ᑭᗩᖇT 16

585 33 9
                                    

Silauan cahaya matahari mengganggu tidurnya. Lengan kiri di angkat untuk menutup kedua mata.

"Arh..."

Anna merintih sakit bila seluruh badanya terasa lenguh. Perutnya juga terasa sakit sangat. Dia langsung tidak berdaya untuk bangun walau duduk menyandar.

Pandangan dililaukan ke sekeliling. Apa yang dia nampak adalah syiling berwarna putih dan dinding berwarna kelabu. Bilik Irham...

Klak!

Pintu dibuka seseorang dari luar.

Jantung Anna mulai berdetak laju saat pendengarannya menangkap bunyi tapak kaki seseorang seperti mendekati dirinya. Anna diserang trauma. Tubuhnya menggigil kecil. Takut. Dia seakan sudah dapat agak siapa gerangan itu. Tiba-tiba bahunya disentuh-

"Dont touch me!"

Anna bergelut di atas katil seperti seseorang itu akan mengunci pergerakannya walhal tiada sesiapa pun yang menyentuhnya sekarang. Anna bergegas bangun dari pembaringan dan memeluk lutut dikepala katil. Nafas tidak lagi teratur. Tubir mata Anna panas. Dia takut sangat sekarang ni. Tolong sesiapa fahami perasaannya ketika ini. Paling tidak pun, tolong keluarkan dia dari neraka ciptaan Irham ini.. Dia dah tak sanggup...

"Puan? Ok tak ni?"

Anna memejamkan mata. Kata-kata syukur dituturkan didalam hati. Alhamdulillah... Allah mendengar doanya.

Perlahan-lahan Anna mendongakkan kepala memandang si empunya suara yang menegurnya tadi. Betul sangkaannya. Mak cik yang menyediakan sarapan pagi untuk Anna kelmarin.

"Puan, ni saya ada bawakkan bubur ayam untuk Puan...Puan makan ya."

Mak cik itu menunjukkan semangkuk bubur segera di atas meja sisi katil. Makcik tu kemudian berlabuh di birai katil lalu segelas susu suam diambil dan disuakan kepada Anna.

"Minum dulu ya puan.. Barulah demam panas Puan tu sembuh. "

Anna memandang kosong gelas yang dihulur itu. Dia geleng.

Demam panas? Bila masa?

"Tak nak..Anna tak haus."

Mak cik itu menghela nafas perlahan. Susahlah begini. Nanti masak telinga dia kena bebel dengan Tuan Irham.

"Puan nak saya suapkan bubur?"

Anna geleng.

"Ok ok kalau macam tu puan suap sendiri jelah."

Anna geleng lagi. Perlahan-lahan dia baringkan badan dan tidur membelakangi mak cik itu. Dia perlu rehatkan badan dan mindanya dahulu.... sebelum Irham datang.

"Erm mak cik minta diri dulu ya puan. Nanti puan jangan lupa makan tau. Saya datang sini balik nanti."

Melihat tiada balasan langsung dari Anna, mak cik itu sudah mahu mengangkat punggung. Tak nak mengganggu Anna. Mungkin Anna perlukan istirehat yang cukup.

"Mak cik..."

Perlahan saja suara Anna memanggil. Cukup hanya dia dan mak cik itu, yang dengar.

"Ya puan?"

Anna menukar posisi pembaringan  menghadap susuk tubuh mak cik itu. Tubuhnya separuh saja diselubung dengan kain comforter.

"Anna nak tanya boleh...?"

Mak cik itu mengangguk.

"Kenapa Anna selalu kena-"

Tok!

Tok!

Mereka berdua tersentak. Laju sahaja mak cik itu meminta diri untuk keluar dari bilik.

"What's wrong?"

"Maaf tuan, puan tak nak makan lagi.."

"You may go.."

"Baik tuan."

Bagaikan dihempap dinding. Anna kaku di tempatnya. Suara itu....Perasaan takut mula menyebulungi diri sehingga tubuhnya menggigil kecil. Anna duduk memeluk lutut di kepala katil. Comforter ditarik sehingga bahagian bahunya tertutup dan Anna menyembamkan wajah di lutut.

Tap!

Tap!

Tap!

Anna menggenggam kain comforter. Erat.

Tap!

Tap!

________________________________

2 🐝 Continue

Ehem²...

Author rasa setakat ni jelah perjuangan author untuk "Little Girl"...
Jangan salah faham..author sekarang ni sibuk.
Then kalau teruskan ke part seterusnya pun buat apa en..takde pun orang yang nak support..
Lepas ni dah takkan ada lagi part yang baru. Bye!

Assalamualaikum (๑´•.̫ • '๑)

ʟɪᴛᴛʟᴇ ɢɪƦʟ [Oᑎ ᘜOIᑎᘜ]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum