56

13 1 1
                                    

Selesai sesi persekolahan, y/n mengejar Chan.

"Chan!"

"Apa hal?"

"Jom makan ABC. Naik motor aku."

"Naik motor kau lagi? Kau memang ada niat nak bunuh aku ke?" perli Chan.

Meskipun dalam hati melonjak gembira kerana y/n mengajaknya keluar lagi, namun dia berasa cuak mengingatkan cara gadis itu menunggang motosikal.

"Kau ni..."

"Apa?" soal Chan apabila kata-kata y/n seakan tersekat.

Dia menoleh ke arah y/n yang terdiam. Gadis itu sedang memandang ke arah pintu pagar sekolah. Lantas Chan turut memandang tempat yang sama. Ramai pelajar berpusu-pusu keluar kecuali seorang lelaki yang masih berdiri di situ.

'Felix?'

Hati Chan sedikit cemas memandang susuk lelaki itu. Felix tersenyum sambil melambai ke arah y/n. Y/n membalas meskipun dia sendiri tidak pasti sama ada Felix memang melambainya. Namun pandangan gadis itu hanya tertumpu kepada Felix. Suasana sekeliling seakan kabur. Malah dia tidak lagi mendengar suara Chan.

Y/n tersentak dari lamunan apabila Felix sudah di depannya. Ini kali pertama dia berjumpa Felix selepas lelaki itu habis sekolah setahun lalu. Dia hanya dengar khabar berita bahawa Felix melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPT.

"Y/n, kau okey? Dah tak kenal aku ke?" Seloroh Felix mesra.

"Ke... Kenapa kau kat sini?" Soal y/n sambil mengawal rasa gugup.

"Nak jumpa kau lah."

"Jumpa aku?"

"Haah. Kan dah lama kita tak jumpa. Jom pergi makan. Aku belanja!" pelawa Felix sambil memegang tangan y/n.

Y/n bertambah gugup dan debar jantungnya semakin rancak. MANA MANA RANCAK BERDOSA HIAHHHHH. ok. Dia cuba kawal perasaan dan menunduk malu. Tanpa membantah, kakinya melangkah menuruti Felix. Tiba-tiba sebelah lagi lengannya terasa ditarik seseorang.

"Y/n!" Panggil Chan separuh menjerit sambil tangannya kemas memegang erat lengan gadis itu.

Pada saat itu tiada siapa tahu hatinya benar-benar terluka. Hingga dia hampir hilang kawalan.

"Chan!" Y/n terkejut.

Felix juga terkejut. Dia tidak perasan langsung y/n bersama seseorang.

"Tadi kau ajak aku pergi makan ABC kan?" Soal Chan dengan riak mencuka.

"Ah, Chan. Lain kalilah kita pergi makan. Kau balik dulu eh? Sorry tau." Kata y/n separuh memujuk.

Y/n menolak tangan Chan perlahan dan berlalu pergi tanpa menoleh pergi. Chan tersentak dan tercegat di situ. Hatinya bagaikan dirobek. Felix seakan sedang merampas y/n darinya.

'selama ni aku berharap sangat... Kau akan lupakan Felix suatu masa nanti. Aku impikan akan berjaya menawan hati kau. Tapi nampaknya, harapan dan impian akan musnah. Buat kali kedua, kau pilih dia dan tinggalkan aku keseorangan kat sini, y/n.

'ah, hari aku bagai dihiris sembilu. Segala usaha dan keikhlasan aku gagal. Penantian aku memang sia-sia. Aku dah terlepas peluang pegang erat cinta kau. Mungkin aku tak pernah berpeluang pegang tangan kau, y/n' Chan menangis dalam hati.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now