ᑭᗩᖇT 3

674 40 1
                                    

"Miya!"

Anna menghentak kaki ke atas lantai. Peratus untuk dia merajuk sekarang ni adalah sangat tinggi.

"Aku tak nak.."

Suara Miya kedengaran sedikit garau.

"Sekejap je please.."

"Aku tak larat lah beb. Badan aku sakit-sakit.."

Adu Miya jujur. Dia bukan sengaja tidak mau menemani gadis itu cuma badannya sekarang ni tak memberi langsung kerjasama. Start pagi tadi lagi dia asyik ulang alik tandas je. Bukankah itu sudah cukup jelas untuk Anna tau tentang kondisi dirinya yang tidak sihat ketika ini?

"Sampai hati kau..aku tau kau tipu aku sebab kau takut aku guna duit kau kan?"

Teka Anna.

What? Sampai ke situ Anna berfikir? Eh hello. Kalau pasal duit, aku tak hairanlah beb. Kalau kau nak kebas berapa banyak mana sekalipun duit aku, tu masalah kau ann. Bukan masalah aku.

"Anna! Pleaselah jangan ganggu aku sekarang! Aku penat! Penat bersabar dengan perangai kau!"


Anna terpaku. Tak berkelip mata memandang Miya yang memerah muka. Marahkah dia?

1 saat

2 saat

3 saat...

Anna bangkit dari duduk. Tudung bawal merah jambu sudah pun tersarung elok di atas kepala dibetulkan sebelum kaki melangkah kasar ke arah pintu.

Baam!

Bunyi pintu rumah ditutup kasar. Miya memandang dengan rasa bersalah pada pintu yang tertutup itu. Nak kejar tapi tak larat. Jadi....... biarkan saja biawak itu pergi. Lambat laun nanti hilanglah rasa marah dia tu.

Kakinya laju melangkah ke hadapan membelah malam yang pekat. Nafas tidak lagi teratur. Berani pula dia berjalan seorang diri di lorong yang sunyi ini.

"How dare you Miya?"

Anna menghentikan langkah. Wajahnya didongak memandang langit malam yang dipenuhi dengan titik bintang kecil. Cantik. Tapi sekarang sudah tidak lagi cantik kerana moodnya kurang baik tika ini.

"Sampai hati kau..."

Bibir dimuncungkan. Menghayati rasa sakit di dalam hati. Sakit hati? Tidak lah seberapa cuma dia mau berdrama ala-ala cerita Korea zaman dulu-dulu.

Diimbas kembali disaat bagaimana pertemuan pertama dia dan Miya berlaku. Walaupun pertemuan mereka tidaklah seberapa indah seperti orang lain.

Ⓞ ᖴᒪᗩᔕᕼ ᗷᗩᑕK Ⓞ

"Hey!"

"Hey ape? Aku ade nama lah!"

Marah Anna. Tidak suka orang memanggilnya dengan gelaran itu. Apa dia memang tak ada namakah?

"Bagilah balik coklat tu!"

Miya merengus. Berang juga hatinya tika ini! Dia cuma menginginkan satu peket coklat bar besar tu!

"Ni aku punyalah!"

Bentak Anna tidak puas hati dengan kata-kata Miya. Dia yang penat-penat tolong Cikgu Ramlah angkat buku tadi. Tak ada seorang pun yang datang tolong dia. Tup-tup bila dah dapat upah coklat, perlu dikongsi dengan budak sengal sebelah meja?! What! It's not FAIR!

"Ala bagilah aku satu. Coklat tu ada dua kan. Kau ambik satu, aku ambik satu. Ha kan adil."

Ada nampak Miya ni miskin tak? Sebenarnya tidak. Boleh aje dia suruh mak dia belikan coklat bar tu waktu balik sekolah nanti cuma...ala biasalah budak-budak...Budak-budak kan suka makan coklat. Mesti dia pun cair bila tengok coklat. Lagi-lagi bila ia diberi secara percuma. Sebab tulah zaman sekarang ni banyak orang dekat luar sana dah berjaya menjadi penculik yang terhandal. Oops! Jangan marah ha~

"Cikgu bagi dekat aku sorang je! Ni upah untuk aku sebab dah tolong Cikgu!"

"Cikgu suruh kongsilah!"

"Tak kira! Kau tak tolong Cikgu pun tadi. Jadi coklat ni, aku yang punya!"

Anna memeluk erat dua coklat bar tersebut. Takut diambil orang. Bukan dia tak nak bagi satu kepada Miya cuma dia ingin membalas dendam ke atas sikap Miya yang pemalas. Dari awal lagi dia perhatikan perangai Si Miya ni. PEMALAS! Dah lah suka buat bising dalam kelas. Makan dan minum pun dalam kelas even waktu rehat. Apa kantin tu tak cukup besar ke sampai Si Miya ni kena makan dalam kelas. Ha tiber.

"Fine.."

Miya memuncungkan bibir sedepa. Nak merajuk aa cenni. Minta coklat je pun. Itu pun kedekut!

Melihat Miya sudah berura-ura ingin pergi. Anna dilanda rasa bersalah. Haih...

"Nah."

Dengan hati yang ikhlas. Anna menghulurkan satu peket coklat bar kepada Miya. Walaupun riak wajahnya tidak punyai segaris senyuman pun. Tapi itu tidak penting bagi seketul Anna di sini. Yang penting dia ikhlas memberi.

Miya membuka luas matanya lalu memandang wajah serius Anna. Simpatikah dia?

"B-betul ke ni?"

Anna mengangguk mengiyakan pertanyaan Miya. Sejurus itu bibir Miya mengoyakkan senyuman manis buat Anna. Tanpa sedar Anna juga menghadiahkan satu senyuman kecil untuk Miya. Coklat bar tersebut sudah pun bertukar tangan.

"Thanks."

Ucap Miya.

"U welcome."

Anna tersengih memandang wajah gembira Miya mendapat coklat.

Dan sejak pertemuan itu. Mereka jadi semakin rapat dan rapat sehingga ke hari ini.

Ⓞ ᖴᒪᗩᔕᕼ ᗷᗩᑕK Ⓞ

Anna mengeluh kecil. Kesal juga dia kerana sudah terlanjur memberi coklat tu kepada Miya. 'Kalaulah dulu aku tak kasi dia coklat tu, mesti kitorang takkan pernah kenal satu sama lain. Mesti kitorang takkan sampai ke tahap ni. Mesti dia takkan menyusahkan aku. Mesti shampoo aku dapat bertahan lebih lama sikit. Mesti aku tak kena had-'

"Ehem.."

Tiba-tiba pendengarannya tertangkap pada satu suara garau. Terus mata memandang sekeliling tempat bagi mencari dari mana datangnya suara asing itu.

"Sorang je ke dik?"

Terkejut bukan main lagi bila beberapa orang lelaki tiba-tiba datang mendekatinya. Dia guess suara asing tadi maybe dari sekumpulan lelaki ini. Tanpa membuang masa, Anna terus membuat larian lintang pukang. Tidak mengendahkan Baru dia sedar bahawa lorong ini kelihatan asing seperti dia tidak pernah lalu lagi. Ha lari! Lari sampai tak cukup tanah!

_________________________________
2 🐝 Continue

ᗴᕼᗴᗰ - ᗴᕼᗴᗰ..


Actually words dlm bab ni setidaknya lebih banyak berbanding apa yang korang tengok sekarang ni tapi untuk sambungan tu author akan letak kepada part seterusnya. Bukan saya tak nak selit sikit-sikit pasal cerita hero dalam bab ni tapi nanti takut korang pening. Bila korang dah start pening dengan jalan cerita ni, berkemungkinan korang akan remove this story from your library right? Am i right?

ʟɪᴛᴛʟᴇ ɢɪƦʟ [Oᑎ ᘜOIᑎᘜ]Where stories live. Discover now