57

10 1 0
                                    

Y/n dan Felix melepak di sebuah kafe tidak jauh dari sekolah. Mereka menikmati makanan tengahari sambil berbual mesra.

"Lama jugak kita tak jumpa. Kenapa tiba-tiba kau nak jumpa aku?" Tanya y/n.

"Lama jugak lah. Hmm... Macam mana life kau tahun ni? Semua okay?" Tanya Felix kembali tanpa menjawab soalan y/n.

"Semua okay. Kau kat kolej macam mana? Okay?" Tanya y/n pula.

Dia seakan dapat mendengar degupan jantungnya.

'ah, aku jatuh cinta kat Felix sekali lagi ke?' getus y/n dalam hati.

"Aku okay ke kat kolej. Sibuk sikit tapi best je."

"Kau ambil kursus apa?"

"Diploma pergigian."

"Wah, doktor gigi lah ni? Sesuailah dengan gaya kau." Puji y/n.

"Belum doktor lah. Masih belajar kan? Hah, kau macam mana? Dah plan hala tuju lepas ni?"

"Aku jenis tak plan jauh sangat pun. Bagi aku, go with the flow lebih baik." Kata y/n sambil tersengih.

"Eh, tapi kau dah kena mula plan sekarang tau. Nilah masanya kau kena fikir jalan terbaik. Nak ambil bidang apa, nak kerja atau sambung belajar..." Jelas Felix bersungguh-sungguh.

"Haah lah. Betul jugak kan?" Y/n mula mengakui ada benarnya kata-kata Felix.

Beberapa jam berlalu. Mereka semakin rancak berbual dan kelihatan sangat mesra.

"Aku happy sangat dapat jumpa kau." Kata Felix dengan senyuman manis.

Y/n terpegun mendengar kata-kata Felix. Malah jiwanya bergetar melihat senyuman Felix. Senyuman itulah yang buat hatinya tertawan.

"Felix, sebenarnya kenapa kau datang jumpa aku? Bukan ke kau dah tak nak berkawan dengan aku?" Tanya y/n tidak dapat menahan lagi keraguan dalam hati.

"Entah kenapa kadang-kadang aku teringatkan kau. Aku teringin nak tahu macam mana kehidupan kau sekarang. Jadi aku buat keputusan jumpa kau dialah kegalauan hati aku ni reda. Sekarang ni cuti semester. Sebulan jugalah. Err... Kalau ada masa nanti, kita boleh jumpa lagi tak?" Tanya Felix sambil menggaru kepala.

"Mestilah boleh!" Pantas y/n menjawab.

Dalam hati, y/n benar-benar melonjak gembira. Dia hampir mencubit pahanya sendiri kerana ingin memastikan bahawa dia tidak bermimpi.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now