72

13 1 0
                                    

Jake mengetuk pintu wad ICU beberapa kali.

"Aku ni, Jake." Kata Jake sambil membuka pintu perlahan-lahan.

Sebaik pintu bilik dibuka, y/n membuntuti Jake masuk. Berdetak laju jantung y/n saat melihat susuk lelaki berdiri tidak jauh darinya. Wajah itulah yang dirindui 10 tahun lamanya.

Wajah yang sering hadir dalam mimpinya. Namun wahai di depannya kini pucat lesi. Tubuh lelaki itu juga kurus hingga menampakkan tulang. Y/n tidak dapat menahan air mata dari menitis laju. Dia menunduk.

Chan terkejut bukan kepalang melihat gadis di sebelah Jake. Dia memandang Jake sekilas. Sahabatnya itu mengangkat kedua-dua belah tangan buat isyarat 'tidak tahu'.

Chan pasti rahsianya terbongkar tanpa sengaja. Dia sedih melihat y/n yang menangis pilu begitu. Inilah yang dia takutkan selama ni. Gadis dicintai menangis melihat keadaannya.

"Y/n... Jangan nangis." Pujuk Chan sebaik mendekati gadis itu.

"Apa yang jadi ni, Chan?" Tanya y/n tanpa mengangkat wajahnya.

"Sorry... Sorry sebab buat kau sedih..." Pujuk Chan lagi.

Dia mengusap kepala y/n perlahan. PAP!!! Y/n menumbuk dada Chan tiba-tiba.

"Aduh!" Jerit Chan.

"Kau jahat, Chan! Kau suruh Jake menyamar jadi kau, kenapa?" Haritu y/n geram.

"Kaulah ni!" Kata Chan sambil menjeling Jake.

"Err... Sorry." Ucap Jake sepatah.

Jake rasa bersalah kerana terpaksa menceritakan segalanya kepada y/n. Sebelum ni Chan merancang dan memintanya menyamar jadi Putera, blogger 'Sketsa Hikayat Putera' itu. Walhal Chan Putera yang sebenar. Jake terpaksa membantu sahabat dan juga pesakitnya yang menghidap penyakit kronik.

"Aku keluar dulu lah eh?" Jake meminta diri memberi ruang kepada Chan dan y/n.

Belum sempat keluar dari bilik, Jake teringat sesuatu lalu dia menoleh memandang y/n.

"Y/n. Jangan buat-buat lupa eh. Tadi kat kafe kau kata nak cakap sesuatu kat Chan kalau jumpa dia kan?" Kata Jake sambil kenyit mata.

"Diamlah Jake!" Jerit y/n panik..
Dia cuak kalau Jake menyebut tentang perasaan cintanya ketika di depan Chan. Pasti ia memalukan.

"Jake, kan aku dah kata y/n akan jadi singa bila marah! Baik kau hati-hati." Kata Chan dan mereka bersilih ganti. Jake melambai lalu segera keluar dan menutup pintu.

"Sampai hati kau suruh orang lain menyamar jadi kau semata tak nak jumpa aku kan?!!" Marah y/n.

Sungguh dia geram dengan tindakan Chan sedangkan dia bermati-matian ingin berjumpa lelaki itu.

"Bukan macam tu, y/n. Cuma... Aku tak sanggup tengok kau bersedih bila tahu keadaan aku macam ni." Jawab Chan tenang.

Y/n tidak dapat menahan sebak lalu dia memeluk Chan erat.

"Aku rindukan kau, tahu tak?" Kata y/n dengan linangan air mata.

Chan mengangguk. Dia juga bertahun-tahun menahan rindu terhadap gadis ini. Sungguh dia tidak menyangka dapat bertemu y/n lagi. Emosinya berombak menyebabkan dia tidak tahu bagaimana hendak membalas kata-kata y/n. Chan meleraikan pelukan mereka lalu memandang ke luar tingkap.

"Kau Putera, kan? Kau selalu baca surat yang aku tulis untuk kau kat blog aku, betul tak?"

Chan tidak menjawab. Sememangnya selama ni dia berniat untuk mengetahui tentang y/n melalui blog. Dia tahu y/n mencarinya. Tapi dia ada sebab tersendiri untuk terus berdiam diri. Namun entah bagaimana gadis ini dapat mengesyaki dialah Putera.

"Baliklah, y/n. Aku dah tak ada masa. Aku dah tenat sangat." Kata Chan lalu duduk di katil membelakangi y/n.

Dia tidak sanggup berdepan dengan gadis itu lagi. Y/n memandang Chan dari belakang dengan linangan air mata. Sungguh pilu dia melihat lelaki dicintainya terlantar atas katil wad. Setiap kali bernafas, riak Chan kelihatan menahan seksa.

Y/n mendekati dan duduk berhadapan Chan. Lelaki itu memusingkan badan cuba mengelak tapi y/n segera memaut bahunya. Y/n tidak mahu peluang kali ni terlepas begitu saja.

"Chan, aku cintakan kau. Aku rindu sangat kat kau. Tolonglah. Tolong jangan mengelak aku lagi."

"Aku tak nak kau tengok keadaan aku sekarang." Kata Chan sambil tutup mukanya dengan tangan.

Air mata Chan menitis. Y/n segera duduk di sebelah lelaki itu dan memeluk penuh kelembutan.

"Chan, aku rindu kau. Aku selalu terkenang saat-saat kita berborak kat balkoni. Aku nak selalu borak dengan kau macam dulu-dulu. Boleh kan?"

Chan merenung y/n yang tidak henti-henti menitiskan air mata. Sungguh pilu dia melihat y/n merintih begitu. Dia lap air mata gadis itu lalu mengangguk laju.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now