemah yang lain.

"Tak apa ke unnie tidur seorang diri?" Tanya Jihyun. Youngna mengangguk.

"Jangan risaulah. Kita akan selamat. Apa-apa Youngna panggil korang"

Jihyun mengangguk. "Ne,Jihyun nak tolong Ara unnie dirikan khemah kami pula"

"Ne,terima kasih sayang"

Wolf Gang [C]Where stories live. Discover now