51

13 1 0
                                    

"Dua mangkuk ABC!" kata Chan kepada tauke gerai.

"Dua mangkuk? Betul ke ni?" tanya tauke sekali lagi.

"Saya punya satu! Badan dia ni besar sangat sampai terlindung terus." kata y/n seraya melompat dari belakang Chan.

"Oh patutlah. Bawak girlfriend rupanya."

Tauke gerai tersenyum melihat gadis comel itu.

'aduhai dia ni...' bisik Chan.

Belum sempat jelaskan apa-apa, y/n sudah buka mulut.

"Eh saya bukan girlfriend dia lah uncle." kata y/n sambil mengenyit mata.

"Oh! Berkawan je ke? Patutnya korang bercinta je. Dia sesuai sangat jadi boyfriend kamu." seloroh tauke gerai diikuti gelak besar.

'sibuk jelah uncle ni.' bentak Chan dalam hati.

"Oh betul juga. Okey uncle, nanti saya fikirkan." kata y/n selamba.

Sengaja dia melayan tauke gerai yang agak peramah itu.

"Duduk dalam lah. Panaslah kat luar ni. Masuk-masuk!" pelawa tauke.

Geram pula Chan tengok take gerai bukan main rancak melayan y/n. Tanpa banyak soal mereka beralih ke bahagian dalam kedai. Mujur ada meja kosong.

"Nak fikir dulu eh? Maknanya kau consider nak couple dengan aku ke apa?" usik Chan.

"Kau bukannya nak try aku pun. Buat apa aku sibuk nak fikir?" kata y/n sambil mata melilau pandang sekeliling.

"Kalau macam tu, tak payahlah bagi jawapan pelik kat uncle macam tu." Chan berbisik perlahan khuatir didengari tauke gerai.

"Kau cakap apa? Tak dengar lah."

"Hmm... aku cakap aku selalu datang sini makan ABC. Murah dan sedap!" Chan malas panjangkan topik tadi.

"Oh..."

"ABC dah sampai!" kata tauke sambil meletakkan dua mangkuk air baru campur atas meja mereka.

Y/n menelan air liur memandang air batu campur yang berwarna-warni. Setelah mereka ucap terima kasih, tauke gerai berlalu melayan pelanggan lain.

"Selama ni uncle tak ada lah mesra sangat macam hari ni. Tak pernahlah sembang panjang dengan aku."

"Sebab kau tu berlagak cool. Muka pun monyok je. Orang pun takut nak tegur."

"Eh aku pulak. Kau pun sama. Muka tu asyik menyinga je. Sekurang-kurangnya aku tak ada lah cenge macam kau."

Sempat y/n menjeling riak wajah Chan yang bersahaja. Kemudian dia terus menyudu air batu campur. Bulu keningnya terjongket.

"Hmm... Sedapnya!"

Chan tersenyum melihat gelagat y/n.

"Nak tambah lagi ke?" tanya Chan.

"Boleh juga. Satu lagi uncle!" pantas saja y/n order.

Tauke yang duduk di kaunter menoleh lalu mengangkat tangan thumbs up sambil tersenyum lebar.

"Kau masih rindukan dia ke?" tanya Chan tiba-tiba.

Sejak y/n menangis di balkoni kerana cintanya ditolak tempoh hari, ini kali pertama Chan bertanya tentang hal itu.

"Hmm... Maksud kau Felix ke? Kadang-kadang ingat jugak lah."

Walaupun cuma istilah 'kadang-kadang' tapi ia sudah cukup menyakitkan hati Chan. Maknanya y/n masih ada hati pada Felix. Rupa-rupanya nama Felix terus mengganggu emosi gadis ini meskipun tindak-tanduknya nampak normal.

"Kau ada contact dia lagi ke?"

"Dia dah cakap tak payah contact dia kan? Buat apa aku nak kacau?" jawab y/n sambil tersenyum pahit.

"Kau masih sukakan dia ke?"

"Kau tak faham, Chan. Perasaan suka tu lahir dari hati. Aku tak boleh kawal perasaan dan apa yang hati aku nak. Tapi biar jelah perasaan ni. Aku tak kisah. Lagipun aku kan muda lagi. Sekali-sekala teringat kat dia tu normal lah, kan?"

'tapi aku kisah!' desis Chan sambil senyum pahit.

Mood Chan mula mengendur. Sampai air batu campur yang disuap pun terasa pahit.

"Kau ada suka sesiapa ke?"

"Ada kot."

"Siapa?"

"Aku suka..."

'alamak! Sikit lagi nama kau nak terkeluar dari anak tekak aku ni. Ish, nasib baik sempat sedar.'

"Siapa, Chan? Cakaplah. Kita dah besar kot. Aku nak tahu jugak kau suka siapa."

"Aku suka gadis yang rambut dia panjang menggerbang."

"Hah, siapa tu?"

"Rahsia. Kalau nak tahu, carilah sendiri."

Tauke gerai menatang semangkuk air batu campur yang y/n order tadi. Topik sedang hangat dibualkan terus tergendala.

'aku tahu selama ni Felix ada dalam hati kau, y/n. Aku suka bila tengok kau teruja dan gembira. Sampaikan aku abaikan hati aku yang terluka ni. Tapi sekarang entah kenapa hati ni makin sakit bila tahu kau masih menyimpan nama tu dalam hati walau dia dah menolak.

'tak ada langsung kah nama aku kat hati kau tu? Y/n... Aku harap kau tak sebut nama Felix depan aku lagi. Sebab hati ni kecewa sangat. Mungkin sebab cinta aku terhadap kau semakin mendalam.' desis Chan.

[C] Bersaksikan Bulan حيث تعيش القصص. اكتشف الآن