41

11 1 0
                                    

Malam itu, y/n menangis depan Chan. Dia meluahkan kesedihan kerana cintanya ditolak.

"Aku sengaja pilih hari ni untuk hadiahkan bunga dan luahkan perasaan kat dia. Sebab hari ni kan special bagi dia. Tapi sayang... Kena reject pulak. Lagi teruk... Dia dah tak nak berkawan dengan aku. Buruk sangat ke aku ni?"

"Eh mana ada kah buruk. Tak apalah... Sekurang-kurangnya kau dah cuba."

'nilah masalahnya. Kenapa aku tak berani mulakan langkah pertama.' desis Chan.

"Kenapalah aku yakin yang dia nak terima aku?" Keluh y/n.

Jelas kelihatan air mata berlinangan.

"Selama ni aku tak pernah dapat surat cinta atau bunga dari lelaki. Alih-alih pun, ditolak. Sedihnya... tak ada lelaki sukakan aku. Agaknya aku ni memang tak ada aura langsung."

Nampaknya air mata y/n semakin laju meleleh.

"Alah... kau ingat hebat sangat ke kalau dapat surat cinta dan bunga? Jagan risau. Aku kan ada. Kalau sedih, kau sebut je nama aku!"

"Kau bukannya faham perasaan aku. Lagipun aku tak pernah dengar kau ada perasaan kat sesiapa. Mesti kau tak tahu cinta tu macam mana rasanya."

"Lelaki tak semestinya kena tulis surat cinta atau bagi bunga kalau dia suka pun. Entah-entah ada lelaki suka kat kau. Tapi tak berani nak luahkan perasaan."

"Aku tak rasa ada lelaki suka perempuan cenge macam aku."

"Mesti ada. Kau tunggu je."

"Siapa?" tanya y/n.

"Entah." jawab Chan.

'aku, y/n. Aku suka kan kau!' jerit Chan dalam hati.

"Memang tak ada lah jawabnya!" kata y/n.

Tangisannya masih belum reda. Malah makin menjadi-jadi.

"Eh, makin teruk pulak menangis! Relaks lah y/n. Dia tolak kau maksudnya ada seseorang yang lebih layak untuk kau. Bukan dia." kata Chan sambil mengintai air muka gadis di depannya.

Kalau ikutkan hati, mahu saja dia lap air mata y/n. Tapi dia tahu tindakan itu tidak wajar untuk dia yang dianggap kawan biasa, melakukannya.

"Kau tunggu kat situ eh. Aku nak masuk jap."

"Kau nak pergi mana? Tadi cakap nak teman aku." kata y/n dengan nada seolah-olah merajuk.

"Bagi aku 10 minit."

Y/n mengangguk.

"Wei mana kau? Dah 15 minit aku tunggu!" panggil y/n.

Lelehan air mata masih berbekas di pipi. Tiba-tiba Chan muncul dan menghulur sesuatu.

"Happy Valentine!" kata Chan.

Y/n memandang sesuatu di tangan Chan. Dia berasa geli hati dengan tindakan lelaki itu. Lalu dia ketawa berdekah-dekah.

"Berbaloi tak tunggu 15 minit?"

Rupa-rupanya demi 'gadis dicintai dalam diam' itu, Chan cuba berusaha seadanya. Dia buat origami kertas warna bentuk bunga sebanyak tiga kuntum lalu diikat reben. Kemas dan cantik khas untuk y/n. Alangkah lega hatinya apabila melihat y/n tersenyum.

"Ya. Berbaloi jugalah."

"Bunga mawar hidup memanglah cantik. Tapi tiba masanya akan layu juga. Tapi yang origami ni, confirm takkan layu dan boleh teman kau selama-lamanya." kata Chan sambil menghulur sekali lagi origami bunga.

"Terima kasih." ucap y/n sambil menyambut huluran Chan.

Y/n menghidu bunga yang dirasakan ada bauan wangi.

"Eh apahal wangi semacam. Kau sembur perfume eh?"

"Mestilah. Wangi barulah bunga namanya. Hah, kau jangan buang bunga ni tau. Susah gila aku buat."

"Jangan risau. Aku takkan buang." kata y/n sambil diacu ke hidung seolah-olah menghidu bunga sebenar.

Chan hanya memerhati penuh rasa lega. Lesung pipit gadis itu menyerlahkan lagi seri wajahnya.

"Aku suka tengok kau senyum. Kalau tengah nangis... hodohnya lahai!"

"Sempat eh kutuk aku." kata y/n sambil menumbuk bahu Chan.

PAP!

"Aduh!"

"Kalau ya pun, janganlah jujur sangat. Simpan dalam hati je." kata y/n.

Chan tergelak besar.

"Bunga dah dapat. Tunggu surat cinta pula." sambung y/n lagi.

"Hah?"

Chan terkedu, namun tiada tanda-tanda y/n mahu jelaskan lebih lanjut kata-katanya.

'suatu hari nanti aku nak tulis surat cinta panjang berjela untuk pujuk hati kau tu, y/n. Kau tunggu ya? Buat masa ni, kau terimalah bunga olok-olok tu dulu. Surat cinta bakal menyusul...

'aku suka tengok wajah kau yang gembira. Aku suka tengok lesung pipit kau. Aku suka tengok mata kau yang kelihatan macam bulan sabit apabila tersenyum. Aku suka tengok kau curi-curi senyum selepas tumbuk bahu aku. Tapi apa yang aku mampu hanyalah buat kau tersenyum semula.' kata hati Chan.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now