K 🐺

134 17 33
                                    

Keadaan sebuah tempat yang dipanggil GREEN-EYED KINGDOM kelihatan amat suram pada waktu malam. Di pintu masuk kerajaan itu terdapat dua ekor serigala yang duduk sambil mengawal. Di samping masing-masing terdapat satu batang lembing.

Kita masuk ke dalam kawasan kerajaan itu pula. Semua rakyat yang dahulunya mempunyai rumah yang diperbuat daripada batu kini hanya nempunyai tempat tinggal yang diperbuat daripada kayu-kayan dan berbumbungkan daun-daun nipah dan kepala. Kehidupan mereka amat naif.

Naif - tidak mewah

Terdapat beberapa ekor serigala jadian yang berubah menjadi manusia sedang melakukan rondaan di dalam kerajaan itu untuk memastikan tiada satu pun penduduk di situ dapat melarikan diri. Jika ada yang cuba berbuat demikian,hukumannya ialah bunuh. Hanya waktu untuk mencari makanan sahaja mereka dibenarkan untuk keluar namun rakyat kerajaan itu sering berlapar kerana tidak mempunyai makanan yang cukup. Sebahagian besar makanan yang dicari wajib diberikan kepada raja baharu yang dipanggil Raja JayB. Para pengikutnya iaitu Jackson, Lorenzo, Sebastian, Joshua,Adam,Edward dan Kelvin juga menikmati hasil penat lelah rakyat mereka.

Jayb - Jaebeom Got7
Jackson - Jackson Got7
Lorenzo - Youngjae Got7
Sebastian - Scoups Svt
Joshua - Joshua Svt
Adam - The8 Svt
Edward - Hongjoong Ateez
Kelvin - San Ateez

Si raja yang berada di markas peperangannya sedang meneliti senjata yang siap dihasilkan oleh seorang tukang besi. Dia berasa puas hati melihat semua senjata. Sehinggalah dia menjumpai satu sabit yang tergantung di dinding. JayB mengambil sabit itu. Dia mendekati si tukang besi. Tukang besi itu pula sudah ketakutan.

"Apa ni?"

Tukang besi tersebut diam. Dia berasa takut untuk menjawab soalan raja itu. JayB menjadi geram.

"Apa ni?!"

"S-sabit,Tuanku"

"Ya~sabit. Pandai pun. Kau tahu tak yang aku tak suka benda ni. Sebab bagi aku sabit ialah senjata yang memang lemah. Tak sesuai untuk dibawa masa perang. Kau pun tahu kan sebenarnya??" Soal JayB dengan matanya membuntang sedikit disertai senyuman lebar yang sinis sambil memandang ke arah tukang besi yang sudah menunduk itu.

"T-tahu"

"Habis itu kenapa kau bagi aku ni!?"

JayB meletakkan sabit di tengkuk si tukang besi itu. Lelaki yang lebih rendah daripada si raja itu mula menangis. Dia tidak mahu lagi dibunuh oleh JayB.

"Ma-maaf,Tuanku. Saya mohon jangan bunuh saya. Saya ada ibu yang perlu dijaga. Dia perlukan saya"

"Kalau kau sayang sangat dengan ibu kau tu buat kerja elok-elok! Nasib saja kau ni tukang besi diraja. Kalau tidak memang nyawa kau melayang sekarang"

JayB membuang sabit itu ke luar markas hingga tercampak ke dalam satu semak. Raja tersebut menolak si tukang besi itu jatuh ke tanah. Lelaki itu menunduk hormat sambil menangis lalu keluar dari markas. Jackson yang berada di samping ditegur.

"Apa dia Tuanku?"

"Panggil Kelvin. Aku ada arahan untuk dia. Cepat!"

"Baiklah,Tuanku"

Jackson bertukar menjadi seekor serigala lalu dia melolong dengan kuat untuk memanggil Kelvin. Tidak lama itu,kelihatan satu serigala lain berlari dengan pantas ke arah markas. JayB tersenyum.

Wolf Gang [C]Where stories live. Discover now