Special Chapter [1]

2.3K 63 15
                                    


      " Good afternoon, Tengku"

" Afternoon!" Dia menjawab dengan pantas. sambil berlari kekalutan ke lobi syarikat. Kalau dia lambat 2 minit, memang gasak kena tidur luar lah jawabnya.

" Good afternoon-..."

" Good afternoon! Lawa tudung" Luth masih dengan lariannya.

" T-tapi Tengku... Saya.. freehair?" Memang nak perli ke apa bosnya itu?

" Nampak lady boss??" Tanya Luth di kaunter pertanyaan.

" Di sofa ruang menunggu. Dah tiga kali juga dia bertanya tentang Tengku. Dia pesan kalau masuk kali keempat dia datang ke sini Tengku tak ada memang dia pergi naik grab"

" Mampus aku mampus aku mampus aku," Dia menyelak rambut ke belakang dengan wajah yang gelisah.

Zarina hanya tersenyum nipis melihat bosnya yang sudah berubah sejak 3 tahun yang lepas. Sejak berkahwin dengan Hanan, dia semakin peramah dan cool nak berbanding dengan tahun dulu-dulu.

" Ok terima kasih. Saya pergi dulu."

" Baik, Tengku. Goodluck,"

Dari kejauhan, Hanan menyilang kaki dan tangan sambil menghadap keluar cermin bangunan.

" Sayang!"

Hanan di sofa sudah menjeling tajam. Dia sudah tercongok hampir 30 minit dibawah untuk sama-sama pergi makan tengah hari.

" Sorry lah, sayang." Luth tersengih sambil memegang tangan Hanan.

" Dah lima kali tau abang lupa. Sampai hati bagi Hanan tunggu lama-lama. Ijat dan Izzati mesti marah tunggu kat sana,"

" Sorry... Abang tak tahu kenapa dua menjak ni asyik terlupa. Jangan marah-marah. Kedut muka terus Haffaz tak kenal mamanya." Gurau Luth.

Haffaz sudah pun menginjak 3 tahun. Dah pandai berjalan. Memang betah kakinya mahu duduk diam. Luth juga terpaksa mengejarnya ke sana sini. Boleh lah tu buat senaman ringkas.

Nak anak sangat kan? Ha jaga lah elok-elok.

" Amboi! Nak kata kita buruk lah tu. Hm!" Hanan berjalan keluar tanpa menunggu suaminya.

" Eh sayang! Tunggu lah!"








       " Ha muncul pun. Ingatkan tak nampak batang hidung kat sini,"

" Tanya lah best friend sehidup semati awak ni." Hanan geram sambil menonjol jari ke dada Luth.

" Alaa, jangan lah marah. Kan abang dah minta maaf," Luth mahu mencium tapi Hanan cepat-cepat menghalang. Public woi! Bukan rumah. Main sedap nenek dia je nak cium kat tengah-tengah orang ramai.

" Dah tak payah nak clingy sangat. Jom order. Kesian waiter ni dari tadi ulang alik ulang alik ke meja kita." Ujar Izzati; menyampah dengan perangai Luth sejak akhir-akhir ni.

Hanan meminta diri untuk ke tandas bersama dengan Izzati. Tak tahu lah kenapa perempuan suka sangat pergi ramai-ramai ke tandas sempit restoran.

" Kau apa cerita kahwin haritu? Ok?" This is the time for men talk.

" Alhamdulillah. Setakat ni ok je. Kau tu pulak. Sampai bila nak buat Hanan tu marah? Tahun ni kau lain macam"

" Aku bukan sengaja. Aku cuma terlupa. Sebabtu lah Hanan asyik marah je. Aku pun pelik. Semua benda dia pesan mesti aku lupa. Tapi nak buat macam mana? Takkan sebabtu je kot dia nak marah?" Luth menggaru kepala.

" Gila tak marah? Dulu ok lah jugak kau ada masa untuk family. Sejak masuk tahun ni, kau makin sibuk dengan kerja aku tengok"

" Syarikat bukannya makin lama makin mundur. Sebelum terjadi benda tu baik aku uruskan sampai syarikat betul-betul stabil," Dia bermain dengan garfu dan sudu di tangan.

[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)Where stories live. Discover now