ᑭᗩᖇT 4

673 39 0
                                    

Nafasnya tercungap-cungap dan dada berombak kasar. Penat berlari ke sana sini. Namun tetap saja dia teruskan larian sementara masih dengar bunyi suara-suara alien yang mengejarnya dari belakang.

"Woi betina! Jangan lari!"

"Kita kena tangkap budak ni boss! Kalau dapat ni mesti tauke' bayar besar punya!"

"Jangan buang masa! Kejar dia!"

Dapat dia dengar perbualan dari mereka. Entah kenapa dia tiba-tiba jadi lupa jalan untuk pulang ke rumah. Mungkin disebabkan effect dikejar alien-alien berbahaya ini.

Di fikiran cuma satu. Larikan diri dan bersembunyi. Itu sahaja yang dapat dia lakukan sekarang. Dia pasti lelaki-lelaki itu punyai niat jahat dan tidak baik.

"Hah! Hah!.."

Setelah beberapa minit berlari. Dia tidak lagi dikejar lelaki-lelaki misteri tadi.

Rasa syukur terbit di hati.

Langkah kaki diperlahankan. Sesekali mata memandang ke arah belakang dan sekeliling bagi mencari tempat persembunyian. Dia tidak pasti dimana dia berada sekarang. Yang penting dia mesti mencari tempat untuk bersembunyi dahulu lagipun dia dah penat tahap babun dah ni. Kalau diteruskan lagi larian mungkin dia akan tumbang dan pitam.

Lima minit sudah pun berlalu tetapi tetap saja dia tidak menjumpai tempat persembunyian yang baik. Penat. Dan letih.

"Aku kat mana ni.."

Bisik Anna perlahan. Tiba-tiba angin malam datang menampar kasar kulit tangan Anna yang hanya berlapikkan fabrik baju tidur nipis saja. Seram sejuk dia rasakan.

Nak nangis pun ada sekarang ni. Dia ingin meminta pertolongan seseorang namun hampa. Dia langsung tidak melihat sebatang manusia pun di kawasan ini. Bermakna itu tidak termasuk sekali dengan makhluk-makhluk yang mengejarnya. Seolah-olah kawasan ini terpencil dari semua orang. Apa yang patut dia buat sekarang? Ini pertama kali dia tersesat di tengah-tengah bandar usang. Dengan lampu jalan yang agak malap Berkelip-kelip pula. Membuatkan Anna bertambah rasa takut dan panik.

Prang!

Anna terus berpaling laju ke arah bunyi tersebut. Terpacak habis segala bulu romanya. Lelaki-lelaki tadi sudahpun menjumpainya! Jantung kembali berdegup kencang. Cik Otak mula memberi arahan, 'LARI!'

Tanpa berpaling ke arah belakang lagi. Anna terus memecut laju ke arah satu lorong yang agak sunyi dan gelap. Hanya bertemankan cahaya bulan, dia terlihat sebuah Van hitam sedang terparkir elok di tepi lorong itu. Tanpa berlengah, Anna menikus laju ke arah van tersebut dan memboloskan diri masuk ke dalam van itu. Dia duduk memeluk lutut dan wajah disembamkan di ceruk lutut. Doa diutarakan dalam hati sebanyak yang mungkin. Berharap agar dirinya tidak dijumpai. Badan mula menggigil. Kedua belah kaki juga terasa lenguh akibat berlari lama.

"Miya..Tolong aku.."

Gugur juga air mata Anna setelah sekian lama ditahan. Dia perlukan seketul Miya di sisinya saat ini.
'Miya! Help me!!' Jerit hati Anna. Pelbagai kisah dan peristiwa buruk mengenai kes penculikan dan pembunuhan terlintas di fikirannya. Apa dia akan ditangkap dan dibunuh? Atau jantung dan hatinya akan dikeluarkan secara hidup-hidup dan dijual di pasaran? Oh tidak! Itu semua MUSTAHIL!

Tok!

Tok!

Bunyi tingkap kereta diketuk. Anna menekup kuat telapak tangan di telinga. Dia mahu pekakkan telinga saat ini. Mata dipejam rapat. Dia tak nak dengar semua yang berlaku. Dia tak nak lihat apa yang akan terjadi. Dia takut.Dia trauma dengan semua ini.

ʟɪᴛᴛʟᴇ ɢɪƦʟ [Oᑎ ᘜOIᑎᘜ]Where stories live. Discover now