81 [end]

44 5 4
                                    

Setahun berlalu. Y/n ke Edinburgh, Scotland lagi. Dia menginap di motel milik Puan Sophie. Saat dia tiba di motel itu, mereka berpeluk erat. Kedua-duanya menitiskan air mata kerana masing-masing saling memahami bahawa mereka punyai persamaan dalam takdir hidup. Perpisahan dan kematian.

"Setiap kali teringatkan dia, hati ni luluh dan rasa rindu tak tertahan, Puan Sophie. Sebab tu saya sayang sini lagi. Saya nak selalu dekat dengan dia." Luah y/n.

"Jangan ditahan perasan tu, Cik y/n."

Puan Sophie mengusap rambut y/n lalu gadis itu memeluknya lagu sambil menangis.

"Terima kasih, puan."

Malam menjelang. Y/n tidak peduli pada kedinginan lalu duduk di bangku yang terletak luar motel. Dia takut merenung Tasik Loch Ness yang sudah membeku dan gunung yang diselaputi salji. Wajah pucat Chan di saat-saat akhir hayatnya tergambar di ruang mata. Pantas kenangan itu kembali menerjah memori.

"Y/n, boleh peluk aku?" Pinta Chan.

Y/n yang tertidur di sofa berdekatan katil wad ICU terdengar permintaan Chan. Segera dia bangun dan duduk di sisi Chan lalu memeluk erat lelaki itu.

"Sejuk sangat ke?" Tanya y/n sebaik menyentuh badan Chan yang sedingin ais.

Y/n tidak sedap hati lalu segera mahu menekan butang kecemasan untuk memanggil doktor dan jururawat. Namun pantas Chan menghalang.

"Kenapa Chan?" Tanya y/n yang sudah berderaian air mata.

Dia seakan faham kenapa Chan bertindak begitu.

"Aku dah nak pergi, y/n. Aku nak kau je temankan aku hingga saat akhir."

Y/n menahan esak. Detik-detik paling ditakuti selama ni datang juga. Dia takut dan berasa lemah, namun dia gagahkan diri demi permintaan lelaki dicintainya. Dia tahu, walau situasi ini perit, dia tidak dapat menghalang Chan pergi.

"Jangan nangis, sayang." Kata Chan sambil mengelap air mata di pipi y/n dengan tangan terketar-ketar.

Y/n tidak mampu berkata apa-apa. Dia eratkan pelukan.

"Selama ni kau sentiasa di hati aku, y/n. Aku menyesal sebab tak dapat beri lebih banyak kebahagiaan untuk kau. Aku tak sanggup mengalah, tapi aku betul-betul dah tak larat. Aku terpaksa pergi. Maafkan aku, sayang." Suara Chan begitu lemah.

"Chan... Bawalah aku pergi dengan kau." Kata y/n dalam tangisan tidak terbendung.

"Sayang, aku akan tunggu kau di sana nanti." Kata Chan lalu mengucup dahi y/n.

"I love you, si cantik..." Ucap Chan nada perlahan.

"I love you too, Chan. Suatu hari nanti, kita jumpa kat sana, ya! Tunggu aku." Kata y/n dalam sedu-sedan.

Chan mengangguk. Beberapa saat kemudian pernafasan Chan semakin perlahan. Y/n memeluknya erat. Chan tersenyum kecil. Wajahnya yang lemah terselit bahagia seolah-olah dia sedang bermimpi indah.

TIT... TIT... TIT...

Monitor di sebelah katil berbunyi. Y/n tahu itu tandanya Chan telah pergi buat selama-lamanya. Dia terus menangis sehingga fajar menyinsing.

"Langit tiada penghujung, sama seperti cinta kita. Aku dapat rasakan, kau sentiasa di sisi bila aku kat sini, Chan." Bisik y/n.

"Kau masih bersedih atas pemergian aku?" Tanya Chan yang tiba-tiba muncul dan duduk di sebelahnya.

"Aku tak mampu. Kau pergi terlalu cepat."

"Aku tak pergi mana-mana pun, y/n. Kan aku masih kat sini." Kata Chan sambil menuding ke dada y/n.

"Aku ada di hati kau selama-lamanya." Sambung Chan.

Y/n memandang dadanya. Ada cahaya bersinar di situ.

"Apa ni?"

Y/n keluarkan loket bintang yang berkelipan dari dalam baju. Kau hadiah daripada Chan.

"Aku cahaya aurora di hati kau, y/n."

Chan tersenyum lalu mengucup lembut dahi y/n. Sesudah itu, dia mendongak ke langit.

"Tengok langit tu. Ada aurora." Kata Chan.

Y/n memandang arah dituding Chan. Ada aurora berwarna hijau turquoise memancar di angkasa. Sungguh indah.

Lampu kerosin yang berada tidak jauh dari tempat duduk y/n berkelip-kelip. Lalu dia tersedar. Dia buka mata tapi pandangannya kabur. Beberapa saat kemudian barulah y/n sedar rupa-rupanya dia tertidur di bangku motel dan mimpi bertemu Chan.

Dia mendongak ke langit. Alangkah terkejutnya apabila matanya terpandang pancaran aurora berwarna hijau turquoise sama seperti dalam mimpinya tadi.

'Chan, kau betul-betul datang rupa-rupanya.'

Y/n menyentuh loket bintang yang tergantung di leher.

'kaulah aurora paling terang dan mempersonakan...'

THE END <3

Hye readers! Thank you sebab sudi baca cerita ni sampai habis

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Hye readers! Thank you sebab sudi baca cerita ni sampai habis. Maaf andai dalam cerita ni banyak typo sebagainya. Sekali lagi author nak ucap thank u you so much <3 byeeeee 💘💘💘💘

Sincerely,
waibijay 🌽

[C] Bersaksikan Bulan Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt