ᑭᗩᖇT 2

839 38 0
                                    

Angin sejuk menampar lembut ke wajahnya. Bibir menghembuskan asap rokok. Beginilah dia pada setiap malam. Mencari ketenangan untuk mengubati pemikiran yang kusut.

Kelopak mata dipejam selama beberapa saat dan kembali dibuka. Melihat bintang-bintang di langit yang luas itu. Dia suka permandangan ini. Permandangan yang menghasilkan satu ketenangan' yang lain. Mungkin ada sebab kenapa dia terlalu suka akan permandangan ini.

Dia tidak tau kenapa akhir-akhir ini pemikirannya sedikit terganggu. Entah kenapa. Dan itu tujuannya kenapa dia amat memerlukan sesuatu ketenangan'. Malang sekali dia hanya dapat merasai ketenangan' ini ketika waktu malam sahaja.

"Am."

Seseorang memanggilnya dari arah belakang. Dihiraukan sahaja suara yang memanggilnya itu malah dia menyambung kerja'nya.

"What's wrong with you Am? Kenapa kau tak datang rumah papa tadi?"

Diam.

"Aku tau Am kenapa kau tak datang ke rumah tu tadi. Tapi sampai bi-"

"Shut up."

Belum sempat Izhan Luqman menghabiskan ayat, Irham Luttfy lebih pantas memotong percakapannya.

"Am. Sampai bila kau nak berdendam dengan pa-"

"I said stop it Izhan Luqman!"

Terpaksa juga Izhan berhenti. Dada Irham mula turun naik. Dia tidak suka masalah keluarga dibangkitkan. Sudah berapa kali dia menasihati Izhan supaya tidak bercakap tentang masalah keluarga di depannya. Tetapi degil!

"Macam mana kau boleh kena serang?"

Izhan terdiam.

"Don't make me repeat." - Irham.

Izhan mengeluh kecil sebelum berjalan mendekati abangnya. Kepala ditunduk ke bawah bagi melihat suasana bandar yang sibuk itu. Sesekali dia memandang Irham yang berada di sebelahnya.

"Aku tak tau."

Itu sahaja jawapan Izhan.

"Tak tau?"

Irham tiba-tiba mencerlung tajam ke arah Izhan. Mukanya memerah menahan marah. Ya ni lagi satu masalah dia. Suka sangat marah. Entah kenapa dia terlalu sensitif sejak akhir-akhir ni.

"Benda tu dah jadi isu orang Iz. Kenapa kau ni degil sangat tak nak dengar cakap aku! Kan aku dah cakap jangan cari masalah dengan diorang! Tapi kau degil!"

"Benda dah nak jadi Am. Aku pun tak tau yang diorang dah dapat bau rancangan baru aku tu."

"Stupid! Kalau kau dengar cakap aku hari tu.. Semua ni takkan jadi."

Irham menghempas kasar punggung ke atas kerusi. Tangan kiri naik meraup rambutnya ke belakang. Geram dengan sikap Si adik.

"Habistu kau nak aku duduk diam dan biarkan diorang edarkan benda' tu ke serata tempat, macam tu?"

Pandangan mata mereka bertembung. Berani sekali Izhan melawan panahan helang dari Si abang. Itu perkara biasa baginya. Sedikit pun dia tidak berasa takut.

"..." Irham diam buat seketika. Pelipis kanan diurut perlahan.

"Macam mana kau boleh tau rancangan aku?"

"Aku abang kau Iz. Kau lupa ke siapa aku? Orang aku selalu ikut kau. Mustahil aku tak tau. Aku tau semua benda yang kau buat kecuali hati kau."

Izhan memandang bosan senyuman senget Irham.

ʟɪᴛᴛʟᴇ ɢɪƦʟ [Oᑎ ᘜOIᑎᘜ]Where stories live. Discover now