ᑭᗩᖇT 17

791 53 15
                                    

Tap!

Tap!

"Sayang..."

Anna memejam mata rapat. Serapat yang boleh. Cuba menghalau tangkapan bahawa itu suara suaminya.  

"Kenapa tak makan? Makanlah.. Nanti takut perut masuk angin sayang..."

Anna diam. Rasa gerun bila dengar nada ton suara Irham. Walaupun dalam nada yang lembut, tetap kedengaran menakutkan.

"My wife..."

Irham memanggil lagi. Masih tak ada res-

"Anna tak ada selera."

Sepatah Anna menjawab. Wajah tidak diangkat. Harap sangat Irham tak banyak bicara dengan dia.

"Kalau tak ade selera pun sayang kenalah makan juga..nan-"

Anna menekup kedua belah telinganya kuat-kuat. Rimas dengar nasihat dusta dari Irham. Kalau dia sakit ke mati sekalipun. Apa Irham kisah kan. Memang itu yang Irham nak kan.

"..*;"(#)$!..."

Irham bercakap lagi. Entah apa yang Irham cakapkan pun Anna tak dengar. Dia memang tak nak dengar!

Tiba-tiba terasa kedua belah lengannya ditarik menjauh dari telinga. And 💥! Mereka bertentangan mata.

"Jom, abang suap."

Anna merentap kasar  lengannya dari dipegang Irham. Dia merangkak menjauhi tubuh kekar suaminya. Anna memeluk lutut di penjuru katil. Sambil menatap tajam pada Irham.

"Sayang.. janganla macam ni.. Nanti sakit sape jugak yang susah? Abang jugakan.."

"Susah sebab tak boleh pukul Anna lagi? Macam tu?!"

Intonasi suara Anna meninggi.

Irham ketawa kecil.

"Kalau abang nak pukul sayang, tak perlu tunggu sayang sihat... Sekarang pun boleh."

Ujar Irham dengan selamba.

Membulat mata Anna. Menggigil tubuhnya mendengar kata-kata yang keluar dari bibir suaminya sendiri. Wajah Anna memerah dan tubir matanya panas. Sanggup Irham mengatakan hal sedemikian. Suami siapa yang dayus sangat ni. 

"Sampai hati abang.."

Air mata Anna laju turun membasahi pipi. Sakitnya rasa.

Lagi-lagi bila Irham hanya tayangkan riak datar tanpa segaris senyuman.

Dasar Irham!!

"Kenapa....? Apa salah Anna?"

Suara Anna mengendur. Matanya kuyu dan sembab kerana banyak kali menangis.

"A-abang tau tak yang abang ni.... dayus?"

Riak wajah Irham bertukar ketat.

"Abang pukul Anna...Tak kira waktu..."

Terketar-ketar bibir Anna. Ya biar Irham tahu bagaimana sakitnya dia selama ini. Bagaimana takutnya dia hari-hari. Walaupun belum cukup sebulan usia perkahwinan mereka. Irham sudah menunjukkan belang dalam beberapa hari ini. Itu baru beberapa hari. Belum lagi setahun!

"Anna sedar yang Anna ni bukan isteri sempurna... Tapi...perlu ke abang gunakan kekerasan untuk didik dan ajar Anna?"

Sepasang iris gelap itu Anna tatap tajam. Jujur dalam hati dia dah mula membenci Irham.

"Anna nak abang putuskan hubungan suami isteri kita dekat sini."

Irham mengetap gigi. Kuat.

"Lepaskan Anna."

ʟɪᴛᴛʟᴇ ɢɪƦʟ [Oᑎ ᘜOIᑎᘜ]Where stories live. Discover now