ᑭᗩᖇT 1

1.1K 55 2
                                    

Boom!

Terus tangan naik melekap ke dada sebaik bunyi hentaman kuat tersebut singgah di sistem pendengaranku. Terkejut.

"Hei! Tutup pintu tu perlahanlah sikit!"

Marahku. Hari-hari kalau macam ni gamaknya boleh luruh jantung aku tak lama lagi. Tulah siapa suruh tinggal sekali dengan sahabat yang seng-

"Ha, mulut tu asal terkumat-kamit? Mengata aku la tu."

Heh. Tau pun.

"Kau beli tak apa yang aku suruh tadi?"

Aku tengok Miya'. Dia tengok aku balik. Tiba-tiba dia garu kepalanya yang tak gatal. Haihh..

"Sorry arr..aku terlanggar sorang mamat ni tadi. Pastu ann, dia marah-marah aku macam takde hari esok. Aku pun apa lagi, melenting arr."

Aku menghela nafas berat. Alamatnya hari ni makan sup bubur jelah. Tangan aku laju sahaja memotong sebiji ubi kentang menjadi dadu dan dimasukkan ke dalam periuk yang sudah mendidih. Sesekali aku menjeling Miya yang sedang berbaring di atas sofa bersama gajet di tangan.

"Esok aku balik lewat sikit tau beb. Nak singgah supermarket beli barang dapur..." Miya berkata.

Aku buat tak heran.

"Kau marah ek?" Miya bertanya.

Aku diam lagi. Malas ingin bercakap dengan budak seng-. Kang aku lari dari sini, siapa pula yang nak masak dekat dapur ni? Dan siapa pula yang nak bagi mangkok' tu mencekik malam ni? Haiyya.

"Alaa kau ni..janganlah merajuk. Manalah aku tau hari ni kau nak masak something special untuk makan malam kita."

Baam!

Aku melempar kasar papan pemotong ke dalam sinki. Nak menunjukkan yang aku sedang marah. Marah yang tersangat marah. Sesuka hati dia je kata dia tak tau! Semalam kan aku dah bagitau! Kalau dia tak tau aku dah pun bagitau! Telinga tu ada masalah ke? Gegendang telinga pecah? Meh sini aku tolong perbetulkan. Ha tiber.

"Ok fine! I know this is my fault. But kau janganlah merajuk beb...Dah macam biawak sumate-"

Pap!

Aku mencerlung tajam ke arahnya. Wah..sesedap aji namoto je dia kata aku biawak!? Habis dia tu? Monkey?

"Jangan sampai senduk ni tiba-tiba lekat atas kepala kau.."

"Kenapa?"

"Tak takut mati?" Aku sengih.

Miya kulum senyum. Menahan dari tawanya meletus.

"Kau nak bunuh aku pun agak-agakla..Kau tu single. Kalau aku mati nanti, kau juga yang susah. Nak tau kenapa? Meh sini aku bagitau. Kau kena bayar duit sewa rumah sorang-sorang. Pergi kerja sorang-sorang. Duduk rumah sorang-sorang. Borak pun sorang-sorang. Semua benda kau akan buat sorang-sorang. Ha tak takut ke? Nanti orang cop kau gila', nak?"

"Correction, kalau kau mati..Waktu tu akulah orang yang paling bahagia dekat atas bumi ni! Aku dah tak kena masak banyak-banyak tiap-tiap hari. Aku dah tak kena hadap perangai sengal kau tu. Aku dah tak-"

"Apa?!!"

Miya bangun dari duduknya. Mata mencerlung tajam ke arah ku. Aku menayangkan senyuman jahat. Ha kan dah kena balik.

"Apa-apa?"

Aku mengembalikan paku buah keras.

"Hey dude, kalau aku mati..Aku akan jadi hantu yang terkejam di dunia ni. Dan aku akan kacau hidup kau...sampai kau mampus! HAHAH!"

Miya gelak besar.

"Oh really? Aku panggilkan ustaz jiran sebelah tu tangkap kau dan halau kau dari dunia yang nyata ni. Biar kau merempat dalam neraka."

Aku senyum mengejek.

"Kau ni kan.." Miya menggenggam kedua belah tangan. Terasa mungkin dengan kata-kata aku.

Dengan wajah yang memerah menahan marah, Miya mendaki anak tangga dengan laju. Malas ingin bertekak dengan biawak Sumatera. Bukan ada faedah pun. Nasib kawan..Kalau adik dia..Maunya dia cabai mulut tu cukup-cukup biar bengkak! Ha baru puas hati.

"Lallalallala.."

Aku menyanyi. Hehe menang mulut lagi~

"Padan muka! Dah lah tak belikan aku barang dapur! Nak membebel pula die. Mendapatlah! HAHAH!"

So aku pun menyambung kerja sambil menyanyikan lirik lagu "Lalala". Hsjhsj.

"Master!"

Dia' langsung tidak menghiraukan panggilan dari anak buahnya. Biar. Mood dia tidak berapa baik sekarang.

"Ma-master!"

Tangan masih berkerja untuk menaip sesuatu di dalam laptop APPLE miliknya. Sesekali pandangan iris hitam itu singgah pada susuk tubuh seorang lelaki yang terbaring lemah di atas lantai. 'Heh. Degil!' omelnya dalam hati.

"This is your brother master!"

"Tch!.."

Dia berdecit kecil sebelum tangan kanan naik meraup rambut Coklat gelap miliknya ke belakang. Pandangan tajam diberi kepada si PA.

"..."

Dia kembali melakukan kerjanya yang tergendala.

"Kau nak aku angkat dia ke?"

Soalan yang baru sahaja keluar dari bibir Irham Luttfy' membuatkan Farhin menggigit bibir sendiri.

"Answer me."

Ha sudah! Nak jawab apa?

"N-no master..."

Terus tergagap jadinya. Kerana takut diapa-apakan, Farhin laju mendekati tubuh lelaki yang terbaring lemah itu... (Izhan Luqman adik kepada Masternya, Irham Luttfy).

Nadi tangan kiri lelaki itu dicari. Green line. Nadi di tepi rahang pula dicari. Green line. Tapi kenapa boleh pengsan? Ketua Iz' baik² saja tadi. Cedera pun hanya dibahagian abdomennya sahaja. Ya Ketua Iz' diserang musuh. Entah bila dan dimana kejadian itu berlaku Farhin sendiri tidak tau. Tau tau sahaja Ketua Iz' sudah pengsan dan tidak sedarkan diri. Nasib baik Ketua Iz' sempat menumpaskan kesemua musuh sebelum dirinya jatuh pengsan. Musuh menyerang dengan secara tiba-tiba membuatkan Ketua Iz' tidak sempat membuat sebarang persiapan atau kelengkapan. Lagipula ketika itu Ketua Iz' sedang berseorangan dan tanpa pistol yang sering dibawanya.


"Call Gery here. And take this monkey' get out of my office."

Irham Luttfy terus memutuskan ayat.

"Baik Master!"

Farhin sekadar mengangguk sebelum dia dan seorang lagi anak buah Irham mula mengangkat Ketua Iz'.

"Wait."

"Cari tau siapa pelaku dalam kes tu dan buat kerja macam biasa."

"Baik Master."

___________________________________

Err...

Nak minta tolong follow author boleh?🍄

Nanti author akan
follow back 🙂

Yeahh i promise 😉

Kalau author tak follow back tu maybe author lupa🥱

Chat balik.

ʟɪᴛᴛʟᴇ ɢɪƦʟ [Oᑎ ᘜOIᑎᘜ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora