ᑭᗩᖇT 14

670 29 6
                                    

Asap rokok dihembus ke udara. Kedua kaki disilang di atas meja lagak seperti seorang boss. Dato'Mustapha bersiul kecil. Itu satu petanda yang baik!

"Hantar mesej tu sekarang."

Arah Dato'Mustapha pada orang kanannya. Seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari meja tempat Dato'Mustapha duduki, mula menaip sesuatu di dalam sebuah iPad. Mengikut arahan dari ketuanya.

Dato'Mustapha memikirkan tentang satu hal. Mungkin agak rumit sedikit jika mahu membuat perbincangan dengan Irham nanti. Heh, anak lelakinya seorang itu...keras kepala!

Apapun yang terjadi nanti. Dia takkan berdiam jika Irham menolak keras permintaan darinya. Dia akan memaksa lelaki itu!

Irham merengus kasar. Rambut dikuak ke belakang. Langkahnya dibawa kasar memasuki ke dalam sebuah syarikat pencakar langit. M'Holdings. Syarikat ternama itu adalah pemilik seorang lelaki tua yang bernama Dato'Mustapha.  Kalau bukan disebabkan papanya yang suruh dia datang ke sini, alamatnya dia takkan sesekali menjejakkan kaki ke sini. Tapi, sekarang dia betul-betul bengang dengan papanya. Sikap si orang tua itu memang betul-betul ingin membangkitkan iblis dalam badannya. Nak tahu kenapa? Stay tuned...

Pintu kaca lutsinar itu dibuka lantas kelibat si ayah di cari. Orang tua itu sedang duduk bersantai di atas sofa. Sambil memandangnya...sinis? Heh dasar!

"Well..we meet again son. Nice to meet you."

Irham menghempas kasar punggungnya di atas sofa bertentangan dengan Dato'Mustapha.

"Erm..you wanna some of coff-"

"Apa yang Lutt dengar ni, pa? Lutt bertunang? Dengan Loona? Kenapa? Boleh papa tolong jelaskan tak?!"

Loona', anak kawan Dato'Mustapha.

"Sebab tu papa tak nak bagitau Lutt. Tahu Lutt akan melenting macam ni." 

Selamba Dato'Mustapha balas. Mata tunaknya memandang raut wajah tegang Irham.

Irham mengetap bibir. Nafas diatur.

"Habis tu kenapa papa buat jugak? Tak pasal-pasal tunangkan Lutt dengan Loona'!"

Hati yang berontak menyebabkan suara bergema garang dalam pejabat itu. Jika orang lain, pasti sudah kecut perut melihat wajahnya yang merah.

"Lutt, papa dah setuju dah pun. Lagipun Loona memang sesuai jadi isteri kamu. Dia sayangkan Lutt. Dia-"

"Papa dah gila ke?! Lutt dah kahwin dah pun!"

"Kamu kan lelaki. Bukan berdosa pun kahwin banyak."

"Lutt takkan buat benda bodoh tu!"

Bengang Irham. Lepas suruh kahwin, kahwin lagi? Tu gila namanya! Dia belum terfikir untuk memadukan isterinya, Anna.

"Benda senang pun kamu tak boleh buat ke Lutt? Please dengar cakap papa kali ni je, papa dah setuju. Diorang kata minggu depan-"

"Keputusan Lutt muktamad! Lutt takkan buat!"

Tahulah Irham bahawa Dato'Mustapha hanya inginkan cawangan besar dari syarikat lain dan lelaki tua itu langsung tak pedulikan hati seketul Irham ni.

ʟɪᴛᴛʟᴇ ɢɪƦʟ [Oᑎ ᘜOIᑎᘜ]Where stories live. Discover now