55

13 2 0
                                    

Sebaik sampai di perhentian bas, y/n mendekati Chan dengan riak wajah seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam.

"Hah, tu bas dah sampai. Jom!" kata y/n sambil menepuk tangan Chan.

Lamunan Chan terhenti. Sepanjang perjalanan, mereka duduk bersebelahan dalam bas. Chan rasa bersalah dan gementar kerana asyik teringat kelakuannya mencabut cucuk sanggul y/n. Namun apabila dia pandang wajah y/n yang bersahaja, hatinya tenang semula.

'mungkin dia tak nampak keikhlasan hati aku.'

Chan marahkan diri kerana tidak dapat lelapkan mata sepanjang malam disebabkan kerisauan itu.

[C] Bersaksikan Bulan Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang