54

18 1 0
                                    

Chan ralit merenung y/n yang sedang menyiram Gary di balkoni.

"Kenapa eh kau tak lepaskan je rambut tu?" tanya Chan tiba-tiba.

"Apa masalahnya rambut aku macam ni?" Y/n berkerut dahi sambil menyentuh sanggul.

"Yelah, maksud aku... kenapa perlu sanggul bergumpal macam tu?" tanya Chan tergagap-gagap.

"Kaulah. Ingat tak hari tu masa dalam bas? Kau kata bila mood tak elok kau rasa nak gunting rambut aku." kata y/n bersungguh-sungguh.

"Ye ke? Aku ada cakap macam tu eh? Alah kau ni, aku gurau jelah."

"Aku tahulah kau gurau. Ingat aku diam je kalau kau nak potong rambut aku? Silap haribulan habis kau kerjakan!"

"Seramnya lahai! Weh, seriuslah. Kenapa kau asyik sanggul rambut kau?" tanya Chan lagi.

"Sebab panaslah. Rimas tahu tak panas-panas nak biar rambut mengurai macam tu."

"Tocang ekor kuda pun boleh kan?"

"Tocang pun masih panaslah."

"Yeke?" Chan sangsi.

"Kau takkan faham. Bukannya kau pernah simpan rambut panjang pun. Rambut aku ni panjang, tebal pulak tu. Panas gila!" jelas y/n.

"Tapi perempuan yang rambut mengurai tu manis gila tahu tak? Kalau ikat macam tocang kuda nampak elegan."

"Tapi aku nak nampak comel. Sebab tu aku sanggul macam ni."

"Oh, kau nak nampak comellah ni?"

"Aku memang dah comel pun."

Y/n sengaja menggenggam kedua-dua belah tangannya seperti kaku kucing lalu diletakkan di kiri dan kanan wajahnya. Chan terpegun dengan lagak comel y/n namun dia berlagak tenang.

"Hmm... kau ada apa-apa pelan tak lepas SPM nanti?"

Chan cuba mengalih topik khuatir dia tidak dapat mengawal diri melihat reaksi comel y/n.

"Entah la. Belum terfikir." jawab y/n ringkas.

Sememangnya y/n seorang yang tidak berfikiran jauh dalam merancang perjalanan hidup. Di lebih suka mengikuti langkah demi langkah di depannya.

"Kau nak keluar ke mana-mana ke nanti?" soal Chan.

"Keluar lanjutkan pelajaran mungkin."

"Mesti aku rindu kau nanti. Sunyilah aku seorang kat sini." kata Chan dengan riak muram.

"Lah... kalau cuti aku baliklah sini." y/n cuba memujuk Chan tanpa dia sedari.

"Haih... Tak best pulak kalau kau pergi. Mesti kita jarang jumpa kan?" kata Chan sayu.

Y/n tergamam mendengar kata-kata Chan. Dia tidak sangka Chan terlalu awal memikirkan situasi itu. Hatinya tersentuh.

"10 tahun nanti kita pergi tengok aurora sama-sama eh?" Chan mengingatkan.

"Serius ke kau ni?"

"Serius lah."

Chan hulur tangan kanannya melepasi balkoni menghala ke arah y/n. Chan menarik cucuk sanggul y/n lalu terurai lah rambut gadis itu. Kemudian Chan menatap wajah y/n. Gadis itu terkaku dengan perbuatan Chan secara tiba-tiba.

"Y/n, tahu tak kau nampak cantik dan lebih feminin sekarang?" ucap Chan jujur.

Dia meletakkan cucuk sanggul atas pagar balkoni, lalu berpaling dan melangkah masuk ke bilik. Y/n masih beriak kehairanan.

"Eh? Apa kena dia ni? Peliklah." kata y/n sambil melangkah mahu masuk ke biliknya.

Belum sempat masuk, langkahnya terhenti lalu dia menoleh kembali memandang ke arah balkoni milik Chan.

"Aku pun akan rindu kau lah, budak puntianak. Kan dah cakap, aku balik sini kalau cuti. Walaupun nanti... mungkin kita jarang jumpa, aku percaya persahabatan kita tetap kekal selamanya."

Kata-kata y/n didengari jelas oleh Chan yang berdiri di sebalik pintu biliknya. Dia segera menutup pintu lalu melompat ke katil. Bantal ditarik lalu ditekup ke muka. Chan mula memaki diri sendiri dalam hati atas tindakannya di luar kawalan tadi. Dia pasti y/n terkejut besar dengan perbuatannya. Malah mungkin dia agak keterlaluan.

'macam mana aku nak berdepan dengan dia esok?' soal Chan dalam hati.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now