50

12 1 0
                                    

Chan gelisah.

"Kita nak pergi mana ni?"

"Sabarlah. Dah nak sampai."

Ini kali pertama mereka keluar berdua. Syarat diberikan y/n ialah Chan mesti bonceng motosikal nya. Rupa-rupanya y/n baru dapat lesen motosikal.

"Tak pernah cerita pun kau belajar bawak motor?"

"Saja nak surprise kau."

"Jom kita makan ABC."

"JOM!"

Motosikal ditunggang y/n terhuyung-hayang tidak stabil. Mungkin kerana penumpang dibonceng dua kali ganda lebih berat. Chan mula cuak. Ini kali pertama dia naik motosikal dipandu gadis.

Bagi Chan, kenangan 'indah' dan pengalaman ngeri inilah yang akan dikenang sampai bila-bila. Kaku Chan di belakang menahan takut. Dia paut erat getah pemegang di belakang motosikal. Dalam hati, tidak henti-henti dia marah si gadis depannya.

"Weh, kau kata nak dating? Ni bukan dating. Ni nak bunuh aku namanya!"

"Ish, kau ni. Penakut betul. Relaks lah. Mana ciri-ciri pendebat terbaik kau selama ni?"

"Semuanya dah berterabur sebab kau!" jawab Chan sambil menahan gerun.

Y/n ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Chan. Semakin tidak tentu arah jadinya motosikal ditunggang. Berdebar-debar jantung Chan.

"Hati-hati Weyh!" jerit Chan.

"Alamak!" jerit y/n pula.

Sikit lagi motosikal nak merempuh pokok besar di tepi jalan. Y/n hilang kawalan lalu menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.

"Weyh y/n! Apa kau buat ni?!!!"

"Aku tak nak muka aku cedera!"

"Y/n!!!" Chan menjerit sambil pantas menarik tangan y/n.

Cepat-cepat hadis itu buka mata.

"Eh? Tadi bukan ke sikit lagi nak langgar pokok tu?"

"Weyh, kau ni! Mujur tangan kaki aku kuat. Kalau tak, dah lama kita 'jalan'!"

Ketika motosikal mereka hampir merempuh pokok, mujurlah Chan sempat capai handel motosikal dan tekan brek. Malah dai sempat meningkat motosikal dengan kedua-dua belah kakinya agar tidak rebah.

"Kalau tak fikir keselamatan kau, aku dah lompat dah tadi!"

"Sorry Chan! Terima kasihlah selamatkan aku... eh... kita..." kata y/n dalam nada kesal.

Y/n tidak perasan tangan Chan bengkak. Malah kasut lelaki itu juga sudah rabak.

"Mana kau belajar bawak motor hah? Lain kali tak payah bawak motor dah. Kalau gatal nak tunggang motor jugak, kau kena duduk belakang!"

"Yelah yelah... aduh." jerit y/n apabila Chan menjentik dahinya.

"Apa benda lah kau ni? Nyawa dah hujung tanduk pun sibuk nak jaga muka. Muka lagi penting dari nyawa ke?"

Y/n hanya diam mendengar bebelan Chan.

"Mulai sekarang, kau kena hati-hati.".

Y/n mengangguk sekali lagi. Mereka kembali menaiki motosikal dan y/n mula fokus menunggang. Kali ini dia menunggang dengan cermat. Tanpa disedari, dia sebenarnya semakin berasa selamat dan tenang dengan Chan membonceng di belakang.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now