ᑭᖇOᒪOᘜᑌᗴ

1.1K 66 4
                                    

⚠️AMARAN

📌Tidak ada kena mengena di antara masa lalu dengan masa yang akan datang!
📌Juga tidak ada kena mengena dengan yang mati mahupun yang hidup!
📌Mohon jangan percaya akan jalan cerita STORY ini!
📌Cerita bohong!
📌Sekadar hiburan semata-mata!
📌Banyak kesalahan penggunaan bahasa [TYPO]
📌Masih diedit(Ongoing)

⚠️No negative comment

Don't read if you think this
STORY 'tak menarik'

_________________________________

Prang!

Terus terbuka kedua belah matanya akibat daripada bunyi seakan sesuatu yang dipecahkan? Badan terus didudukkan di katil lalu kakinya melangkah mendekati pintu bilik. Tangan kiri dibawa untuk menenyeh nenyeh perlahan matanya bagi menghilangkan sedikit rasa kantuk.

Klerk!

Pintu dibuka.

"Mama!"

Membulat mata Anna, matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya, Mama*. Tanpa berlengah Anna terus berlari mendapatkan Mama yang terbaring lemah di atas lantai simen yang sejuk itu

"Ma.."

Matanya berkaca-kaca sebaik mendapati mamanya tidak sedarkan diri. Pecah esakannya apabila terpandang sebilah pisau menembusi bahagian perut mamanya. Darah keluar dengan banyak sekali. Dia sudah panik. Apa yang patut dia buat sekarang? Dia baru berumur 6 tahun.. Mnta tolong orang? Langsung dia tidak tau.

"Mama! Jangan tinggalkan Anna mama!Hiks.."

Esakannya menjadi jadi bila satu perasaan menyelubungi dirinya.

Takut.

Dia cuba menggerakkan tubuh badan mamanya supaya wanita itu akan sedar tetapi tidak. Perbuatannya hanyalah sia-sia.

"Ma-hiks...mama.."

"Anna takut...ma-"

Tap

Tap

Tiba-tiba, pendengarannya menangkap bunyi derapan tapak kasut sedang mendekatinya dan itu membuatkan tangisan Anna berhenti secara tiba-tiba.

"Hey..are you lost your mother little girl?"

Kedengaran satu suara asing menampar sistem pendengarannya dan itu pastinya suara lelaki. Anna berpusing memandang seketul manusia yang berdiri tidak jauh darinya. 1 m. Mata Anna terkebil-kebil memandang lelaki itu atas bawah. Pakaian yang dikenakan lelaki itu ditilik satu persatu. Semuanya hitam.

Kemudian, pandangan terarah pada wajah lelaki misteri itu. Sedikit sukar dia ingin melihat wajah si gerangan disebabkan keadaan ruang tamu yang sedikit gelap. Hanya bertemankan cahaya dari lampu dapur sahaja. Namun tubuh Anna serta merta menggigil kecil apabila lelaki itu semakin mendekatinya. Dapat dia lihat hujung bibir lelaki itu ternaik.


"Stop crying little girl."

Lagi sekali Anna dapat menangkap butir bicara lelaki tersebut tetapi dia langsung tidak faham setiap bait perkataan itu. Lelaki itu duduk mencangkung di hadapannya. Tangan kekar lelaki misteri itu naik mengusap pipi Anna perlahan bagi menghapuskan sisa air mata'.

Bagai tersedar di alam nyata. Anna cepat-cepat menepis kuat tangan besar lelaki itu jauh dari wajahnya.
Takut diapa-apakan. Sudahlah dia langsung tidak mengenali lelaki ini.

Irham tergelak sinis melihat gelagat Si little girl di hadapannya kini. Garang walaupun masih kecil. Senjata api yang digunakan tadi sudah tersisip elok di pinggangnya. Wajah polos gadis kecil itu kembali direnungnya. Suka. Iris koko gadis itu seakan memberinya satu ketenangan lain. Gila.

"Tt-tolong m-mama Anna hiks.."

Pinta Anna. Berharap agar lelaki tersebut dapat membantunya. Sesekali Anna memeluk erat tubuh kaku mamanya yang tidak sedarkan diri.

Irham pula sekadar menjadi pemerhati drama air mata gadis kecil itu. Walaupun dia tau wanita itu sudahpun mati.

"Come."

Irham terus menarik tubuh gadis kecil itu lalu diangkat dengan gaya bridal style. Tidak peduli akan rontaan kuat si kecil. Sesekali dia tersenyum suka melihat mutiara jernih yang mengalir di pipi Anna. Gila.

Tap

Tap

____________________________

*

"Hah..hah.."

Anna tercungap-cungap mencari nafas sebaik sahaja dia tersedar dari alam mimpi yang ngeri itu. Peluh sudah merinik. Tubuhnya menggigil kecil. Seperti biasa. Mimpi tersebut akan hadir diwaktu dia teringat akan peristiwa hitam itu. Dimana ia berlaku ketika dia masih berumur 6 tahun.

_______

"Tt-tolong m-mama Anna hiks.."

Pintaku. Berharap agar lelaki tersebut dapat membantunya. Sesekali aku memeluk erat tubuh kaku mama yang tidak sedarkan diri.

"Come."

Tiba-tiba terasa badanku berada di awang awangan. Sedaya upaya aku meronta untuk dilepaskan namun-

________

'Apa jadi lepas tu?'

"Huh..."

Anna merengus kecil. Lagi sekali dia tidak dapat mengingati apa-apa selepas itu. Berkali-kali cuba diingatkan tetapi tetap sama'. Kaki dibawa turun dari katil lalu cepat² dia menapak ke bilik air untuk membersihkan diri.

_____________________________

I know this part amat menghambar*kan 🥱

But i try my best to write ✍️



2 🐝 Continue

ʟɪᴛᴛʟᴇ ɢɪƦʟ [Oᑎ ᘜOIᑎᘜ]Where stories live. Discover now