52

12 1 0
                                    

Macam biasa, y/n memulakan hari minggu dengan aktiviti menyiram pokok tanaman termasuklah Gary.

Chan keluar dari bilik sambil memegang mug. Dia menapak di balkoni nya. Lalu dia meneguk kopi sambil memandang y/n yang melambai padanya. Sejuk matanya melihat senyuman gadis itu.

"Hai adik. Betul ke kau dapat surat cinta lagi?" tanya y/n sambil membelek Gary.

"Tak payah nak adikkan aku boleh tak?" kata Chan buat muka menyampah.

Perkataan adik bagaikan jarum menusuk dada. Y/n tergelak.

"Memanglah adik. Aku kan tua setahun dari kau."

"Tinggi kau berapa? tanya Chan serius.

"150 cm." jawab y/n sambil mengenyit mata.

Y/n berasa bangga dengan ketinggian dimiliki.

"Tinggi aku 170 cm. Selama ni kau tak perasan eh aku jauh lebih tinggi dari kau?" balas Chan dengan megah.

"Eleh berlagak!" kata y/n geram.

"Hah, aku lebih tinggi dari kau. Jadi tak payah nak panggil adik sangatlah."

"Alah... memang aku dilahirkan awal setahun dari kau. Ketinggian cuma fizikal. Lagipun sejak kecil kot aku panggil kau adik."

"Tak payahlah panggil macam tu lagi. Geli tahu tak? Aku bukannya budak kecik." kata Chan sambil menjeling y/n yang mengangguk faham.

'istilah 'adik' tulah bagaikan batu penghalang hubungan aku dan kau, y/n. Walaupun gosip fasal kita bercinta dah tersebar, kau macam tak ada perasaan pun. Tapi dalam hati aku ni... tak ada siapa tahu betapa cemasnya aku.

'y/n... cuma kau dalam hati aku. Aku nak sangat membahagiakan kau. Walaupun kau selalu ada depan mata, kenapa aku gagal tambat hati kau? Apa patut aku buat? Kau dekat, tapi jauh sebenarnya. Aku cuma nak jadi satu-satunya lelaki yang bertakhta dalam hati kau.'

[C] Bersaksikan Bulan जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें