16

28 5 2
                                    

"Y/n! Sampai pun kau!" jerit Sana sambil melambai aku yang melangkah ke arahnya.

"Thanks copkan tempat duduk aku."

"Mana satu pilihan kau?"

"Pilihan?"

"Maksud aku, mana satu pendebat pilihan kau? Mestilah ada kan? Kalau tak ada, takkanlah kau sanggup datang."

"Aku datang sokong pasukan sekolah kita lah. Kau pulak?" tanya aku supaya Sana tidak tanya soalan pelik-pelik.

"Antara yang aku suka... pendebat kedua, Hyunjin." kata Sana sambil pegang dagu.

Aku pandang pasukan pendebat sekolah.

"Semuanya lelaki. Sorang pun aku tak kenal."

'kecuali sorang...' desisku.

"Tak kenal? Biar betul kau ni? Habis tu buat apa kau datang?"

'Aku cuma kenal Chan...'

Ah, sudah semestinya aku tak boleh berterus terang pada Sana. Nanti dia salah faham dan sangka aku sukakan lelaki itu.

"Hyunjin pendebat yang kau suka kan? Tapi kau rasa pendebat mana paling penting?"

Sengaja aku tukar topik.

"Semua pun penting. Tapi rasanya pendebat keempat paling penting dan jadi pilihan utama aku." jawabnya.

Nampaknya sekali lagi aku berjaya alih perhatian Sana.

"Pendebat keempat?"

'Bukan ke pendebat keempat tu Chan?' desisku.

Aku kerling Chan di atas pentas. Dia nampak tenang. Berbeza dengan pendebat lain yang kelihatan gabra dan gementar. Aku tahu Sana merupakan peminat setia aktiviti perbahasan.

"Kenapa pendebat keempat paling penting?"

"Sebab pendebat keempat kena buat penggulungan dan ulas poin penting ketiga-tiga pendebat sebelumnya. Lepas tu dia juga kena selesaikan masalah logik atau sebarang persoalan dengan tenang."

"Habis tu kenapa pendebat kedua paling kau suka? Kenapa bukan keempat?"

"Sebab Hyunjin comel hehe. Chan pun hebat tapi dia dah ramai peminat."

"Chan ramai peminat?!!"

Aku menghela nafas. Sana buat isyarat mata agar aku pandang sekeliling. Baru aku perasan. Rupa-rupanya ramai gadis memegang banner tertera nama CHAN. Tak percaya rasanya dengan apa yang aku lihat.

"Tak sangka ramai peminat dia ni." omelku.

"Apa kau cakap?" tanya Sana dengan dahi berkerut.

"Aku cakap tak sangka mamat ni ramai peminat."

Aku merenung Chan yang duduk sederet tiga pendebat lain. Bertubuh sasa, berkulit cerah dan berwajah dingin. Mungkin warna kulit begitu buat dia lebih menonjol.

"Kulit dia cerah sangat lah. Dah macam puntianak versi lelaki aku tengok." komenku.

"Kau suka dia ke?"

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Sebab aku tengok air muka kau semacam je bila cakap pasal dia tadi."

Aku diam. Enggan panjangkan isu. Memanglah aku selalu dengar Chan bangga dengan fans club dia. Ingatkan indah khabar dari rupa. Kagum jugak tengok banner Chan dan betapa terujanya sokongan fans club.

'Entah kenapa hati ni jadi terusik bila tengok sendiri betapa ramai gadis meminati Chan. Bukan handsome mana pun budak ni. Dorang buta ke? Atau... Chan yang bayar dorang? Ish fikir bukan-bukan pula.'

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now