ᑭᗩᖇT 8

627 35 0
                                    

"Anna.."

Miya menyahut nama Anna sejurus diletakkan satu dulang berisi air milo suam ke atas meja kecil berdekatan dengan tempat Anna berdiri.

Haih.. Mengelamun lagi.

Anna setia memandang ke luar jendela menikmati suasana di pagi hari. Entah sampai bila Anna akan mengelamun seperti ini.

"Sudah-sudahlah tu fikir pasal benda tu. Nah, aku ada buatkan kau air milo."

Pelawa Miya lembut. Dia cuba menceriakan pagi Anna. Ya dia cuba! Jujur di hati Miya rindu nak dengar gelak tawa dari Anna.

"Miya.." -Anna

"Lepas aku kahwin nanti, kau nak duduk dengan sape?"

Suara Anna kedengaran sedikit serak.

Miya menelan air liur payah. Moment ni yang paling dia tak suka.

"Alah kau ni..Aku kan ada kakak. Aku tumpang la dekat rumah dia. Lagipun aku tak sanggup nak tinggal dekat rumah ni lagi..sebab..kau tak de.."

Miya berkata sedih. Dan itu membuatkan Anna disebelahnya tercebik-cebik.

"Janganlah cakap macam tu..Aku sedih tau tak!"

Marah Anna. Laju sahaja dia mengelap tubir matanya yang dipenuhi dengan mutiara jernih. Dia tak boleh bayangkan macam mana hari perpisahan dia dan Miya nanti. Dia tak sanggup berjauhan dengan Miya. Itulah satu-satunya rakan yang paling rapat dengannya. Pahit manis dirasai bersama.

"Hm..Cepatkan masa berlalu. Tup tup kau dah nak kahwin dah beb." -Miya

"Betul tu.." -Anna

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!" 

"Bismillah.."

Pendek kata, Anna sekarang sudah menjadi Isteri yang sah kepada Irham Luttfy. Sejujurnya Anna belum berfikir masak-masak lagi. Dia belum bersedia untuk berkahwin apatah lagi menjadi seorang isteri. Yelah dia kan baru 18 tahun. Mana tau sangat nak buat kerja-kerja isteri ni. Namun dia kena ketepikan perkara itu. Nasi sudah menjadi bubur. Dia tak dapat berbuat apa. Lagipun, kahwin inikan cuma perkara kecil. Ada masa dia boleh minta dilepaskan?

_____________

Skip pada waktu malam. Majlis masih lagi berlangsung sehingga larut malam. Pelik itu pasti. Jam (11:⁴⁵ p.m.) hampir menginjak 12 tengah malam. Tak penat ke?

______________

Irham tersentak bila ada satu tangan  menyentuh bahunya dari belakang. Dia berpaling ke arah satu figura lelaki.

"Congrats Am!"

Suara Izhan menyapa telinganya.

"Lepasni, aku nak tempah kau, satu team bola sepak boleh?" -Izhan menaikkan sebelah kening. Faham bila Irham mula mengerutkan dahi.

"Kau merepek apa ni gila. Aku tak ada mood la nak gaduh dengan kau." - Irham

Izhan membuat roller eyes. Seriously? Irham buat lawak ke sekarang ni? Takkanlah tak faham lagi maksud dia?

ʟɪᴛᴛʟᴇ ɢɪƦʟ [Oᑎ ᘜOIᑎᘜ]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon