G ⚔️ [1]

88 12 8
                                    

Sky dan Felix yang dibantu oleh Sam dan Peter itu terus mencari jalan yang betul untuk keluar dari hutan tersebut. Perjalanan memakan masa 30 minit. Sky dan Felix tahu selok-belok hutan ini lebih daripada yang lain. Sebab itu Christopher meminta mereka yang menyelesaikan hal ini.

AUUUUUUUUUUUU

Langkah Wolf Gang dan lima gadis itu terhenti. Christopher menjadi tidak sedap hati. Dia melihat ke sekeliling.

"Wolf Gang,lindungi mereka berlima!"

Wolf Gang membuat satu bulatan kecil,melindungi Ara,Hana,Youngna,Hayeon dan Jihyun. Gadis-gadis itu mula ketakutan.

"Hyung dengar kan bunyi lolongan tadi??" Tanya Bob kepada Felix. Felix mengangguk.

"Chris hyung. Aku rasa lolongan tadi bukan dari Jackson" teka Felix lagi.

Di dalam kegelapan, 16 pasang mata berwarna merah muncul. Yang lain terkejut melihat JayB bersama anak-anak buahnya yang keluar dari kegelapan tersebut. Termasuklah Jackson.

"Aku dah agak! Kau memang penipu!" Tengking Christopher dengan geram. Jackson tergelak besar.

"Maafkan aku sebab mengkhianati kepercayaan kau dengan diorang tu. Sebab,memang itu kerja aku" kata Jackson.

Mereka berlapan bertukar menjadi manusia semula. Youngna memeluk Ara erat apabila melihat Lorenzo. Lorenzo pula melambaikan tangannya ke arah gadis tersebut dengan senyuman jahat.

"Hai sayang. Kita berjumpa kembali" kata Lorenzo kepada Youngna.

"Sama jugalah,aku dengan Christopher" kata Jayb dengan senyuman sinisnya. Dia berjalan ke arah Christopher dan menghulurkan jabat tangan.

Christopher yang masih dengan wajah seriusnya itu menepuk jauh tangan JayB. Si raja itu membuat mimik muka terkejut.

"Uwuuu dia buat macam tu pula. Tak sopan tahu tak? Kan kita dah lama tak jumpa"

"Aku tak nak jadi sopanlah dengan binatang jahat macam kau"

"HAHAHAHAHA. Aku memanglah jahat. Mesti kau masih ingat apa yang aku dah buat pada ayahanda kau kan? Terima kasihlah kat dia sebab segala kemewahan,aku rasai dengan kerajaan tu,jadi milik aku"

"Kau tak guna!"

Christopher mahu menumbuk muka JayB namun lelaki itu lebih pantas. Dia mengelak dan menumbuk bawah dagu Christopher sehingga ketua Wolf Gang itu terpelanting ke belakang. Anak-anak buah JayB tergelak.

"Lemahnya dia" - Sebastian

"Fikir dia tu kuat sangat" - Adam

Christopher dibantu oleh Rhino dan Lewis untuk berdiri. Wolf Gang mula mengeluarkan senjata masing-masing.

"Kau takkan dapat diorang berlima" - Rhino

"Kau pasti ke?"

JayB melolong dengan begitu kuat. Banyak anak mata berwarna hijau yang kelihatan dalam kegelapan. Satu demi satu serigala jadian muncul dan menyerang Wolf Gang. Begitu ramai.

Wolf Gang membalas serang tentera JayB dengan begitu pantas dan terbaik. Segala apa yang diajar oleh Jackson dipraktikkan seeloknya. Baiklah,terima kasih juga kepadanya.

Keadaan yang huru-hara itu memberi peluang kepada JayB dan anak-anak buahnya untuk mendapatkan Ara,Hana,Youngna,Hayeon dan Jihyun.

"HAHAHAHAHAH siapa yang lebih hebat sekarang!? Korang berlima! Dapatkan budak-budak tu!"

Sebastian menangkap Ara,Joshua pula menangkap Hana. Youngna diserang oleh Lorenzo dan Adam serta Edward menangkap Hayeon. Begitu juga Kelvin dengan Jihyun.

Wolf Gang [C]Where stories live. Discover now